Friday, March 11, 2016

NAJIB PECAT DR MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS. TENGKU RAZALEIGH PENASIHAT BARU?

Image result for mahathir+petronas

HARI INI, Najib Razak memecat Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Pecat memecat sudah menjadi LEGASI Najib.

Siapa yang tidak SEBULU diPECAT.

Senarai pemimpin Umno yang tidak sebulu dengan Najib dan Rosmah Mansor semakin panjang, hari demi hari.

Cuma Najib takut hendak memecat bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mungkin kerana Najib takut RAHSIA beliau didedahkan oleh Ahmad Said atau kerajaan negeri JATUH ke tangan Pas.

Kesalahan yang dibuat oleh Ahmad Said amat BERAT SEKALI - cuba menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Umno di Terengganu.

Tidak ada kesalahan dalam parti yang lebih berat daripada itu.

Sebenarnya tidak ada masalah jika Kerajaan Umno di Terengganu TUMBANG kerana yang akan menggantikan Umno pun sahabat Najib - Hadi Awang.

Hanya pentadbiran kerajaan negeri berpindah tangan - dari Umno kepada sahabat karib Najib, Hadi Awang, pemimpin parti Pas. Sekurang-kurangnya Hadi mendapat peluang memperbetulkan kesilapan beliau yang lalu di mana sebagai Menteri Besar, Hadi mentadbir Terengganu sama seperti beliau mentadbir Masjid Rusila.

Kembali kepada pemecatan Dr Mahathir.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Tengku Razaliegh Hamzah akan dilantik sebagai penasihat Petronas yang baru.

Katanya Najib ada bertemu Ku Li sebelum Dr Mahathir melancarkan Gerakan Undur Najib - Selamatkan Malaysia.

Katanya juga, Ku Li turut terlibat di dalam gerakan tersebut tetapi selepas bertemu Najib, beliau mengundur diri.

Dulu Ku Li cuba menobatkan diri beliau sebagai penyelamat negara dan segala apa yang dilakukan oleh Najib semua salah sehinggakan Ku Li mengutuskan SURAT kepada semua Ahli Parlimen dan menyenaraikan segala KELEMAHAN kerajaan pimpinan Najib.

Tidak cukup dengan itu, Ku Li berucap di Parlimen umpama ucapan "State of the Union" Presiden Amerika Syarikat bagi memberi gambaran beliau lah yang layak membetulkan keadaan negara.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri sehinggakan pada satu ketika tahun lepas, usaha dilakukan untuk MEMANCING Ahli Parlimen BN untuk menyokong undi tidak percaya kepada Najib dan Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Itu lah Tengku Razaliegh Hamzah.

Sebab itulah beliau hanya mampu naik setakat jawatan Naib Presiden Umno.

Dengan prinsip yang ada sekarang, beliaulah yang paling sesuai dilantik sebagai Penasihat Petronas yang baru menggantikan Dr Mahathir.

Itulah jawatan yang sesuai untuk beliau sebagai hadiah persaraan dan hadiah kepada prinsip diri yang ada pada Tengku Razaleigh Hamzah.



9 comments:

Anonymous said...

Elok juga pecat mahathir dari petronas sekarang. Kan ke dia memusuhi kerajaan yang ada. Kalau dah musuh, buat apa kerja dgn glc? Lagi pula inilah masa terbaik kerana masih ada kesempatan memecat. Esok lusa bila najib dah tumbang, mana ada peluang nak memecat...ye tak. Lantak kamulah labu. Siapalah kami rakyat marhein berbanding najib dan mahathir, yang umpama gajah dengan gajah. Satu gajah tua, satu lagi gajah dah terlalu tua.

Anonymous said...

Sebusuk2 nya Cina mereka tetap bersatu hati menyokong Bekas Ketua mereka yang kejam, rasis dan perasuah besar sampai mati (Negara Jiran)

Melayu??!!! Semua pentingkan diri sendiri.

Tengoklah PRU14 apa akan jadi nanti.

Hai lah Melayu. Sampai khiamatlah tidak akan berubah!!

Anonymous said...

Negara Keling takde Melayu!!

Negara Cina takde takde Melayu!!

Negara Melayu Cin dan Keling ada kuasa!!!

Kelemahan Melayu dari dahulu kini dan mudah2an tidak selamanya.

Apa nak jadi korang Melayu ni!!!????

Anonymous said...

Ini adalah keputusan kabinet, bukannya keputusan DS Najib bersendirian. Tapi kalau betul pun memang tak salah buat apa nak tolong orang yang hari2 dok tuduh macam2 tanpa bagi bukti hanya buat tuduhan semata2. Tengku Razaleigh pun berwibawa orangnya serta setia pada parti walaupun tanpa sebarang jawatan sehingga kini. Calon yang terbaik.

Anonymous said...

Setia pd Najib... Najib ni Setia ke?

Anonymous said...

Tudohan Yg berasas...derma n duit masuk sendiri ke akaun peribadi... Tolong uraikan jika itu hanya tudohan

Unknown said...

Bangsa Melayu dah tak Melayu Dan dah tak Jawi. Sejarah Melayu dahulu pun Raja Melayu jatuh kerana Melayu sendiri pengkhianat bangsa sendiri kerana tamak, printing diri sendiri, perjuangkan yang batil demi pangkat, jawatan Dan habuan. Tengok sejarah kerajaan Kedah tua jatuh pada bangsa Thai,tengok sejarah kerajaan patani jatuh pada kerajaan Thai...apa sekarang nak bagi pada bugis pulak kah ? Demi RM habis gadai maruah... Inilah bangsa Melayu ku...

Unknown said...

Najib makan duit

Unknown said...

Najib makan duit