Showing posts with label mufti. Show all posts
Showing posts with label mufti. Show all posts
Sunday, July 20, 2014
BALA DAN PEMBALASAN MENIMPA NEGARA?
BULAN Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa buat kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berakah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
Itulah sebabnya kita berebut siang dan malam menunaikan kewajipan kita agar kita terpilih oleh Allah SWT sebagai penerima berakahnya.
Inilah bulan nya untuk kita merenung sejenak menganalisa kembali kesilapan kita dan membina keazaman untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan kesilapan lampau.
Negara di rundung malang lagi. Tiada dalam sejarah syarikat penerbangan di dunia mengalami kehilangan dua pesawat dalam tempoh empat bulan.
Kini MAS sudah kehilangan dua pesawat - MH370 dan MH17. Dalam tempoh 4 bulan, sejumlah 537 penumpang dan anak kapal terkorban.
Kenapa MAS? Kenapa syarikat penerbangan Malaysia? Kenapa tidak pesawat dari negara lain?
Di masa yang sama, ketika kerajaan cuba menyakinkan pelancong dan rakyat bahawa keadaan keselamatan di Sabah selamat walaupun pelancong dan pengusaha ikan dalam sangkar di culik oleh lanun dari Filipina, anggota polis kita terkorban dan diculik.
Anggota POLIS bersenjata diculik, dan kita masih mahu mengatakan keadaan di Sabah selamat!
Di mana salah kita?
Apakah insiden-insiden ini merupakan BALA dan pembalasan Allah SWT kepada kita seperti mana yang ditulis oleh Blogger Abdul Kadir Jasin?
http://kadirjasin.blogspot.com/2014/07/mas-mh17-shot-down-in-ukraine.html
Tidak kah pemimpin-pemimpin kita termasuk Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, para ulamak dan Mufti-Mufti terfikir perkara ini?
Kalau kita tersilap, kenapa kita tidak menegur? Kenapa Mufti-Mufti takut menegur dan hanya berani menegur rakyat marhaen? Kenapa?
Tidak ada pemimpin di Malaysia dan di dunia yang berkuasa.
Kita perlu mengingati diri kita bahawa, ada yang lebih berkuasa dari kita iaitu - ALLAH SWT.
RENUNGKAN LAH
Friday, September 5, 2008
PANTUN: JIKA NEGARA SUDAH KACAU, ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Malaysiakini melontar persoalan itu kepada Dr Asri dan beliau enggan mendedahkan siapa yang beliau maksudkan.
Namun Malaysiakini menyatakan ramai berpendapat beliau merujuk kepada Abdullah Ahmad Badawi dalam rangkap "jika negara sudah kacau, eloklah tuan mengundur diri".
Kritikan beliau juga keras bila Dr Asri mengakhiri pantun beliau yang berbunyi: "carilah ganti berbudi tinggi, bukan perompak ganti pencuri".
Friday, July 4, 2008
TAATILAH NASIHAT MUFTI!
NASIHAT: Dalam suasana polemik ini, ada baiknya mereka yang terlibat dalam tuduhan Anwar meliwat mentaati nasihat Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.Menerusi blognya, Dr Asri mengesa mereka yang terlibat supaya mubahalah’ atau bersumpah.
Berikut ialah nasihat Dr Asri ketika menyampaikan Kuliah Hadith di Masjid Alwi, Kangar, Perlis.
“Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru.
(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau http://www.drmaza.com).
“Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berbohong. Dia kata dia, ada kata orang ni. Ada kata konspirasi, niat jahat sampai rakyat berkelahi dan bertumbuk. Macam-macam cerita kita dengar.
“Dalam Islam, pada asalnya tidak boleh buka aib orang, cerita peribadi orang tidak boleh dedah pada orang lain. Tapi dalam politik Malaysia sekarang, main lawan dedah aib. Dua kali lima, lima kali dua. Semua dok pakat bongkar hal orang.
“Saya tak nak bela sesiapa. Yang untungnya, surat khabar laku. Asalnya memang perkara peribadi macam ini tidak boleh dedah. Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain."
“Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai’nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya. Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini… "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya’ dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi… saya tidak melakukannya.”
"Selepas bersumpah kedua-dua pihak dan semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut. Ini benda peribadi tapi sudah jadi urusan rakyat. Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah.”
"Ppolitik pada asalnya ialah satu tanggungjawab khilafah yakni memakmurkan dunia dan khalifah yang dilantik mesti menegakkan agama dan menguruskan dunia. Tapi sekarang politik sudah jadi lawan tuduh dan lawan dedah. Gelanggang yang kotor. "
"Tokoh Turki Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik. Tokoh agama Rasyid Ridha pula pernah berkata, “Aku berlindung dengan Allah daripada politik dan apa sahaja terbitan politik”.
"Pertama kali mubahalah dilakukan dalam satu peristiwa pada zaman Nabi apabila puak Kristian di Najran mempertikaikan kebenaran Nabi. Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani.”
"Seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, Surah Ali-Imran di mana antara lain, Allah berfirman,”Kebenaran itu dari Tuhanmu. Jangan kamu termasuk dalam golongan mereka yang ragu. Setelah datang kepada engkau keterangan dan ilmu. Katakanlah pada mereka semua…”
"Ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan."
“Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah.”
"Mubahalah itu dilakukan pada bulan Ramadan. Bila tiba bulan Zulkaedah, bapa saudara Ibnu Arabi buta mata dan mati."
Subscribe to:
Posts (Atom)






