Friday, June 27, 2014

SHAMSUL PETRONAS LEPAS GERAM

Disiarkan artikel berkaitan kenyataan CEO Petronas Shamsul Azhar Abbas yang dikritik hebat oleh pihak tertentu yang mahukan Najib Razak memecat beliau untuk pertimbangan sendiri. 


Artikel ini dipetik dari website BNBBC.

http://www.bnbbc.my/?p=16539

JAWAPAN SINDIRAN CEO PETRONAS UNTUK SIAPA?

23 JUN: SETELAH sekian lama membisu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akhirnya menjawab kemelut yang melanda syarikat minyak dan gas nasional yang sepatutnya bertanggungjawab memayungi ekonomi bangsa Melayu.
Beliau memilih memberitahu umum mengenai pendiriannya menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Edge (Weekly Edition) dengan menyindir kerajaan dan syarikat korporat Melayu secara terbuka sambil mendakwa Petronas bukannya GLC hak milik Bumiputera atau Melayu, sebaliknya ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, keturunan dan agama.
Beliau memberitahu kerajaan supaya tidak campurtangan dalam urusan Petronas terutama dalam agihan kontrak berbilion ringgit kerana pihaknya mengutamakan keupayaan dan professionalisme, bukannya syarikat yang ada hubungan rapat (well-connected) dengan kerajaan atau tokoh politik tertentu.
Tan Sri Shamsul Abbas membuat kenyataan kontroversi mengenai Petronas dan Melayu.
Tan Sri Shamsul membuat kenyataan kontroversi mengenai Petronas dan Melayu.
Sebelum ini Shamsul dikecam umum kerana disyakki bersekongkol dengan pihak tertentu dalam melaksana agenda merencatkan ekonomi bangsa Melayu.
Ini berdasarkan situasi ekonomi terkini yang menyaksikan banyak syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas asli telah terpinggir atau dipinggirkan oleh Petronas.
Malahan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai penasihat Petronas juga dikatakan ada kaitan dengan peminggiran Melayu di dalam agihan kontrak.
Banyak pihak merungut, antaranya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang lantang mendakwa Shamsul telah mengurangkan vendor Melayu dari 74 kepada sembilan syarikat sejak beliau ambilalih pengurusan Petronas.
Minggu lalu, Shamsul membuat kenyataan media mengenai kemelut itu dengan mendakwa beliau akan terus mempertahankan dasar profesionalisme dan kebebasan mutlak dalam mengendalikan perniagaan Petronas.
Katanya, beliau mahu melindungi kepentingan syarikat minyak nasional daripada sebarang tekanan politik dengan mengamalkan kaedah bidaan terbuka (open bidding) apabila menawarkan kontrak berkaitan minyak dan gas dengan alasan ia dapat mengurangkan kos Petronas.
Malahan, dia tidak akan tunduk atau `kow tow’ kepada mana-mana tekanan politik untuk memberi peluang perniagaan kepada syarikat korporat yang gagal membuktikan kebolehan mereka (unproven records).
Pada temubual dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, Shamsul berkata beliau tidak mahu Petronas menjadi mangsa ketamakan `well-connected contractors‘ untuk mendapatkan kontrak sedangkan mereka tidak mempunyai kebolehan teknikal yang diperlukan dalam kegiatan carigali minyak dan gas asli.
“Amat sukar untuk melakukan kerja dengan jujur ​​setiap hari. Anda kena habiskan banyak masa terhadap pekara yang jauh daripada fungsi sebenar (mentadbir Petronas).
“Bukan hanya orang luar (yang menyulitkan keadaan) tetapi juga orang dalam kerajaan, iaitu birokrat. Gangguan birokrasi membuatkan tugasan menjadi semakin sukar,” dakwa Shamsul.
CEO Petronas itu mendakwa beliau menghadapi kesulitan sejak mengambil tampuk pengurusan syarikat daripada Tan Sri Hassan Marican pada 2010.
Antara tindakan Shamsul yang telah membuat kerajaan gelisah ialah menghadkan dividen dibayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih Petronas bermula 2013 dan seterusnya.
