Monday, October 12, 2015

DR MAHATHIR & KU LI MENCABAR NAJIB.

(From left) Shafie, Muhyiddin, Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Sanusi and Ong.

HARI ini, sekumpulan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dan BN yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang akhbar TERGEMPAR.

Kehadiran muka-muka ini amat BAHAYA kepada negara.

Dari kiri: Naib Presiden Umno Shafie Apdal, Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bekas Naib Presiden Umno, bekas Menteri Kewangan, Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Naib Presiden Umno Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat mereka hari ini seolah-olah mahu meSABOTAJ negara dan mengugat ketenteraman awam mengikut definisi yang diperkenalkan oleh pemimpinan Umno baru-baru ini.

Tengku Razaleigh adalah SETERU Dr Mahathir. Betul kata pakar politik: Di dalam politik, tiada musuh yang kekal dan tiada kawan yang kekal.

Gabungan Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh cukup BAHAYA buat Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Sidang akhbar hari ini seolah-olah mencabar keperwiraan Najib.

Rasanya sudah sampai masanya, Najib melakukan apa yang perlu demi masadepan politik beliau iaitu MENYINGKIR Dr Mahathir, Muhyiddin, Shafie, Tengku Razaleigh dan Sanusi dari Umno.

Kalau hendak nampak lagi cantik, TANGKAP mereka ini di bawah SOSMA.

Hari demi hari semakin ramai yang cuba mensabotaj negara. Senarai pun semakin panjang.

Berikut senarai 20 pertama:

1. Tun Dr Mahathir Mohamad (ketua)

2. Tun Daim Zainuddin

3. Tan Sri Muhyiddin Yassin

4.  Dato' Seri Shafie Apdal

5. Tan Sri Sanusi Junid

6. Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah

7. Dato' Seri Ong Tee Keat

9. Tun Dr Ling Liong Sik

10. Tan Sri Rafidah Aziz

11. Tan Sri Zeti Aziz

12. Dato Hamid Bador

13. Tan Sri Gani Patail

14. Tan Sri Sabaruddin Chik

15. Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan

16. Mathias Chang

17. Anina Saaduddin

18. Dato' Kadir Jasin

19. Tan Sri Zainuddin Maidin

20. Dato' Mukhriz Mahathir


10 comments:

Anonymous said...

Jika disenarai musuh kerajaan yang diam membisu, rasanya tak cukup penjara kot!!

Anonymous said...

Jika disenarai musuh kerajaan yang diam membisu, rasanya tak cukup penjara kot!!

Rozai CBR said...

Kalau brani buat lah wahai najib....tau lah untung nasib kamu di pru14

Anonymous said...

ape yang kau merepek aaaaa

Anonymous said...

Alang kah indahnya kalau negara Malaysia dapat dutadbirurus oleh nama2 yang terpapar itu.

Unknown said...

ini lah artikel yang menjadi batu api no 1. Beristifarlah anda...supaya Allah ampunkan dosa nya

Unknown said...

Inilah artikel yang paling menjadi batu api, beristifarlah anda, semoga Allah mengampun dosa nya

Anonymous said...

Hahahahahhaha, batu api......kalau hang orang kedah, hang mesti tau dulu , orang kampung cukup bengang ngan sanusi, mulut capui, mulut laser. Che Det je orang respek. Pi panggei sanusi join pasai apa. Rosak.

Anonymous said...

Dah 9 bulan cabar Najib,tak turun pun Najib
Yang turun pangkat dua orang mantan menteri kabinet
Yang makin hari makin merapu ada lah.....
Yang pendirian tak betul....kejap sokong Oppo ,kejap sokong Kjaan,tapi jadi MP melalui parti Kjaan
Yang org kg sendiri tak suka..
Mata Sepet tak laku lagi
Merekax ini bukan satu cabaran pada Najib....
Hanya ahli UMNO dan MP BN saja bolih tibai Najib
Kalau tidak dapat pengarohi merekax ini,say good bye dan tunggu PRU 14,itu pun kalau keadaan berubah terutama kedudukan parti lawan,tapi nampaknya mereka lagi hancus,PAN,PKR dan PAS dlm keadaan ribut,hanya DAP nampak stabil.

Anonymous said...

Batu api vs api dlm sekam, jom pilih yg mana satu