Saturday, January 17, 2015

NAJIB PERDANA MENTERI PERTAMA MUSUHI PEMIMPIN VETERAN


ADA yang tak kena dengan Najib Razak.

Atau mungkin tersalah memilih penasihat.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

2. Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno.

3. Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno.

4. Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

5. Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri.

Kita boleh memberi beberapa nama pemimpin Umno lain (bukan pemimpin Pakatan Rakyat) dan setiap dari mereka ini mengkritik Najib atau pernah mengkritik Najib.

Tun Dr Mahathir mengkritik Najib melalui blog beliau serta membuat kenyataan secara terbuka.

Tun Daim Zainuddin juga mengkritik cara Najib mentadbir di majlis-majlis yang dihadiri beliau.

Tengku Razaleigh menulis surat kepada semua Ahli Parlimen mengkritik pentadbiran Najib.

Tan Sri Sabaruddin juga mengkritik Najib semasa isu Bank Rakyat tidak lama dulu dan Tan Sri Zainuddin melalui blog beliau, Zamkata.

Sekarang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim diserang hebat oleh media milik kerajaan. Malahan malam ini, TV3 begitu ghairah mengkritik Tun Daim.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno yang dihormati rakyat tiba-tiba DIMUSUHI NAJIB.

Tidak mungkin media Umno berani menyerang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim TANPA pengetahuan Najib.

Apakah Najib merasakan pemimpin-pemimpin veteran ini tiada nilai dan tidak berguna lagi kepada Umno?

Apakah Hassan Malek, Shahidan Kassim, Tajuddin Rahman, lebih baik dari Tun Dr Mahathir, Tun Daim dan lain-lain?

Atau Najib memang jenis pemimpin yang PANAS TELINGA dan tidak boleh dikritik?

Seorang kawan berkata, Tun Dr Mahathir lah yang meminta Tun Daim memastikan Najib "SELAMAT" karier politiknya semasa Tun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Kini bagi Najib, ikut cara pemimpin ini dilayan sekarang ini, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim bukan lagi RAKAN beliau dan sebab itulah sekarang ini media Umno "MENYERANG" mereka.

Kita tengoklah siapa yang akan kecundang.

Tun Dr Mahathir dan Tun Daim tiada apa yang dikejar mereka dan mereka tidak akan rugi apa-apa.

Inilah PERTAMA kali, Perdana Menteri dan Presiden Umno memusuhi begitu ramai pemimpin veteran Umno.

Mungkin Najib merasakan beliau adalah pemimpin paling kuat dalam sejarah Umno atau mungkin juga disebabkan oleh salah nasihat.

TETAPI Jelapang melihat kepada Najib sebagai pemimpin terdesak dan berada di dalam ketakutan dan berharap 'SERANGAN" ke atas Tun Dr Mahathir dan Tun Daim boleh memaksa mereka menutup mulut seketika.

Sehingga kini, jangan harap Tun Dr Mahathir dan Tun Daim dapat dibisukan dengan cara ini.

Yang akan rugi ialah Umno.

Yang akan kecundang ialah Najib.

TAK PERCAYA?

TANYA PAK LAH.

15 comments:

Anonymous said...



tun dr mahathir & tun daim mengkritik kerana sayangkan Umno dan negara.

tidak ada udang di sebalik batu.

kalau salah, kata salah.

najib banyak buat kesalahan sebab itu dia ditegur.

susah sangat ke najib nak jadi pemimpin jujur.

susah sangat ke rosmah hidup merendah diri

itu persoalannya.

p/s: lepas ni rosmah berjalan lagi ke london guna alasan bertemu 100 pelajar msia.

Anonymous said...

pemimpin yg LEMAH selalu harapkan pujian dan sokongan yg kuat

maka pengampu senang menipu

Anonymous said...

TM adalah pemimpin pertama yg sentisa menghentam PM selepasnya.

Diamdiam pula adalah mantan Menteri Kewangan yg pertama mempunyai Bank sendiri di luar negara.

KJ dan Zam pula adalah bekas Ketua Pengarang akhbar yg pertama terus membodek bekas PM dgn menghentam PM semasa.

Tengok gelagat mereka, mereka memang ternyata sedang menjadi musuh dalam selimut tapi ingin menipu rakyat dgn memberi alasan utk membetulkan keadaan.

Mereka syok sendiri terasa mereka masih di beri perhatian dan sokongan,walhal mereka semualah punca keadaan sekarang terutamnya TM dan Diamdiam.

Kronisma,nepotisma ,10%,siapa yg tak tahu ianya bermula dari mana.

Gabenor johor said...