Tindakan itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin UMNO dan koprorat Melayu yang merasakan bahawa peneraju Petronas perlu sedar diri dan faham dengan fungsi hakiki GLC yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tetapi Shamsul membidas semula kritikan umum dengan berkata: “Kita (Petronas) memerlukan wang untuk berkembang. Jika kita kekal statik dan pengeluaran terus berkurangan, dalam masa 13 tahun kita mungkin akan tutup kedai.”
Kebanyakan kemelut yang Shamsul hadapi sepanjang tempoh menjadi CEO Petronas dikatakan berpunca daripada segelintir syarikat korporat yang ada hubungan baik dengan kerajaan tetapi tewas pada bidaan terbuka (open bidding) bagi beberapa projek bernilai tinggi yang ditawarkan oleh Petronas.
Pada masa yang sama kebanyakan syarikat di bawah program pembangunan vendor Petronas juga tidak berpuas hati dengan tindakan Shamsul yang menutup periuk nasi mereka dengan menamatkan projek tetap untuk mereka.
Shamsul pula mendakwa beliau berbuat demikian kerana ada di antara syarikat itu menambahkan kos sebanyak 48 peratus, sekaligus menjadikan margin sangat besar.
“Saya juga orang Melayu dan saya bangga menjadi Melayu. Anda rasa saya tidak mahu membantu bangsa saya sendiri? Sudah tentu saya mahu membantu mereka, tetapi dengan cara yang betul – bukan perlu disudukan, ” dakwa Shamsul.
Kekecewaan Shamsul boleh dirasai dari petikan-petikan berikut yang diambil daripada akhbar The Edge, antaranya: “Semua orang boleh melihat bahawa kita di Petronas menghadapi tekanan yang besar. Kami berbangga dengan memberitahu seluruh dunia, memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa kita merupakan satu daripada 500 syarikat yang meraih keuntungan tertinggi di dunia, tetapi adakah kita berkelakuan seperti satu daripada syarikat itu? “
“Inilah kemelut yang sedang kami hadapi, berusaha memerdekaan diri daripada kongkongan, supaya pada akhirnya kita dinilai dari segi prestasi dan keupayaan, tanpa sesiapa yang perlu memberitahu atau mengarahkan apa yang perlu kita dilakukan atau agihkan projek kepada semua pihak yang telah ditentukan.”
“Kerajaan mahu kita menjadi sebuah syarikat minyak terkemuka dunia yang setanding dengan Shell dan ExxonMobil, jadi kami cuba menjadi seperti mereka. Tetapi Shell dan ExxonMobil tidak diganggu oleh kerajaan mereka.”
“Dalam Akta Pembangunan Petroleum amat jelas – minyak dan gas asli adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak mengatakan minyak dan gas hanya milik bumiputera, ia tidak mengatakan sedemikian… ia mengatakan hak semua rakyat Malaysia, ia boleh menjadi milik kerajaan, ia juga boleh menjadi milik pembangkang, ia milik sesiapa saja … dan kita (rakyat) adalah penjaga aset itu. “
“Ia adalah amanah, diamanahkan. Perkataan amanah itu sangat kuat. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi dosa besar jika saya menyalahgunakan prinsip amanah.
“Kita berhadapan dengan ahli-ahli politik, mereka bercakap satu perkara tetapi melakukan pekara yang lain, ia begitu menyukarkan, ia begitu mengecewakan,” dakwa Shamsul lagi.
Sindiran terbuka Shamsul itu menjadi kebimbangan umum terutama syarikat koporat Melayu yang berkeupayaan tetapi masih tidak dapat memiliki projek bernilai tinggi.
Sebahagian besar projek berbilion ringgit dikuasai syarikat kontraktor asing atau syarikat berbangsa Cina yang memiliki rangkaian perniagaan luas di peringkat antarabangsa.
Tidak mustahil, kenyataan pedas Shamsul itu bakal memendekkan lagi jangka hayat beliau untuk menerajui Petronas. Waktu akan menentukannya. – bnbbc.my

Tuesday, June 24, 2014

APABILA UMNO BAHAGIAN CHERAS SYOK SENDIRI





Semalam Umno Bahagian Cheras yang diketuai Syed Ali Al-Habshee mengadakan majlis ulangtahun ke 20 Umno Cheras di hotel 5-bintang, Hotel Istana, di Kuala Lumpur.

