Thursday, January 22, 2015

SANUSI PENGKRITIK KE-6 NAJIB



HARI ini Jelapang hendak menambah lagi satu nama orang lama Umno yang MENGKRITIK Najib Razak.

Beliau ialah Tan Sri SANUSI JUNID, bekas Naib Presiden Umno, Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri dari Umno.

Sanusi adalah pemimpin Umno ke-6 yang disenaraikan Jelapang yang telah mengkritik Najib.

Lihat kenyataan Sanusi di video di atas.

Kesimpulan Sanusi ialah samada BN "tukar dasar dan cara" atau 'TUKAR ORANG"

Sebelum ini, Jelapang menyiarkan senarai pengkritik seperti berikut:


1. Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

2. Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno.

3. Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno.

4. Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

5. Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri.




5 comments:

Anonymous said...

sure lepas kena sanusi kena attack dgn habibul pulak

Rahsia Anak Mata said...

Apa kata admin senaraikan blogger pro-bn yg kritik najib jugak.

Rahsia Anak Mata said...

Selepas ni sape plak?pak lah ke?

Gabenor johor said...

Hebat sangatkah TSSJ ini..apa yg dia bantu org melayu dahulu kini dan sekarang..mana perginya sykt pembinaan melayu bumiputera yg begitu gah dizaman beliau dahulu iaitu Sykt Melayu Tulen Sdn Bhd singkatannya shamelin..berapa ramai org melayu dan hartanah melayu yg tinggal sekarang di Taman Shamelin Perkasa?Mana hilangnya Koperasi Shamelin Perkasa Berhad?malayu mudah lupa..dendam kesumat dgn DSN kerana anknya yg maha hebat tidak dpt sokongan dari UMNO utk melawan KJ..adakah itu motifnya?

Anonymous said...

Jaga jaga najib dan setpol dia ada group setiakawan disetiap bahagian.
tugas mereka adalah spy.