Rupa-rupanya ramai kumpulan ekstremis di dalam Umno.
Inilah nasib pemimpin Umno apabila tidak bersependapat dengan pucuk pimpinan.
Khairuddin Abu Hassan, Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, hanya meminta polis menyiasat kepincangan di dalam 1MDB berikutan pelbagai isu dibangkitkan mengenai syarikat tersebut.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/12/ahli-umno-mahu-polis-siasat-kepincangan-1mdb/
Mungkin ada yang terasa pedasnya maka kini Khairuddin diserang bertubi-tubi oleh ahli parti beliau sendiri.
Begitu ekstremnya Umno, satu MAJLIS diadakan di Ibupejabat Umno pada 6 Januari 2015 di mana Ketua Pemuda Umno Batu Kawan Hilmie Ibrahim bersama rombongannya menyerahkan dokumen semakan Jabatan Insolvensi kononnya Khairuddin diisytiharkan bankrap pada bulan Mei tahun lepas kepada Setiausaha Kerja Umno. http://m.utusan.com.my/berita/politik/gesa-siasat-khairuddin-didakwa-muflis-1.45083
Tak cukup dengan pengisytiharan bankrap, Isnin ini rumah Khairuddin di Mont Kiara pula akan dilelong.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-terkejut-rumah-dilelong-tanpa-pengetahuan
Semua ini sudah pasti gara-gara laporan polis Khairuddin mengenai 1MDB.
Jelas sekali ada pemimpin yang tak sedap duduk dengan laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin.
Nampak sangat pemimpin berkenaan berada di dalam "ketakutan" dengan laporan tersebut.
Begitulah ekstremnya Umno hari ini. Kalau tidak sependapat, sampai ke rumah kawan sendiri pun kena lelong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
betul tulisan tuan
syed sobri kuala nerang walaupun bangkrap tak pula kena lelong.
kekal adun sampai habis penggal lagi.
sampai hari ni isu 1mdb tak dijawab.
beli IPP bekali ganda mahalnya. duit lebih pegi mana?
Terkini Tun Daim pun kena dengan edaran video lucah pula selepas beliau diserang di TV3 menggunakan statement pembangkang. Ini adalah gara2 Daim mmprtikaikan prestasi Najib!. Cuma Tun Mahathir je belum lagi depa serang....
Nak lelong harta benad orang bukan senang be,kalau bayarannya tuntas dan mematuhi syarat.Kalau dah kena lelong tu jangan lah salahkan orang.Aku ada juga pinjaman perumaha,seminggu sebelum tarikh due pun dah ada sms beri ingatan,kalau lewat merka call.Macam mana mangkuk ni tak tahu pasal pinjaman dia?.Zaman dulu bolehlah kelentong.Yang penting kamu bayar ke tak bayar jangan salahkan orang lain.
Puak-puak Umno ni kalau mereka kesempitan dan tak dapat pertolongan Umno mereka mula main tikam belakang.Aku bukan penyokong Umno,tapi menyampah dgn org yg berpura-pura.
Sumber penulisan dari freemalaysiatoday dan malaysianinsider? Takde sumber lain bro...maksudnya yg lebih telus tak berat sebelah. Oh ya, sumber utusan tu hanya cerita semakan insolvensi....hehe. Biar betul ni bro. Ada hubungan apa2 ke dgn umi aida....saja tanya...
Cara islam tangani pengkritik
sebab tak ada roh isle
Kes muflis pada 14 mei 2014. Laporan polis terhadap 1mdb pada akhir tahun 2014. Macamane blogger nk kaitkan repot polis dgn lelongan penthouse? Asyik rujuk info dari pembangkang, lenggokpun sebijik pembangkang. Kesian blog ni. Nak jadi blogger pembangkang, diorang boleh terima ke? Sapa pulak nak bayar?
Jangan bengap sangat,beliau dideclare bankcrupt sejak Mei 2014.Penthouse kena lelong sebab tak bayar instalment bank.Saya ini bukan suka sangat kat UMNO ni,tapi kes peribadi macam ini tak payahlah libatkan orang lain,buat kenyataan tu beretika lah sikit baru orang akan hormat.
Aku cuma nak tahu bila pm naik main golf lagi dan bila pulak rosmah nak shopping lagi
saya juga nak tahu bila pula rosmah nak bawa kawan2 dia naik 9M-NAA. kalau boleh sy nak ikut
BIASALAH UMNO.
KALAU TAK NAK RUMAH KENA LELONG, JGN MASUK UMNO.
DLM UMNO SEMUA HALAL.
KALAU TAK SOKONG PRESIDEN, KENA TUDUH TUTUH PUNGKOQ.
KENA LELONG RUMAH BIASA LAH.
KALAU NAK SELAMAT DLM UMNO, DUDUK DIAM-DIAM
PASTI SELAMAT.
Nak masuk PR lagi hebat,terus kena zip mulut,anggukx kepala,rela berbaring atas jalan dan yang terok sekala kena pandai membuat fitnah/berbohong macam anak KETUM tu.Conto terbaik saperti anon 7.10 di atas.
Post a Comment