Jelapang tiada ada komen hendak dibuat.

Bagaimana pun, Jelapang siarkan petikan dari rakan blogger, Gelagat Anwar, mengenai majlis tersebut.

GELAGAT ANWAR



Tak tahu lah berapa ratus ribu UMNO Bahagian Cheras habiskan duit untuk meraikan sambutan 20 tahun UMNO Bahagian itu. Memang betul, tak pakai duit kita pun, tapi yang nak dibangkitkan adalah sampai bila UMNO nak seronok dengan program syok sendiri. Katanya PM dan Isteri hadir. Pemimpin UMNO pun ramai yang hadir. Meraikan jemputan Syed Ali Alhabshee.
Ini adalah kaedah UMNO, khususnya di WP dalam melaksanakan program.
Suka-suka sama sendiri. Rakyat diketepi. Hotel lima bintang dijadikan
tempat bersanggar dan berseloka sesama sendiri. 
Apa salah kalau sambut 20 tahun, buat di Pejabat UMNO Bahagian.
Panggil semua pengundi di kawasan flat. Buat doa selamat. Kenduri rakyat.
Tak. Sebab kita bahagian elit. Kena buat sebesar-besar tidak. Semewah-mewah tidak.
Mentaliti inilah sebenarnya yang buat orang Melayu/pengundi bandar menyampah dengan perangai UMNO. Nak sedapkan hati sendiri.
Pencapaian PRU13, untuk Parlimen Cheras, dan PRU sebelum-belum ini pun
setakat itu sahaja. Kalah beribu-ribu undi. UMNO jaga Melayu. MCA jaga
cina. Sudahnya masing-masing jaga penyokong sendiri sahaja.
Republique UMNO de-Cheras ini memang macam negeri asing daripada WP.
Ini macam kawasan Yemen, tetapi dikuasai orang Cina.
Tahniah lah kepada UMNO Cheras kerana sudah menzahirkan mentaliti syok
sendiri di tahap yang membodohkan pemimpin UMNO seluruhnya.
Yang kaya semakin kaya. Pengundi diketepikan. Keseronokan peribadi pemimpin diutamakan?

Thursday, June 19, 2014

KESIAN SHAHRIZAT




Kesian Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Dua hari lepas Rafizi Ramli membuat tuduhan melulu terhadap adik beliau, Shahrir Abdul Jalil kononnya beliau dianugerahkan konsesi pembinaan kampus cawangan UiTM bernilai RM 1.5 bilion di Seremban 3 di Negeri Sembilan.

Jelapang yakin, seperti juga kes NFC atau Pusat Fidlot Nasional bernilai RM 250juta,  Shahrir merahsiakan kejayaan mendapat kontrak ini dari pengetahuan kakaknya, Shahrizat.

Dalam kes Fidlot, suami Shahrizat juga merahsiakan kejayaan mendapat kontrak membela lembu bernilai RM250 juta dari pengetahuan beliau walaupun tinggal sebumbung.

Malang betul nasib Shahrizat. Imej beliau bersih. 

Kalau dulu, suami, dua anaknya dan setiausaha politik beliau menyembunyikan perkara ini, kali ini adiknya pula merahsiakan kejayaan beliau mendapat projek berbilion ringgit untuk membina cawangan kampus UiTM.

