Tuesday, June 24, 2014

APABILA UMNO BAHAGIAN CHERAS SYOK SENDIRI





Semalam Umno Bahagian Cheras yang diketuai Syed Ali Al-Habshee mengadakan majlis ulangtahun ke 20 Umno Cheras di hotel 5-bintang, Hotel Istana, di Kuala Lumpur.

Jelapang tiada ada komen hendak dibuat.

Bagaimana pun, Jelapang siarkan petikan dari rakan blogger, Gelagat Anwar, mengenai majlis tersebut.

GELAGAT ANWAR



Tak tahu lah berapa ratus ribu UMNO Bahagian Cheras habiskan duit untuk meraikan sambutan 20 tahun UMNO Bahagian itu. Memang betul, tak pakai duit kita pun, tapi yang nak dibangkitkan adalah sampai bila UMNO nak seronok dengan program syok sendiri. Katanya PM dan Isteri hadir. Pemimpin UMNO pun ramai yang hadir. Meraikan jemputan Syed Ali Alhabshee.
Ini adalah kaedah UMNO, khususnya di WP dalam melaksanakan program.
Suka-suka sama sendiri. Rakyat diketepi. Hotel lima bintang dijadikan
tempat bersanggar dan berseloka sesama sendiri. 
Apa salah kalau sambut 20 tahun, buat di Pejabat UMNO Bahagian.
Panggil semua pengundi di kawasan flat. Buat doa selamat. Kenduri rakyat.
Tak. Sebab kita bahagian elit. Kena buat sebesar-besar tidak. Semewah-mewah tidak.
Mentaliti inilah sebenarnya yang buat orang Melayu/pengundi bandar menyampah dengan perangai UMNO. Nak sedapkan hati sendiri.
Pencapaian PRU13, untuk Parlimen Cheras, dan PRU sebelum-belum ini pun
setakat itu sahaja. Kalah beribu-ribu undi. UMNO jaga Melayu. MCA jaga
cina. Sudahnya masing-masing jaga penyokong sendiri sahaja.
Republique UMNO de-Cheras ini memang macam negeri asing daripada WP.
Ini macam kawasan Yemen, tetapi dikuasai orang Cina.
Tahniah lah kepada UMNO Cheras kerana sudah menzahirkan mentaliti syok
sendiri di tahap yang membodohkan pemimpin UMNO seluruhnya.
Yang kaya semakin kaya. Pengundi diketepikan. Keseronokan peribadi pemimpin diutamakan?

6 comments:

Anonymous said...

Pas, DAP dan PKR pun ada buat majlis seperti ini tetapi secara senyap aje khas untuk ahli parti sahaja. Tetapi tak siapa pun yang kecoh sangat. Macam perkara biasa aje. Tapi bila UMNO yang buat jadi masalah pulak.

Majlis adalah untuk meraikan ahli parti. Majlis untuk bersama rakyat itu lain. Ahli parti perlu juga untuk diraikan kerana mereka juga berusaha untuk menarik undi dari rakyat dan paling penting tetap setia bersama parti. Biarlah syok sendiri mengadakan majlis asalkan
khidmat UMNO pada rakyat tetap diteruskan samada di kawasan sendiri mahupun Pakatan Rakyat.

praha2 said...

salam. Ini lah caro UMNO berlagak. nak tunjuk yg dio kuet. Eden cadangkan "warlord" ni digantikan. Dio nak menunjuk nunjuk kepada para peminpin UMNIO yg dio tu gah. Taopi dah 13 PRU dio tak jo bertanding? Nak dapet undi buet doa selamatlah. baca Yassin dan sodokah ket fakir, bukan makan di Istana Hotel beb.

SolitaireHunter said...

Harap harap cabinet reshuffle ni nama pak arab nih ada dalam list najib...

Anonymous said...

Salam ... nie nmpk gayanya mcm x ikut perkembangan isu semasa.. mana ada UMNO Bahagian Cheras syok sendiri.. Datuk Seri Syed Ali menjemput persatuan penduduk, surau-surau, pendek kata dr akar umbi Datuk Seri Jemput la... Sahabat

Anonymous said...



kita kena bangga. umno dah masuk level hotel. busuk2 rm100 se kepala makan kat hotel. tak mengapa.. melayu umno dah kaya. tak payah kita tanya dari mana dtg nya duit tu. nak kena check berapa kali BN menang di cheras sejak syed ali jadi ketua bhg cheras

Anonymous said...

syed ali kerja. dia ada duit. dia kerja dgn syarikat cina. vincent tan.

kat bawah kita ckp cina nak rampas kuasa.

org atas, kerja dgn toke cina