Friday, June 24, 2016

NAJIB PECAT MUHYIDDIN & MUKHRIZ DARI UMNO





TANGGAL 19 RAMADHAN 1437 (24 JUN 2016)




KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara bersetuju memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas kesalahan disiplin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan kedua-duanya yang berkempen di pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, MT juga memutuskan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahliannya sehingga jawatankuasa disiplin parti menjelaskan hasil laporan mereka berkaitan pelanggaran disiplin Shafie.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.

Pada sidang sama, Najib turut berkata peruntukan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad akan dihentikan serta merta dan semua kakitangannya akan diberi notis berhenti.

Keputusan itu kata beliau dibuat berikutan badan terbabit mempunyai usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan yang sah.

Turut sama pada sidang media, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa; Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah; serta ketua sayap, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin.


10 comments:

Anonymous said...



TURUNKANLAH BALA KEATAS KAMU, NAJIB BIN RAZAK

Anonymous said...

Siapalah mamat June 24, 2016 at 9:35 PM

Turunkan bala????

Bertaubatlah

Dalam parti, kalau ada yg khianat perlu disingkir. Ini logiklah!!

Anonymous said...

Kenapa tidak dipecat sblm prk kuala kangsar n sungai besar....

Anonymous said...

Anonymous said...


TURUNKANLAH BALA KEATAS KAMU, NAJIB BIN RAZAK

June 24, 2016 at 9:35 PM

Kami setuju 100%.

Anonymous said...

KaLu aku pon.aku pecat mereka

dina said...

bagus lah kena pecat....jangan jadi hipokrit....bantu opposition dalam prk tapi masih nak duduk dalam umno.
gi lah duk sama2 dap tu...we dont need people like this ....talam dua muka.....inilah puak yang menghancur kan melayu.....takdak integriti langsung!

Anonymous said...

dah menang 2 PRK si Jibby naik tocang lah, semua yg menentang dia hentam..confident dia akan terus jadi PM lagi & yg sorang tu shopping sakan lah. Negara ni AKU YG PUNYA, I AM CASH IS KING...

Anonymous said...

PM IN MAKING DARI UTARA DAH BERAMBUS.. ELOK SSGT TU .... SEMUA EX PM & PEMIMPIN UTAMA DARI UTARA MME HAPRAK JUAL ISLAM UTK KUASA.. JUAL ISLAM UTK KRONI DAN ANAK BERANAK... SEMUA PM DARI UTARA MME X GUNA AT LAST MELAYU DAPAT PULAU BATU PUTIH.. PULAU SINGAPORE & P PINANG TGGU MASA NAK JADI SINGAPORE KE 2... ANWAR DNG ISLAM MADANI AKHIRNYA PENGAMAL PLURALISME MURTAD LGBT .. PAK LAH ISLAM HADARINYE 5 NEGERI BUNGKUS KE PEMBANGKANG... TUN MAHATHIR DNG FUNDEMANTELIS ISLAM AKHIRNYA PENDOKONG GERAKAN PLURALISME/ SYIAH/KOMUNIS DAP.. NAJIB DARI SELATAN SEDANG BERUSAHA KEMBALIKAN SOKONGAN DAN 2 NEGERI SUDAH KEMBALI KE KJAAN BN... INSYALLAH SELANGOR & KLNTAN MUNGKIN KEMBALI KE BN NEXT PRU NNTI.. INI FAKTA n KENAPA PM PERLU DILANTIK DARI SELATAN..... ELOK LA BERAMBUS PM IN MAKING BERAMBUS SEKARANG DARI SIMPAN LAMA LAMA.....

Anonymous said...

Mana bangsa johor dan kedah..nak sokong lg ke

Anonymous said...

Mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat yang di buat Najib sudah berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang! # UMNO Pagoh