Walaupun tidur serumah, Shahrizat tidak menyedari suami dan anak-anak beliau sudah memiliki kondo mewah di Singapura termasuk di Marina Bay suites  dan kondo mewah One Menerung di Bangsar dengan nilai keseluruhan berjumlah RM62.2 juta.

Begitu juga tuduhan penyelewengan Dana 1Azam berjumlah RM 690 juta di mana bekas Setiausaha Politik beliau dikaitkan. Sudah pasti Shahrizat tidak tahu menahu hal ini.

Keluarga di sekeliling beliau semuanya mendapat habuan projek.

Hanya Shahrizat saja yang belum mendapat apa-apa. Itulah nasib Ketua Wanita Umno Malaysia. 

Monday, June 9, 2014

AZIZ BARI PENDERHAKA, KINI HERO & HERO MATI AWAL

ISU JOHOR

Sehari dua ini, kita disajikan dengan cerita menarik - penglibatan Sultan Johor di dalam cadangan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Kita tak berani nak menyentuh isu raja. Terlalu sensitif dan tidak berbaloi.

Silap guna ayat, kena tangkap. Lihatlah apa yang terjadi kepada seorang ahli politik - kerana mulut, badan binasa.

Beliau meninggal dunia tanpa sempat membersihkan nama beliau selepas didenda RM4,000 dan berkemungkinan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Tidak mungkin kita lupa peristiwa rumah blogger digeledah oleh pihak berkuasa, modem dan komputer mereka dirampas kerana tulisan mereka ditafsirkan sebagai menghina raja.

Dalam isu Sultan Johor ini, tak berbaloi kita menganalisa isu ini. Kita serahkan penganalisan ini dibuat oleh mereka yang kebal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi kita boleh melihat isu di Johor ini dari sudut lawak jenaka.

Dua hari lepas, media utama memberikan isu ini tumpuan utama mereka.

Tiba-tiba Dr Abdul Aziz Bari menjadi tumpuan media. Ada juga stesen TV memberi ruang kepada Bar Council dalam isu Sultan Johor.

Dulu bukan main hebat Aziz Bari dikecam oleh media utama sehingga Aziz digantung khidmat oleh Universiti Islam Antarabangsa kerana kenyataan beliau mengenai Sultan Selangor.

Jelapang masih ingat lagi, pada 2011, Aziz Bari dilarang masuk UIA atau BERHUBUNG dengan mana-mana kakitangan UIA semasa tempoh pergantungan itu.

Bukan itu saja, gelaran Prof beliau digugurkan.  Aziz Bari dituduh berselindung di belakang nama akademik.

Dua hari lepas, tiba-tiba kita ternampak wajah Aziz Bari di muka hadapan sebuah akhbar utama negara.

Separuh mukasurat dimuatkan komen Aziz Bari mengenai konflik istana-kerajaan merujuk kepada isu di Johor.

Tiba-tiba Aziz jadi penting. Dulu Aziz penderhaka sehingga diharamkan memasuki UIA.

Tetapi untuk satu hari di dalam minggu ini dan di dalam isu Sultan Johor, Aziz Bari dijulang, begitu juga dengan Bar Council.

Yang menjadi jenaka nya ialah kita MEMERLUKAN seorang penderhaka seperti Aziz Bari untuk memberi pandangan mengenai isu Johor.

Kemana perginya pakar undang-undang yang setia kepada negara dalam isu Sultan Johor ini?

Ada peguam dan bekas hakim yang dapat projek Lebuhraya bernilai bilion ringgit tetapi suara mereka tidak kedengaran pula dalam isu Johor ini?

Kemana perginya pensyarah-pensyarah Melayu yang hebat selama ini sehinggakan kita terpaksa memohon pertolongan si penderhaka seperti Aziz Bari untuk menangani isu Johor?

Bagaimana pun ianya hanya lawak jenaka. Jadi marilah sama-sama kita ketawa di dalam perkara Aziz Bari dan isu Johor ini.

ISU ADUN KEMPAS

Tahniah kepada Adun Kempas Tengku Putra Haron Aminur Rashid kerana membuat TEGURAN yang cukup berani di dalam sidang DUN Johor baru-baru ini.