Tun M dulu pun memusuhi Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak..agaknya beliau masih simpan dendam dengan waris Tun Abdul Razak..dulu masa pemerintahan Tun M yg di usik oleh Tunku Abdul Rahman dia pun melenting jugak..MELAYU MUDAH LUPA

Anonymous said...

TV3 & Utusan menjadi MEDIA BODOH & Tiada Intelek..

Tengok 2014 betapa merosotnya RATING MEDIA ini..

Selain dari HIBURAN,
Cuma ORANG BODOH @ ORANG yg tiada pilihan lain shj yg menonton TV3.
Boleh tanya juga orang2 ini- Adakah mereka berpuas HATI?

Tanpa orang2 ini TV3 dah menjadi sejarah.

sesejuk mata memandang said...

Dari dulu lagi kita lihat gaya pimpinan najib memang tidak boleh ditegur dan jika ditegur akan di 'gam' oleh siapa sahaja pemimpin bahagian yang setia kepada Najib walupun pendpaat dan kriitikan yang dibuat demi kebaikan pimpinan Najib juga UMNO

Anonymous said...

Tak lama lah tu! Kalau bini ikut tadbir sekali tak bolih kah? Kalau Rrosmah tak involve tak kan orang nak bercakap. Ini masaalh Najib. Apa kah Najib tak bolih control bibi kah? Apa kah ahli UMNO tak bolih buat decision kah tentang cara kerja Najib. kalau dia buat itu betul dan munasabah tak tak kan ornag nak complain! This is the issue. We have nothing to gain personally except to be better overall. The advisers are highly schooled but not street wise. Ada perpatah melayu berkata 'pandai tapi tak cerdik' We love UMNO more than the PM. Do not live in denial.

Anonymous said...

najib dah all out nak pertahankan jawatannya..kalau bungkus biar bungkus semua katenya...sudah pasti penyokong Tun dok perhati movement najib sekarang..

Anonymous said...

Mamak melawan Melayu.

Yang Melayu keliling Mamak sokongnya buat apa?

Belum habis langsaikan budi ke?

Sampai bila kena hidup jadi anjing belaan?

Anonymous said...

berilah laluan kpd pemimpin umno lain utk menerajui umno dan ngra skrg..

rakyat dh tlalu meluat dgn apa yg blaku.. kita perlukan perubahan.. mulakan dari yg paling atas.. dan mulakan dari skrg.. itu lebih baik dari tpksa harungi pru14 dgn jentera yg sgt lemah!

tp pastikan yg naik itu bkn atas dasar kekeluargaan lar..

Anonymous said...

Lingkup najib kalau percaya habibul rahman

minatomaulana said...

Beri laluan kpd new leading..umno..1 thing berI kebebasan rakyat awam bercakap kat media/tv beri keadila sikit je..jgn asik media cover najib..sy dah banyak tengok media tv 3 asik cover umno dan najib..media dan nak gun terus t mahatir..I don't wanna think they talk must be revolusion that is democracy..but beri sikit orang awam cakap pasal semua hal..

Anonymous said...

Haha otak udang btul..ko ni ni mesti geng2 pemakan dedak..

Anonymous said...

Jgn risau bro dah x lama dorng ni..nak masukan dalm sejarah pun x layak sbb kuat menipu..

Anonymous said...

Soalannya mcm mana cara dia guna duit petronas sekarang..boleh ceritakan pada rakyat..kenapa f1 dah x buat kt malaysia ..malaysia dah semakin kebelakang ke?siapa yang buat putrajaya(kediaman pm sekarng kt mana?),cyberjaya,msc(kemudahan internet sekarng dari mana),mas(dulu melay tadbir sekarang kenapa orng putih malaysia dah x de orng pandai nak urus sendiri ke?,klcc(ikon negara n petronas)siapa yang kembangkan peteonas sampai menjadi syarikat minyak yang di segani didunia..,klia,proton,yang menangani krisis wang 1998?siapa yang buat serangan subuh saham london sehingga beribu2 hektar tanah yg dirampas oleh british laknatullah dapat semula ke tangan malaysia..banyak lagi kehebatan2 dan keberAnian tun m yg di akui dunia timur dan barat..hati ini semuanya nk di hapuskan dihancurkan digadai oleh be end(cleptokrasi, diktator)kronisme,keluarga dan anak beranak dia..pm sekarng..yg x taw buat ape2 semuanya cuma tekan rakyat(gst),ego dan angkuh(tidak boleh ditegur,politik wang,bersenang lenang,rakyat menderita x dipedulikan..proton tergadai di ke tangan china,pelabur2 china berleluasa,tanah diberikan hak milik kekal kepada china,langsung x menjaga rakyat sendiri,melayu,cina,india dll..salah guna kuasa..secara berleluasa...