Thursday, June 19, 2014

KESIAN SHAHRIZAT




Kesian Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Dua hari lepas Rafizi Ramli membuat tuduhan melulu terhadap adik beliau, Shahrir Abdul Jalil kononnya beliau dianugerahkan konsesi pembinaan kampus cawangan UiTM bernilai RM 1.5 bilion di Seremban 3 di Negeri Sembilan.

Jelapang yakin, seperti juga kes NFC atau Pusat Fidlot Nasional bernilai RM 250juta,  Shahrir merahsiakan kejayaan mendapat kontrak ini dari pengetahuan kakaknya, Shahrizat.

Dalam kes Fidlot, suami Shahrizat juga merahsiakan kejayaan mendapat kontrak membela lembu bernilai RM250 juta dari pengetahuan beliau walaupun tinggal sebumbung.

Malang betul nasib Shahrizat. Imej beliau bersih. 

Kalau dulu, suami, dua anaknya dan setiausaha politik beliau menyembunyikan perkara ini, kali ini adiknya pula merahsiakan kejayaan beliau mendapat projek berbilion ringgit untuk membina cawangan kampus UiTM.

Walaupun tidur serumah, Shahrizat tidak menyedari suami dan anak-anak beliau sudah memiliki kondo mewah di Singapura termasuk di Marina Bay suites  dan kondo mewah One Menerung di Bangsar dengan nilai keseluruhan berjumlah RM62.2 juta.

Begitu juga tuduhan penyelewengan Dana 1Azam berjumlah RM 690 juta di mana bekas Setiausaha Politik beliau dikaitkan. Sudah pasti Shahrizat tidak tahu menahu hal ini.

Keluarga di sekeliling beliau semuanya mendapat habuan projek.

Hanya Shahrizat saja yang belum mendapat apa-apa. Itulah nasib Ketua Wanita Umno Malaysia. 

5 comments:

Anonymous said...

Semua projek ni dihadiah utk perkasa melayu. Hidup melayu. Hidup islam

Anonymous said...

Ada sapa2 boleh masuk meminang dan kahwin anak Sharizat. Mungkin dapat satu projek jutaan ringgit tanpa pengetahuan mak mertuanya. He..he..

Anonymous said...

Ya lah tu, kesian Sharizat, kalau suaminya kahwin lain pun dia tak tahu kan?

Pandailah suami dan anak-anaknya sembunyikan perkara yang sebesar RM 250m. Eh tapi kata orang TPM, yang melobi untuk projek tu Syarizat sendiri...., oh ya dia melobi untuk yayasan wanita... keh...keh...

Anonymous said...

Ya lah tu, kesian Sharizat, kalau suaminya kahwin lain pun dia tak tahu kan?

Pandailah suami dan anak-anaknya sembunyikan perkara yang sebesar RM 250m. Eh tapi kata orang TPM, yang melobi untuk projek tu Syarizat sendiri...., oh ya dia melobi untuk yayasan wanita... keh...keh...

Anonymous said...

Saya naik penat ketawa bertahun2 tengok Melayu kelentong Melayu.