Semuga beliau akan terus berjaya di dalam karier politik beliau.

Kita mengharapkan Tengku Putra tidak mati keseorangan di dalam arena politik.

Sudah menjadi kelaziman di dalam Umno, hero mati awal dan keseorangan.

Semasa diperlukan, beliau disanjung. Selepas itu, pandai-pandailah nak hidup.

Contoh terbaik ialah calun pilihanraya.

Lihatlah apa jadi kepada calon BN di Manik Urai, Kelantan, selepas tewas semasa pilihanraya kecil.

Cubalah juga bertanya khabar apa kah nasib seorang doktor di Kedah yang meletakkan jawatan untuk bertanding sebagai calon BN tetapi tewas?

Lazimnya, di dalam Umno, kalau nak jadi hero, tengok-tengok lah ke atas. Kalau yang di atas pun kecut, biarlah orang lain yang jadi hero. 

Friday, June 6, 2014

PANDANGAN ZAID IBRAHIM MENGENAI POLITIK PENGAJAR UITM

PANDANGAN ZAID IBRAHIM MENGENAI PENGAJAR UiTM 

UiTM, what has become of U?


UiTM has been in the spotlight lately. Firstly, it organised a seminar at which participants were in full throttle telling Christians that their religion was “false”.

And then, at the Teluk Intan by-election, a former Vice-Chancellor and various alumni campaigned all-out to make sure the “Malay traitor” Dyana Sofea Mohd Daud would not succeed.

Dyana was depicted as someone who allowed herself to be “used” by the DAP and as having betrayed her race for suggesting, amongst other things, that UiTM be open to other races.

Equally repugnant to UiTM was Dyana’s refusal to support the Hudud Plan in Parliament. The full blast against Dyana lasted for 12 days. I do not know what effect these personal attacks and insults have had on a candidate as young as Dyana, but when the same was done to me, it certainly took its toll on my family and loved ones.

I just hope young aspiring politicians will now know what to expect if they do not share the views of the “defenders of the Malay race”.

I have a soft spot for UiTM for obvious reasons. I am an ordinary alumnus and not one of the successful luminaries who descended on Teluk Intan recently.
In my view, UiTM has lately become very political—their lecturers and administrators have been actively making political statements instead of confining themselves to educational matters.

They’ve had a lot of publicity as a result. Perhaps they think this enhances their profiles and makes them suitable for promotion and contract extensions because they are “champions of the Malays”, but they are actually doing a disservice to academia generally.

These lecturers and administrators—if they are truly professional educators—should concern themselves with helping Bumiputera become world-class professionals as mandated by the original promoters of MARA, and not just in terms of numbers but in quality as well.

UiTM graduates should be able to participate competitively in business and the professional world of post-Independence Malaysia. But, as we have seen, these lecturers and administrators have other things in mind.

To me, they shouldn’t make fools of themselves by airing their political views. It was unnecessary for the former Vice-Chancellor and the alumni to gang up on Dyana just because of her political beliefs.

On reflection, while the savage attacks might have caused pain to Dyana and her family, it must also have hurt UiTM as an academic institution, even though the “champions” might not have thought so.

When I was a young student at ITM (as it then was), the Director, Dato’ Arshad Ayub, reminded me and my fellow students that we were fortunate to be given the chance to study and that we should not let that opportunity slip away.

We were told that Bumiputera from the villages must have good qualifications and skills if they were to be useful citizens. I was thankful for the chance.
As a kampung boy from a poor farming family, I was eternally grateful to ITM for the chance to do an external LLB course because I did not have the brains or the station in life (like Khairy Jamaluddin) to be accepted at Oxford or Cambridge.

There was no law faculty in the country then. In those days, Dato’ Arshad and the lecturers did not try to indoctrinate or brainwash us about the so-called “threats” to our existence. All they demanded was that we studied hard and made ourselves useful to our families and communities.

