Sunday, July 20, 2014
BALA DAN PEMBALASAN MENIMPA NEGARA?
BULAN Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa buat kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berakah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
Itulah sebabnya kita berebut siang dan malam menunaikan kewajipan kita agar kita terpilih oleh Allah SWT sebagai penerima berakahnya.
Inilah bulan nya untuk kita merenung sejenak menganalisa kembali kesilapan kita dan membina keazaman untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan kesilapan lampau.
Negara di rundung malang lagi. Tiada dalam sejarah syarikat penerbangan di dunia mengalami kehilangan dua pesawat dalam tempoh empat bulan.
Kini MAS sudah kehilangan dua pesawat - MH370 dan MH17. Dalam tempoh 4 bulan, sejumlah 537 penumpang dan anak kapal terkorban.
Kenapa MAS? Kenapa syarikat penerbangan Malaysia? Kenapa tidak pesawat dari negara lain?
Di masa yang sama, ketika kerajaan cuba menyakinkan pelancong dan rakyat bahawa keadaan keselamatan di Sabah selamat walaupun pelancong dan pengusaha ikan dalam sangkar di culik oleh lanun dari Filipina, anggota polis kita terkorban dan diculik.
Anggota POLIS bersenjata diculik, dan kita masih mahu mengatakan keadaan di Sabah selamat!
Di mana salah kita?
Apakah insiden-insiden ini merupakan BALA dan pembalasan Allah SWT kepada kita seperti mana yang ditulis oleh Blogger Abdul Kadir Jasin?
http://kadirjasin.blogspot.com/2014/07/mas-mh17-shot-down-in-ukraine.html
Tidak kah pemimpin-pemimpin kita termasuk Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, para ulamak dan Mufti-Mufti terfikir perkara ini?
Kalau kita tersilap, kenapa kita tidak menegur? Kenapa Mufti-Mufti takut menegur dan hanya berani menegur rakyat marhaen? Kenapa?
Tidak ada pemimpin di Malaysia dan di dunia yang berkuasa.
Kita perlu mengingati diri kita bahawa, ada yang lebih berkuasa dari kita iaitu - ALLAH SWT.
RENUNGKAN LAH
Labels:
mufti,
muhyiddin yassin,
najib razak,
sultan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Pemimpin buat dosa. Rakyat menanggung
Ustaz kazim nanti kata pr bawa bala pada negara. Ustaz dollar
DATIN SERI ROSMAH PAKAILAH TUDUNG KALAU TAK MAHU BERHIJAB PUN.
Tuhan meletakkan Malaysia diatas pentas dunia dengan musibah sebegini sudah pastinya bersebab. Tidak ada perkara yang terjadi melainkan ianya suatu ketentuan Tuhan yang perlu kita ambil iktibar.Malaysia menjadi terkenal seanterio dunia hatta orang yang sebelum ini tidak pernah mengenali Malaysia pun sudah tahu siapa dan dimana Malaysia berada. Banyak yang perlu dipelajari dari musibah kerana disebalik setiap musibah ada hikmahnya.
Kita banyak membantu orang, lebih2 lagi Muslim serantau.
Itu bukan bala, tapi dugaan.
Anonymous July 20, 2014 at 2:04 PM : rambut wanita bukan aurat sebab ia bukan mengaibkan. Hanya yang mengaibkan sahaja dikatakan atau diklasifikasikan sebagai aurat.
Orang yang buta hati saja mengambil yg negatif dari apa yg berlaku...
Ini adalah balasan dari hantu atlantuya yang dibunuh secara "misteri". Selagi pembunuh sebenar tidak dihadapkan ke muka pengadilan, selagi itulah hantu Atlantuya akan mengamuk.
Kepada yang masih x faham2x Kenapa malaysia jadik percaturan utk dimulakn percikan api peperangan dunia 3, sila baca dan gali lagi ilmu2x yg telah disaji oleh penulis2x tertentu sejak 2-3 thun lepas. 2013 dan thun seterusnya telah menjadi saksi kebenaran tulisan mereka. Cuma pd masa itu ramai org kita masih leka dgn gelak ktawa, anggp mudah tulisan mreka kerana kita menyangka2x negara tok arab jer jdik serangan pihak lucifer, iluminati dan yahudi zionis. Negara kita sudah masuk jaluran red flags tapi kerajaan x mahu ngaku dan anggap krisis2x dlm negara dr thun 2009 sehingga skrg cuma pkara biasa2x saja, bley setel, kacang jer (hahaha) dan malangnya rakyat malysia (mostly) x sedar mereka dalam bahaya pun.
Post a Comment