Tuesday, August 5, 2014

EDL: KEPENTINGAN SYARIKAT MENGATASI KEPENTINGAN RAKYAT

10 Mac 2012: "Mereka yang tidak menggunakan EDL tidak sewajarnya dikenakan bayaran tol. Kita akan selesaikan perkara ini." - Najib Razak semasa Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Johor Baru.
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2012/3/10/mstar_berita/20120310090504

30 Ogos 2012: Kerajaan memutuskan untuk mengambil alih EDL dari MRCB. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop.
https://my.news.yahoo.com/kerajaan-akan-ambil-alih-lingkaran-penyuraian-timur-johor-124014880--finance.html

1 September 2012: "Ini adalah hadiah MERDEKA yang terbaik." - Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Baru apabila Kerajaan mengumumkan akan mengambil alih EDL dari MRCB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahrir-pertahan-kerajaan-ambilalih-edl

5 Mei 2013: PRU-13

31 JULAI 2014: Lembaga Lebuhraya Malaysia mengumumkan tol di CIQ Johor Baru bagi menampung kos pembinaan dan penyenggaraan EDL serta kemudahan di CIQ.
http://www.tv14.my/?p=4843

4 Ogos 2014: Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed menulis, "sebagai Ahli Parlimen untuk semua kaum, saya berpendapat keputusan kerajaan menaikkan kadar tol berkenaan tanpa mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk saya sendiri selaku Ahli Parlimen amat tidak menggambarkan konsep "rakyat didahulukan."

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan/article/putrajaya-salah-strategi-isu-kenaikan-tol-tambak-johor

Apabila kerajaan mengumumkan akan mengambil alih EDL dua tahun lepas dan tol percuma, bertepuk kegembiraan orang Johor.

Jelapang masih ingat pada masa itu, apabila tol hendak dikenakan MCA yang diketuai oleh Chua Soi Lek protes. 

Shahrir Samad protes. Menteri Besar Ghani Othman pada masa itu pun protes kerana takut kalah pilihanraya umum ke 13.

Bagi meredakan keadaan, Nor Yakcop mengumumkan kerajaan akan mengambil alih EDL.

Pada masa itu, Perdana Menteri pun bersetuju dengan pandangan bahawa mereka yang tidak menggunakan EDL tidak sepatutnya membayar tol kerana tol dikutip di CIQ kerana tiada plaza tol di sepanjang EDL. Memandangkan ramai yang tidak menggunakan EDL tetapi terpaksa melalui CIQ untuk ke Singapura, maka mereka memprotes kerana dipaksa membayar tol di CIQ.

Maka apabila, EDL dibuka pada 1 April 2012, sehingga 31 Julai 2014, pengguna tidak membayar tol.

Tiba-tiba 1 Ogos, mereka dikenakan tol.

Biasalah, pilihanraya dah lepas. Bukan semua JANJI perlu ditepati.

Kepada Nur Jazlan, sejak bila pula di Malaysia pandangan Ahli Parlimen diminta sebelum sesuatu keputusan dibuat? (Lihat tulisan Nur Jazlan di atas)

Tidak mungkin Nur Jazlan tidak tahu. Sudah 3 penggal (10 tahun) beliau menjadi Ahli Parlimen. 

Ramai yang menghentam Nur Jazlan kerana tulisan beliau.

Sebagai Ahli Parlimen BN, adalah tanggungjawab Nur Jazlan mempertahankan keputusan kerajaan di Parlimen walaupun keputusan tersebut bertentangan dengan janji dan tidak masuk akal.

Apabila isu seperti ini tidak dapat dipertahankan lagi, Kerajaan akan ubah (reverse) keputusan dan gunalah alasan "kerajaan prihatin dengan pandangan rakyat."

Dalam kes EDL ini, pandangan orang di akar umbi mudah saja.

Kepentingan syarikat (MRCB) mengatasi kepentingan rakyat.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

TAMAT

1 comment:

Anonymous said...

Mana ada benda free bodoh. Semua nak bersubsidi mana boleh majo tolol. Kalau kau cerdik bagi model macamana nak bagi semua free bahalul