We were never told that the Chinese (i.e. the DAP) were out to take over the country or that Christians were converting Muslims en masse.

None of us were described as “traitors” for our liberal views. As a student leader, I was already advocating freedom of expression and the Rule of Law, and for the Government to do more to help the poor.

We had a robust campus life and many of us spent hours in the Library, which was then the best in the country. It was full of books and journals and they were mostly in English. I am not sure though how much time Dato’ Ibrahim Ali and other defenders of the race spent in the Library.

The amount of racial indoctrination in UiTM at present has gone too far. Putting politics at the forefront of everything else compromises academic excellence, and fanning fear of a legitimate political party like the DAP makes no sense at all.

Members of the DAP are generally ordinary businessmen, Chinese schoolteachers, rubber dealers, pork sellers, shopkeepers, factory owners and shop-lot operators.

They generally do not belong to the elite—and it’s the elite that has the power to deprive ordinary Malays of their economic rights and political power. DAP members do not exert political influence on the elite. They do not receive privatisation projects or huge tracts of land for housing development from state governments at low prices.

They aren’t close to the Istana nor do they have timber and highway concessions. They aren’t independent power producers like YTL and Genting. Indeed, those Chinese who usually get these prized assets are not DAP members, so what can ordinary DAP members do to pose a threat to the Malays?

Is the DAP a threat because of its ideology? How bad is this ideology? It can’t be worse than Communism, and even the Prime Minister is fostering closer relations with the biggest communist government in the world—recently, we even celebrated 40 years of close ties between the two countries.

Perhaps we can celebrate this every year since so many Chinese are buying property in Johor. And the DAP is worse than Communism? Impossible.
Well, some Malays tell me that they are opposed to the party’s “Malaysian Malaysia” slogan. According to them, the slogan shows the DAP is anti-Malay.
How can this slogan be threatening? It’s the DAP’s way of saying that all citizens are equal before the law, which is the correct position to have in any country in the world…except Malaysia, apparently.

Anyway, even if the DAP has skewed views about politics, that’s its right as a political party in a free country. Besides, the Chinese in the MCA are also Chinese, in case the defenders of the Malay race have forgotten.

Chinese in the DAP are no different from Chinese in the MCA. They all look alike. The only difference is this: Chinese in the MCA are willing to let UMNO rule forever as long as they get some seats in the Cabinet, or are given some port and highway concessions from time to time.

The DAP, on the other hand, is willing to give Dato’ Seri Anwar Ibrahim the chance to become Prime Minister as long as the DAP too gets some seats in the Cabinet.

So those in UiTM should not get all worked up and let its students become confused because of petty politics—but perhaps these administrators and lecturers are UMNO representatives themselves.

If this is the case, they are the real traitors to the Malays because they are supposed to teach Malays to be educated and skilled. They are supposed to teach Malays how to think and become positive contributors to the nation, and not waste time with political indoctrination.

I urge UiTM to stay focused on teaching and helping students to develop their talents and faculties to the maximum so that they can contribute to the community.

Students and alumni need to be aware of social and economic issues, of course, but politics is toxic to the brain. Tell them instead to study harder and take an interest in issues like corruption in high places, poverty as well as drug addiction amongst Malay youths—in fact, there are so many pressing issues they can interest themselves in.

They should focus their attention on rising crime in cities and give ideas to the Police on how these crimes can be curbed. They must ask why, in our country, there is a divorce every 10 minutes—and it will be fruitful if they can help the authorities understand why family life amongst Malays seems to be so brittle.

Would it not be better if UiTM became a positive force for the betterment of its students and of society, instead of being involved in cheap politics?
Attending to serious socio-economic issues is a lot harder than parading oneself as a defender of the race, but that’s what serious academics do if they really want to be true heroes.
http://www.zaid.my/current/uitm-what-has-become-of-u/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=uitm-what-has-become-of-u

Jelapang: Apa pandangan anda?

