Sunday, May 24, 2015

NAJIB: ANGKA BUKAN SEGALANYA, AFFIFUDIN: SAYA TAK SOKONG NAJIB

NAJIB TUN RAZAK bersalaman dengan sebahagian daripada ribuan penyokongnya

"HARI ini kita kumpulkan 12,000 orang, kalau kita hendak kumpul 20,000 pun boleh, 40,000 orang pun boleh. Saya di Tawau, Sabah minggu lalu, 40,000 orang hadir, di Johor 15,000 orang, di Gopeng pagi tadi 25,000 dan hari ini di Kuantan 12,000 orang. Saya tahu ANGKA BUKAN SEGALANYA tapi saya lihat keikhlasan rakyat terus memberikan sokong kepada saya. " Najib Razak.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sokong-kepemimpinan-najib-1.95071

Bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar berkata sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas dapat dilihat dari apa yang terjadi ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Mei, 2015.

"Saya ahli Umno TETAPI tidak sokong Najib. Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan orang Aceh. Orang Aceh duk diam saja. Orang Bugis di laut selalu menyamun saja. (Jadi) tak payah bermimpi jadi Pahlawan Bugis. Saya pun ada darah minang." -Dr Affifudin Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan dan bekas Ketua Bahagian Padang Terap.

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2015/05/berhenti-bermimpi-jadi-pahlawan-najib.html




6 comments:

Anonymous said...

Yang nak tentukan kerajaan baru bukan yang menjerit hidup najib, tetapi mak cik dan pakcik atas pagar. orang meluat RM tempiasnya kepada BN.

Anonymous said...

himpun org bagi ramai, ini perkara biasa bagi umno. org kpg g hidup susah pun mereka boleh pujuk naik bas dtg KL berhimpun di bukit jalil.

tu pun dpt 133 kerusi saja.

jadi tak heranlah beribu dikumpulkan utk pastikan tak hilang jawatan.

bila nak jatuh cari rakyat. himpun rakyat & bagitau rakyat aku dpt sokongan.

pemimpin haprak lupa daratan

Anonymous said...


Najib perlu dibicarakan atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada sidang parlimen. Najib memberikan kenyataan yang bercanggah mengenai isu USD 1.103 bilion wang yang dihutang oleh 1MDB yang kononnya dilaburkan di Cayman Island, lepas tu kata dah tebus pelaburan itu, dibawa dan disimpan di Singapura kerana Najib menuduh Bank Negara banyak karenah kalau wang itu dibawa ke negara ini dan disimpan ke negara ini. Kemudian Najib buat U-Turn kata yang disimpan itu bukannya wang tunai, tapi aset, lepas tu dari Kementerian Kewangan pula kata yang disimpan itu unit.

Jawapan oleh Najib dalam sidang parlimen sebelum ini adalah suatu penipuan. Berdasarkan Seksyen 218:

“Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

Dalam perkara ini, Speaker parlimen perlu membuat laporan polis kerana Speaker parlimen yang menguruskan sidang parlimen, serta bertanggungjawab berhubung apa-apa urusan berkaitan sidang parlimen.

Bila Speaker Pandikar Amin Mulia nak buat laporan polis?

Sebelum ini Pandikar Amin Mulia pernah menipu mengenai isu surat perletakan jawatannnya, sekarang ini Pandikar Amin Mulia perlu bersikap integriti dengan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang disahkan menipu oleh Menteri Kewangan iaitu Najib yang juga Perdana Menteri?

Apakah Pandikar Amin Mulia seorang yang berintegriti atau orang yang menyokong golongan penyeleweng kerana mementingkan pangkat dan jawatan?

Pandikar Amin Mulia perlu membuat pilihan, apakah dia seorang yang jujur dan amanah yang layak memegang jawatan Speaker Parlimen, atau pun dia seorang yang mementingkan jawatan dan pangkat dengan bersekongkol dengan golongan penyeleweng yang melakukan jenayah yang menyebabkan integriti Pandikar Amin Mulia tidak boleh dipercayai dan khianat terhadap negara dan dia tak layak menjawat jawatan Speaker Parlimen, di mana orang yang bersubahat dengan penjenayah adalah tidak layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, apatah lagi jawatan Speaker Parlimen.

Kita juga menantikan jawapan dari para menteri dan tukang ampu Najib berhubung hal ini.

Anonymous said...

Kali ini kita agak setuju dengan Dato Dr Affifuddin , Umno bukanlah milik seorang , kumpul ramai orang bukan bermakna mereka menguindi Bn dan parti menang , penentu kemenangan adalah semua rakyat yangt berhak mengundi, undi ahli umno atau bn sekutu bukan pastikan bn menang, jadi Najib... bersedialah untuk menjadi pembangkang jika itu lah harapan presiden umno..

Anonymous said...

Ada je yg nak tumpang glemer skrg ni,umno da rosak jdnye..dilemahkan dek ahli sendiri..letak madey yg ckp byk tu pun umno da tak bley menang..apa lagi stakat muyidin..apa lg kery yg dulu terang2 sapu saham kampeni public listed..yg klakornye smua bajet suci..lahai mlayu2

Anonymous said...

KENYATAAN  AKHBAR

Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura  telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB .

Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan  Parlimen. . Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut

Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa YAB Dato Sri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah berbohong adalah tidak wajar.

Ini ialah kerana lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya  disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

Kementerian Kewangan  telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.


Kementerian Kewangan
24 Mei 2015

Kakitangan kerajaan pula di salahkan?


Malu lah