Monday, November 23, 2015

MUHYIDDIN MAHU DIPECAT SEMATA NAJIB TAK SANGGUP DENGAR UCAPAN MUHYIDDIN DI PERHIMPUNAN AGONG?

34 ketua cawangan Umno desak Najib letak jawatan

DI ERA Najib Razak sebagai Presiden Umno, banyak perkara pelik dilakukan.

Antaranya esok akan diadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno BUKAN di Bangunan Umno tetapi di Bangunan Parlimen.

Bukan itu sahaja. Mesyuarat dibuat ketika Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin sedang bercuti dan Naib Presiden Shafie Apdal berada di tanah suci Mekah.

Katanya tujuan mesyuarat MT diadakan tergesa-gesa ialah untuk MEMECAT Muhyiddin tanpa kehadiran beliau. Bagaimanapun sudah dinafikan Setiausaha Agung Teuku Adnan Teuku Mansor.

Baca di link ini mengenai dakwaan konspirasi memecat Muhyiddin:  http://thoughtsintangents.blogspot.my/2015/11/mesyuarat-misteri-24-november-2015.html

Itulah agaknya satu demi satu Ketua Cawangan bangun memberontak MENDESAK Najib MELETAKKAN JAWATAN.

Sabtu lepas seramai 34 ketua Cawangan Umno dari 5 negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Menurut ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin, kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah sebulat suara mendesak Najib MELETAKKAN JAWATAN kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.

Mohd Isa mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.

Nak mengharapkan kepada Ketua-Ketua Bahagian, tahu-tahu sajalah. Rasanya kehidupan Ketua Bahagian sekarang ini jauh lebih MEWAH dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh itu, kita boleh beranggap tiada dari kalangan 191 Ketua Bahagian hidup keperitan seperti rakyat hari ini.

Muhyiddin wajib diPECAT.

Itulah yang kita dengar dari penyokong Najib.

Alasannya: Takut Muhyiddin berucap semasa PERHIMPUNAN AGUNG UMNO bulan depan.

Banyak betul yang ditakuti oleh Najib. 

Takut pada SPRM, takut kepada Polis, takut kepada Bank Negara, takut kepada Peguam Negara dan sekarang TAKUT kepada ucapan Muhyiddin.

Ini tak pernah berlaku di zaman mana-mana Presiden Umno terdahulu.

Apabila Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, TIDAK pula Dr Mahathir takut akan Musa berucap di Perhimpunan Agung.

Tetapi lain pula dengan Najib ini.

Kadang-kadang terfikir juga, betulkah Najib ini seorang yang berani yang disifatkan oleh Ahli Parlimen Mersing Dr Latif Ahmad sebagai "ROTI CANAI BERTELOR?"

3 comments:

Anonymous said...

Logik.... All A is B and All B is C. Therefore All A is C. Ada paham???? Kalo tiada... camni. Timb Presiden UMNO tidak boleh berkerjasama dengan Presiden UMNO. Presiden UMNO ialah Najib. Oleh itu Muhiyiddin tidak boleh berkerjasama dengan Najib ( Yang juga Perdana Menteri). Ada paham....

Unknown said...

Tapi jawatan timbalan presiden dilantik oleh ahli dan bukan presiden yg lantik jadi presiden mana ada kuasa nak pecat timbalan presiden umno. Ada faham????....

Unknown said...

Tapi jawatan timbalan presiden dilantik oleh ahli dan bukan presiden yg lantik jadi presiden mana ada kuasa nak pecat timbalan presiden umno. Ada faham????....