Sunday, March 6, 2016

CASH IS KING (DUIT ADALAH RAJA SEGALANYA)



Kita tertarik dengan satu perkara yang disebut di dalam Deklarasi "Selamatkan Malaysia" yang dibacakan oleh Dr Mahathir Mohamad. Ia berbunyi:
"Di bawah pentadbirannya (Najib Razak) negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54. Ini adalah kerana dianya (Najib) percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King"."
Semalam sempat kita minum teh tarik di sebuah kedai kopi bersama beberapa pemimpin Umno.

Cerita mereka mengenai "CASH is KING" ini cukup menakjubkan dan di luar dugaan.

Demi untuk bersangka baik, Jelapang menganggap ianya tidak lebih dari khabar angin dan hampir kepada fitnah.

Kata mereka:

1. Ketua Bahagian XXXXXX menerima RM500,000

2. Ketua Bahagian XXXX, menerima RM1.2 juta

3. Ketua Bahagian XXXXXXX, lagi banyak dapat, RM1.5 juta.

Bagi kita, kalau bukan fitnah pun, mungkin pemberian tersebut bertujuan untuk membantu anak yatim dan golongan berpendapatan rendah.

Lagipun janganlah kita ambil serius cerita-cerita gang Umno ini di kedai kopi. Adakalanya mereka irihati kepada Ketua Bahagian mereka yang dapat, kata orang puteh, "rub shoulder" (bergesel bahu) dengan orang atasan.

Kalau tak puashati dengan Ketua Bahagian, pemilihan akan datang, lawanlah Ketua Bahagian. Mungkin giliran kita pula dapat "bergesel bahu" dengan orang atasan.

Wallahualam. Hanya Allah swt yang lebih mengetahui.

6 comments:

Anonymous said...

pasal apa universiti albukhary ditutup? walhal syed tu masih top 10 kaya d msia? duit nak guna utk tujuan lain ka? cerita la sikit pasal benda depan mata.

Anonymous said...

pasal apa uni albukhary ditutup? walhal syed tu masih lagi top 10 terkaya d msia? duit nak guna utk tujuan lain kot? buatla atikel pasal benda ni, depan mata saja.

Anonymous said...

kat warung burger pun orang sembang cerita yang sama...
cash is king untuk KBU jauh lebih sedap dari burger king..

Anonymous said...

"cash is king" hanya disebut oleh najib. tetapi adakah najib seorang yang hidup berpaksikan kepada frasa tersebut? adakah mereka yang menuduh najib (bukan tuduhanpun, sebab ayat itu dilafazkan oleh orang yang disebut)begitu sebenarnya tidak berpendirian begitu? adakah mahathir tidak menjadikan 'cash is king'? jangan sesiapa temberang dan cuba menipu diri sendiri. ketika mahathir menjadi pm, bukankah 'cash' paling banyak bertransaksi berorientasikan kroni? siapa yang kini bersama mahathir bersama2 menentang najib jika bukan bekas2 rakan 'cash is king'nya dahulu? bezanya seorang bercakap tentang 'cash is king', manakala seorang lagi melakukan benda yang sama, tetapi menipu kononnya tidak perlukan 'cash is king' dalam pemerintahan. dalam bab ini, siapa yang hipokrit dan munafik?

Anonymous said...

Hampir semua ahli politik tak kira cap apa pun..umno..dap..pas..keadilan..amanah..semua main duit..tapi najib nampak nyata sangat..agak agak la..semua hipokrit..munafik

Anonymous said...

Hampir semua ahli politik tak kira cap apa pun..umno..dap..pas..keadilan..amanah..semua main duit..tapi najib nampak nyata sangat..agak agak la..semua hipokrit..munafik