APA sudah jadi dengan NAZRI AZIZ!
Susah sangatkah untuk Nazri MEMAHAMI hasrat Najib Razak dan Ketua-Ketua Bahagian Umno?
154 Ketua Bahagian mahu Muhyiddin Yassin diPECAT sebagai Timbalan Presiden Umno. Ahmad Zahid HamidI pun juga DIAM-DIAM berharap Muhyiddin dipecat.
Najib Razak pun rasanya mahu Muhyiddin dipecat sebab telinga semakin nipis gara-gara Muhyiddin tak jaga mulut.
Jika semua pihak mahu Muhyiddin dipecat, sokonglah. Kenapa pula Nazri mahu pertahankan Muhyiddin dan mahu Zahid berTANDING melawan Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2018 nanti?
Kalau boleh Zahid mahu jawatan itu secara PERCUMA - FREE.
Kata Nazri semalam: "Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30 Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung. Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang berbeza. Muhyiddin harus dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang. Jika Muhyiddin mahu melakukan ini (menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), sudah lama beliau akan dilakukannya dulu bersama (Tun) Dr Mahathir Mohamad. Jadi biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid (Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan KALAH."
http://www.sinarharian.com.my/politik/nazri-akan-berusaha-elak-muhyiddin-digantung-1.445996
Kenyataan Nazri ini seolah-olah tidak menghormati Teuku Adnan Teuku Mansor, Setiausaha Agong Umno.
Tueku Adnan sudah buat pendirian mahu mengantung keahlian 7 ahli dan walaupun beliau tidak menamakan mereka, jelas Teuku merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Sanusi Junid.
Walaupun Nazri memperkecilkan Ketua Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos a.k.a Jamal Ikan Bakar, Nazri perlu sedar bahawa Jamal umpama jurucakap kepada semua Ketua-Ketua Bahagian.
Kepada Nazri, ingatlah, pada ketika ini, yang penting bukan Umno, bukan hak memberi pandangan. Yang penting ialah masadepan politik Najib, bukan Muhyiddin, bukan Shafie.
Itu keutamaan sekarang. Najib WAJIB dipertahankan.