Tuesday, June 3, 2014

TAHNIAH MAH, TAHNIAH HASSAN MALEK

TAHNIAH BN. Tahniah Presiden Gerakan Mah Siew Keong di atas kemenangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Telok Intan menewaskan seorang gadis berusia 27 tahun yang tiada pengalaman di dalam politik.

Kita faham kenapa kejayaan ini tidak dirayakan secara besar-besaran. Apa tidaknya, BN memerlukan seorang PRESIDEN parti komponen untuk menewaskan seorang calun yang masih muda dan mentah dalam berpolitik.

BN terpaksa menjanjikan jawatan MENTERI KABINET, sebuah UNIVERSITI, zon WIFI, Teluk Intan sebagai AGRI-HUB Perak Hilir dan macam-macam lagi untuk menewaskan seorang gadis yang hanya berusia 27 tahun.

Tetapi kemenangan tetap kemenangan walaupun dengan satu undi. Kemenangan tetap kemenangan walaupun kos untuk menawan sesebuah kerusi DAP terlalu tinggi.

Tahniah kepada Mah, bakal Menteri tidak lama lagi.


TAHNIAH HASSAN MALEK. 

Secepat kilat SPRM mengeluarkan kenyataan mengatakan tiada isu rasuah di dalam pemberian pinjaman oleh Bank Rakyat di bawah pentadbiran Hassan Malek kepada seorang pedagang karpet keturunan India.
http://www.sprm.gov.my/bank-rakyat-sprm-rasuah.html

Kata SPRM, ianya lebih kepada isu tadbir Bank Rakyat. Tahniah kepada SPRM kerana cepat mengeluarkan kenyataan MENYELAMATKAN Hassan Malek. Sekurang-kurangnya ia menjimatkan wang rakyat daripada berlakunya 
penyiasatan yang memakan kos berjuta ringgit dan berkesudahannya - "tiada kes".

Jelapang faham ramai di bawah sana begitu marah dengan kes pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah kepada pedagang India ini.

Kalau boleh, kesemua kita hendakkan pinjaman tanpa faedah dari Bank Rakyat. 

Menurut laporan Tahunan Bank Rakyat 2013, terdapat 947,541 penyimpan dengan Bank Rakyat dengan jumlah simpanan sebanyak RM2.714 bilion dan majoriti penyimpannya ada KAKITANGAN KERAJAAN.

Kita janganlah salahkan Hassan Malek kerana memberi pinjaman tanpa faedah ini kepada India ini.

Apa yang dilakukan beliau ialah usaha murni dalam usaha MEMPERKASAKAN BUMIPUTERA.

Beliau memberikan DUIT KITA kepada si India ini untuk melabur di dalam perniagaan karpet beliau dan akhirnya, BUMIPUTERA juga akan dapat merasakan hasilnya.

Bank Rakyat juga membantu kita melalui skim pinjaman Aslah Ria dengan mengenakan kadar faedah antara 3.3 peratus dan 4.08 peratus. Kita juga kena buat majlis AKAD PINJAMAN, satu ikatan cara Islam sebagai tanda janji kita akan lunaskan pinjaman ini sepenuhnya.

Menurut website Bank Rakyat, sekiranya kita tidak cukup wang untuk membayar pendahuluan kereta, ubah suai rumah atau lain-lain keperluan kewangan termasuk belanja untuk kahwinkan anak, kita boleh membuat pinjaman sehingga RM200,000 dari Bank Rakyat.

Tapi kena bayar faedah lah. Kita bukan pedagang India jual karpet!

Agaknya tanpa faedah HANYA boleh diberikan kepada mereka-mereka yang meminjam dalam jumlah yang besar, jutaan ringgit, seperti pedagang India itu serta perayau koridor kuasa seperti kata blogger dari Pendang, Kedah, Abdul Kadir Jasin.
http://kadirjasin.blogspot.com/2014/05/bank-rakyat-dan-perayau-koridor-kuasa.html

Kita jangan lupa seorang lagi pedagang India, Kenneth Eswaran, juga mendapat pinjaman RM500 juta dari Bank Pembangunan untuk bisnes TV beliau. Sampai ke hari ini, Jelapang tak pernah tengok saluran TV beliau.
http://kadirjasin.blogspot.com/2013/06/bank-pembangunan-pinjaman-kepada-tan.html

Kita kena ingat kenapa negara kita cepat maju berbanding negara-negara lain. Kita cepat maju kerana cara kita tadbir lain dari negara lain.

Dari segi pinjaman, di Malaysia, kalau pinjam sikit kena ada AKAD, kalau pinjam banyak, kita bagi TANPA FAEDAH.

Kalau kapalterbang MAS mengelencong tak ikut laluan sebenarnya, kita tak payah ikut cara negara lain, kita buat cara kita. Kita tak payah hantar jet perang untuk periksa, kerana kita dah tahu awal lagi ianya akan BERAKHIR di Lautan Hindi.

Sekali lagi kita nasihatkan para penyimpan Bank Rakyat terutamanya kakitangan awam dan orang Melayu supaya tidak marah kepada Hassan Malek dan Bank Rakyat.

Sebenarnya kegagalan kita untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah disebabkan kita meminjam terlampau sedikit.

Ada yang pinjam RM20,000. Ada yang RM10,000.

Kita malas buat kertas kerja. Harap bawa slip gaji saja nak minta pinjaman Bank Rakyat.

Lagipun, pinjaman kita tak ada potensi. Kita pinjam sebab nak beli kereta, repair rumah, kahwin anak. Kita bukan pinjam nak majukan bisnes karpet atau bisnes-bisnes lain.

Kita yakin pedagang India karpet rajin buat kertas kerja yang tebal untuk melayakkan mereka mendapatkan pinjaman ini.

Oleh itu, janganlah salahkan sesiapa di dalam kes Bank Rakyat ini kerana yang BODOH, kita, termasuk saya, kerana pinjam RM10,000/RM20,000 sahaja.

NOTA*** Kepada rakan-rakan blogger lain, termasuk yang dibayar, marilah kita bersatu hati mempertahankan Hassan Malek, ahli Majlis Tertinggi Umno ini demi Melayu.

Kita perlu mempertahankan usaha beliau memperkasakan Bumiputera dengan melaburkan duit kita orang Melayu dengan pedagang-pedagang bangsa lain yang berpotensi.

Inilah cara kita MEMPERKASAKAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA.

2 comments:

Anonymous said...

hidup melayu, hidup umno. kita kena sokong. takut melayu hilang didunia

bluk said...

terbaik.hdup umno!hdup melayu!hdup hasan malek!hdup pdagang kapet india!majulah kapet utk melayu.sekian