Saturday, October 31, 2015

NAZRI HILANG ARAH. DESAK ZAHID LAWAN MUHYIDDIN UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN

Image result for nazri aziz muhyiddin


 APA sudah jadi dengan NAZRI AZIZ!

Susah sangatkah untuk Nazri MEMAHAMI hasrat Najib Razak dan Ketua-Ketua Bahagian Umno?

154 Ketua Bahagian mahu Muhyiddin Yassin diPECAT sebagai Timbalan Presiden Umno. Ahmad Zahid HamidI pun juga DIAM-DIAM berharap Muhyiddin dipecat.

Najib Razak pun rasanya mahu Muhyiddin dipecat sebab telinga semakin nipis gara-gara Muhyiddin tak jaga mulut.

Jika semua pihak mahu Muhyiddin dipecat, sokonglah. Kenapa pula Nazri mahu pertahankan Muhyiddin dan mahu Zahid berTANDING melawan Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2018 nanti?

Kalau boleh Zahid mahu jawatan itu secara PERCUMA - FREE.

Kata Nazri semalam: "Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30 Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung. Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang berbeza. Muhyiddin harus dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang. Jika Muhyiddin mahu melakukan ini (menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), sudah lama beliau akan dilakukannya dulu bersama (Tun) Dr Mahathir Mohamad. Jadi biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid (Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan KALAH."

http://www.sinarharian.com.my/politik/nazri-akan-berusaha-elak-muhyiddin-digantung-1.445996

Kenyataan Nazri ini seolah-olah tidak menghormati Teuku Adnan Teuku Mansor, Setiausaha Agong Umno.

Tueku Adnan sudah buat pendirian mahu mengantung keahlian 7 ahli dan walaupun beliau tidak menamakan mereka, jelas Teuku merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Sanusi Junid.

Walaupun Nazri memperkecilkan Ketua Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos a.k.a Jamal Ikan Bakar, Nazri perlu sedar bahawa Jamal umpama jurucakap kepada semua Ketua-Ketua Bahagian.

Kepada Nazri, ingatlah, pada ketika ini, yang penting bukan Umno, bukan hak memberi pandangan. Yang penting ialah masadepan politik Najib, bukan Muhyiddin, bukan Shafie.

Itu keutamaan sekarang. Najib WAJIB dipertahankan.

6 comments:

Anonymous said...

PEDIH, PEDIH, BISA, BISA

Anonymous said...



idaman aki, aki nak tengok najib merengkok dlm penjara

Anonymous said...

Nazri ni dh bnyk tabur umpan dlm kolam org lain. Dia ingat mainan dia ni mainan selamat. Jangan ingat toman tak gigit orang...

Anonymous said...



INI FIRASAT DIALOG NAJIB DGN NAZRI.


JIB (Najib): Ee (nazri). Ko tolong aku sikit?

EE (Nazri): Tolong mcam mana Jib?

JIB: Buat statemen sikit. cakap jgn buang muhyiddin

Ee: apa jadi dgn ko ni Jib? Ri tu suruh aku ckp buang Muhyiddin

JIB: Bini aku ckp kalau buang Muhyiddin, Zahid Paul Pua tu pula nanti lwn aku

Ee: Ye tak ye juga Jib. Nak aku buat apa?

JIB: jgn buang muhyiddin dulu. Kena rantai Zahid ni. aku nampak lain mcm zahid ni. bukan main ligat. jumpa ketua bhg tu, jumpa ketua bhg ni.

Ee: ye ke. I tak tau pula Jib sebab i selalu cuti luar negara. ada di msia 2/3 hari saja sebulan

Jib: Tak pe. Ko buat la apa pun. janji tolong aku

Ee: ok. nanti aku bantai ku nan tu. pandai2 ckp nak buang muhyiddin. Bukan boleh percaya ku nan ni. silap2 dia org zahid

Jib: tu pu kena tengok juga. Ko buat statemen dulu. lepas pemilihan kita tengok ku nan ni

Ee: ok. tapi jgn lupa bagi aku tau.

Jib: jgn risau lah. ada banyak ni

UMNO PARTI PENJARA said...



Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak Kebulur Jawatan Dlm UMNO!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<



Singkir Muhyiddin - Puteri UMNO Makin TOLOL Macam Wanita UMNO!!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<



Agenda Busuk Tun M Vs Mukhriz - Karier Politik Najib & Zahid Dlm Bahaya!!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<


----------------------------------------------------------------
Debaran JAN 2016 - Misi 'Adik2 Sayang' MELUDAH UMNO Bermula!!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<
----------------------------------------------------------------

Anonymous said...

Mungkin secara tersirat Nazri bagi mesej kat wak zahid kalau kemaruk sgt jawatan Tim presiden tu bertanding lah sbg anak jantan.Bukan sbg pengecut dan pondan! Macam Najib yg sepanjang karier politik nya hampir semua jawatan dia dpt percuma,pasai dia anak bekas PM.Pasal tu dia jadi PM yg paling teruk dalam sejarah Malaysia.Berbanding Ts Muhyiddin yg berani dan sering menghadapi ujian baik dalam parti mau pun kerajaan