Wednesday, April 6, 2016

PM ICELAND LAHIR DI SALAH NEGARA. KALAU DI MALAYSIA, PM ICELAND TAK PAYAH LETAK JAWATAN

People demonstrate against Iceland's Prime Minister Sigmundur Gunnlaugsson in Reykjavik, Iceland on April 4, 2016 © Stigtryggur Johannsson




PM ICELAND LETAK JAWATAN

(KOMEN JELAPANG: Perdana Menteri Iceland ini tidak bernasib baik dilahirkan di SALAH NEGARA. Di Iceland tak ada Ketua Bahagian. Kalau beliau dilahirkan di Malaysia, tidak perlu meletakkan jawatan. Rakyat pun tak berminat nak baling pisang atau telor macam rakyat Iceland.) 

REYKJAVIK, 6 April — Perdana menteri Iceland meletakkan jawatan selepas kemarahan rakyat susulan pendedahan kekayaan keluarganya yang disimpan di akaun syarikat pesisir pantai.

Pendedahan akaun di seluruh dunia, yang digelar "Panama Papers", menunjukkan Sigmundur David Gunnlaugsson dan isterinya Anna Sigurlaug Palsdottir mempunyai sebuah syarikat di British Virgin Islands.

Syarikat Gunnlaugsson, dinamakan Wintris Inc yang diperolehi pada 2007, digunakan untuk mengurus harta isterinya yang diwarisi daripada bapa mertuanya, seorang ahli perniagaan yang kaya.

Perdana menteri itu telah menjual kepentingannya sebanyak 50 peratus dalam syarikat tersebut pada harga simbolik US$1 (RM4) hujung 2009, lapor media-media utama dunia..
Namun, sewaktu dipilih sebagai anggota Parlimen daripada Parti Progresif pada April 2009, Gunnlaugsson terlupa menjelaskan kepentingannya dalam syarikat tersebut dalam perisytiharan harta.
Kelmarin beribu-ribu warga Iceland menganjurkan bantahan, termasuk membali telur dan pisang, mendesak beliau meletakkan jawatan.

Gunnlaugsson sebelum ini bagaimanapun mendesak presiden Olafur Ragnar Grimsson membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya baru tetapi tuntutannya tidak dilayan.

Jika tidak berunsur, pembangkang berhaluan kiri negara itu merancang mengusulkan undi tidak percaya seawalnya minggu ini untuk menyingkirkannya.

Namun, dalam satu kenyataan daripada pejabat Gunnlaugsson hari ini menyatakan beliau “tidak meletakkan jawatan” tetapi hanya “berundur seketika” bagi membolehkan penggantinya menjalankan tugas-tugas perdana menteri.

Menurut laporan portal The Independent di London, timbalan pengerusi partinya Parti Progresif akan mengambil tugas perdana menteri “dalam tempoh yang tidak dikhususkan”, sementara Gunnlaugsson sendiri masih mengetuai parti tersebut.

Grimsson belum mengesahkan sebarang pertukaran barisan kepemimpinan Iceland.

Jika benar meletakkan jawatan, Gunnlaugsson tokoh pertama dunia yang menerima akibat selepas pendedahan besar-besaran oleh lebih 100 media dunia daripada 11.5 juta dokumen yang melibatkan sekurang-kurangnya 140 tokoh politik.

Pendedahan yang disusun Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) itu diperolehi daripada Mossack Fonseca, firma guaman di Panama, yang mengurus akaun-akaun syarikat pesisir pantai yang dipercayai tempat mencuci wang haram atau lari daripada cukai.

Namun ramai juga yang percaya sebahagian akaun-akaun yang didedahkan itu melibatkan syarikat-syarikat sah yang menjalankan operasi mengikut undang-undang.




2 comments:

Anonymous said...

Nampaknya pm iceland lebih bermaruah dan gentleman dari pm Malaysia.Orang2 bukan Islam ni nampaknya tidak hipokrit tidak seperti orang Melayu yg kononnya Islam dan bangsa yg bermaruah.

Sekali pendedahan dibuat terus mengaku dan letak jawatan.Orang Melayu ni berpuluh2 pendedahan pun msih muka tembok tak tahu malu.Siap menipu,tak mengaku,nafikan dan buat bodoh saja.Bila dah kantoi betul,pusing ikut lain pulak,nama nak mengaku dan bertanggungjawab tidak sekali.

Itulah beza orang kafir bangsa asing dengan orang Melayu Islam.

Anonymous said...

Manusia yang mwmpunyai harga diri akan mengambil keputusan yang baik untuk kebahagian rakyaat.