Friday, January 23, 2015

ROSMAH MANSOR NAIKKAN IMEJ NEGARA DI DAVOS


Ini yang amat membanggakan negara apabila Wanita Pertama kita, Rosmah Mansor, berada di luar negara. 

Stail dan "vogue". Pakaian seperti inilah (menurut seorang rakan, kot "mink") yang paling sesuai untuk ke Davos, Switzerland, sebuah negara Alps. Sudah pasti akan ada pemimpin negara lain irihati dengan penampilan Wanita Pertama Malaysia di Davos.

Sudah tentu Ketua Bahagian Umno Cheras Syed Ali Al-Habshee akan turut merasa bangga dengan penampilan Wanita Pertama di Switzerland.

Kata seorang rakan, untuk tampak stail tidak perlu belanja banyak. Katanya lagi, paling mahal pun kot "mink", mungkin nilai sebuah rumah di Kelantan.

Tetapi wang tiada nilainya berbanding nilai maruah dan imej negara.


Dulu-dulu, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Wanita Pertama Malaysia, sering memakai kot seperti di atas semasa berada di negara bersalji.

Tetapi itu dulu. Sekarang lain. 

Imej negara kena dipelihara. Kita sudah hampir mencapai status negara maju dan negara berpendapatan tinggi.

Oleh itu, pakaian isteri pemimpin pun mesti menggambarkan status tersebut.

10 comments:

Anonymous said...

biar lah...itu hak dia...kalau harga pakaian tu rm40k pun dgn guna duit dia sendiri...takde hal pun..tapi kalau guna duit rakyat..sampai masanya dia tetap dihitung dihari pembalasan...

Anonymous said...

Tak buat kajian brand underwear DS Rosmah ke? Baru lengkap...

Anonymous said...

benda mcm ni pun nk buat isu.
mcm iblis yg sedang mencucuk antara anak2 Adam.
Carilah bahan yg lbh baik dr meniru sifat iblis..

ye tuan blog..
ape yg ko nk ckp sbrnye?

Anonymous said...

benda mcm ni pun nk buat isu.
mcm iblis yg sedang mencucuk antara anak2 Adam.
Carilah bahan yg lbh baik dr meniru sifat iblis..

ye tuan blog..
ape yg ko nk ckp sbrnye?

Anonymous said...

Anuar tak mau bawa bini ada agenda lain.LGE bawa bini salahkan BN kerana bawa bini dia.

Anonymous said...

EXCO Wanita tak ada ke yang ikut sama iring RM.

Anonymous said...

Tapi yang veteran nampak slim dan elegant.

Yang berat sikit nampak macam kemah.

Anonymous said...

Hah?? Biar betul

Video dia siku suami Perdana Menteri di Indonesia MEMALUKAN Melayu, Islam dan Malaysia

Tak sedar diri

Anonymous said...

Anon 4.08 pm

kau ni kalau nak sokong Umno pun jgnlah sampai guna nama iblis

lagi ramai iblis dlm umno

Anonymous said...

Apa beza pakaian isteri pemimpin dulu dan sekarang? Sama je mahalnya.So? 2 x 5

Apa beza de facto Keadilan? Bukan dia pun bekas UMNO ke?
Apa beza Mike Tyson masuk parti bulan hijau? Bukan masa bawa lari duit Australia dia masih UMNO kan? So? Semua 2 x 5