Tuesday, August 18, 2015

NAJIB BERJUBAH, MENANGIS BERLINANGAN AIRMATA. TETAPI NAJIB BUKAN ALLAHYARHAM TUN RAZAK



SEDIH pun ada, nak ketawa pun ada dengan penampilan Najib Razak sejak akhir-akhir ini.

Malam Ahad lepas, Najib berjubah umpama seorang Kiyai, satu penampilan yang tidak pernah terfikir akan dilakukan oleh beliau.

Kalau difikirkan balik, dalam saat-saat genting ini, sesiapa pun akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri dari lemas dan tenggelam di dasar sungai.

Najib Razak breaks down while announcing the news on MH370

PADA tengah malam 5 Ogos, ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang tidur, Najib tidak sabar-sabar mengadakan sidang akhbar dan menitiskan air mata ketika mengumumkan sebahagian sayap yang dijumpai di sebuah pulau di Lautan Hindi dikenalpasti milik MH370, walaupun pasukan penyiasat Peranchis belum mengesahkan ianya milik MH370.

Kata orang putih: "desperate times call for desperate measures".

Ia bermaksud "seseorang apabila terdesak, akan melakukan apa saja diluar jangkaan kita atau sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kita".

Menangis pun dah, pakai jubah pun dah. Tapi masalah terus bertambah.

Allahyarham Tun Abdul Razak adalah pemimpin paling berjasa kepada negara.


Image result for tun razak

Generasi terdahulu tidak akan lupa akan jasa Tun Razak.

Dasar Buku Merahnya, DEB, Felda, Felcra, Buku Hijau, LPN, LKIM, Risda dan LPP adalah dasar yang cukup hebat diperkenalkan oleh Tun Razak untuk membantu rakyat.

Kerana begitu besar jasa Tun Razak kepada negara, anaknya Najib sedang mencuba untuk menggunakan populariti bapanya untuk menyelamatkan hayat politik beliau.

Sedarlah, Najib dan Tun Razak umpama langit dengan bumi.

Tun Razak hidup sederhana. Berbelanja sederhana. Tapi lain pula anaknya, Najib Razak.

Wang yang dikatakan "derma" ada berbilion ringgit dalam akaunnya. Bil kad kreditnya berjuta-juta jumlahnya. Hidup penuh dengan kemewahan.

Pakailah jubah, basahilah pipi dengan airmata, perasaan rakyat tidak akan berubah.

Terkenang kita kepada kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad: "Bapanya tubuh Umno, anaknya nak TANAM Umno."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tun-razak-tubuh-umno-najib-tanam-umno-kata-dr-m

7 comments:

Anonymous said...

you're useless DAPigs puppet...

Mujahid said...

Mula pakai baju Cina. Kemudian baju Bugis. Sekarang jubah. Manusia dinilai pada hati dan perbuatan, encik, bukannya baju.

Anonymous said...

hang ini betul betul bangang siapa kita nak menilai orang itu ikhlas atau tidak ikhlas. samada airmata nya benar atau tidak, hanya allah swt saje yang tau. kita disuruh bersangka baik terhadap orang dimana letak nya keimanan hang. aku bimbang sekiranya tuduhan tidak benar bila mati nanti takut2 tanah tak terima. astafirullahalazim.

Anonymous said...

Pro lh sikit bang... Cer sentuh isu lain bro.. Tak takut tuhan ke?

Anonymous said...

Suka hang lah.

Anonymous said...

tun mahathir tak habiskan ayatnya. yang nak tanam umno ialah najib dan dirinya sendiri. suka atau tidak, memang itulah yang dilakukan oleh kedua mereka. masing2 ada agenda peribadi. tun mahathir serang najib, najib serang balas semula. ini bukan hanya persengketaan antara dua makhluk umno, tetapi melibatkan kumpulan penyokong (penjilat?) mereka. umno tak pasal2 jadi mangsa. tapi tak apalah, apalah sgt dgn parti umno, parti ciptaan manusia. kalau umno bungkuspun, bukan bermakna dunia mesti kiamat. Allah pasti menjadi pengatur terbaik untuk kita....

Anonymous said...



duit rm2.6 billon tu bagi kat sapa. bagi lah aku sikit... nak rasa cuti kat beverly hills