Thursday, June 5, 2014

NOOR AZAM: KITA ADA WANG, TAPI RAKYAT TETAP MISKIN

Berikut ialah tulisan Noor Azam yang dimuatkan oleh akhbar Utusan semalam.



BR1M, subsidi, MAS: Tujuan mulia, matlamat tak sampai


SUDAH tiga kali diagih-agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Jumlahnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 dan RM700. Subsidi petrol dan diesel pula disambung. Setiap tahun tambahan modal untuk 'selamatkan' MAS turut diteruskan.

Tujuan bantuan kewangan ini baik tetapi matlamat sebenarnya tak tercapai. Ada pula ketirisan, penyelewengan dan rasuah yang parah di kalangan pegawai.


Setiap kali dapat BR1M, habis dibelanja untuk macam-macam termasuk yang bukan keperluan asas. Macam budak-budak dapat duit raya setahun sekali! Rata-rata kehidupan penerima BR1M nampak tak berubah. Yang miskin tetap miskin. Yang susah tetap susah. Mereka tahu, tahun depan pasti ada BR1M lagi! Yang tak patut dapat pun, boleh dapat.


Tiada kerajaan lain di dunia - yang sepanjang masa - mengagih-agihkan wang untuk rakyat. Sebutlah kelompok mana pun, dari anak sekolah hingga orang tua, yang kerja sendiri dan yang berniaga, macam-macam persatuan dan rumah ibadat, pasti dapat bantuan. Maka dalam rekod Bank Negara, daya beli pengguna dalam negeri, bertambah. Belanja duit bantuan kerajaan.
Matlamat sebenar beratus juta subsidi minyak dan diesel, tak tercapai. Yang untung para peniaga, pencuri, perompak dan penyeludup dan pegawai penguat kuasa yang rasuah.

Mengikut laporan, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan dan rakyat telah kerugian berbilion ringgit. Kisah pegawai rasuah adalah cerita lama yang dibongkar lagi oleh akhbar ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengisytihar perang melalui Ops Titik. Kita tunggu! Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata: "Orang pertama saya hendak tendang ialah pegawai yang menyeleweng.

"Ramailah nanti pegawai yang akan terkangkang ke dalam longkang.
Wang subsidi berbilion itu, seharusnya dibelanjakan untuk keperluan rakyat yang memang perlu dibantu. Hospital, klinik dan doktor tak cukup.

Penderitaan rakyat miskin, termasuk kanak-kanak, dilapor dan dibongkar oleh media massa hampir setiap hari. Tetapi cerita rakyat miskin tidak tergolong berita penting. Kalau tidak ada pilihan raya, siapa yang peduli? Pemimpin dan ketoloi-ketoloi parti pembangkang - yang selalu berkokok pun - tak peduli!

Di kota raya kemegahan kita, Kuala Lum­pur, gelandangan bertambah ramai. Beberapa NGO turun padang memberikan bantuan makanan. Menteri dan pegawai Kebajikan Masyarakat entah di mana.

Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz, menggunakan bermacam cara untuk memungut derma. Sudah bertahun-tahun pelajar dijadikan pengemis di merata masjid dan pekan. Menyedihkan dan memalukan Melayu-Islam!

Ada insan dan pertubuhan rakyat yang pemurah dan prihatin, menyediakan rumah tumpangan dan asrama untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan wanita-wanita yang terlanjur ke jurang dadah dan pelacuran. Ada gereja yang menampung orang Islam yang dimamah virus AIDS. Tetapi ini bukan tanggungjawab mereka!

Semua yang saya sebut sepintas lalu ini - rakyat miskin, orang kurang upaya, sekolah agama dan sekolah tahfiz, gelandangan, penghidap AIDS dan korban dunia pelacuran - memerlukan bantuan terancang, bukan 'sedekah berterusan'.

Matlamatnya mestilah bagi membolehkan mereka mengubah sikap dan menanam keyakinan untuk memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Tidak terus jadi pengemis, meminta-minta belas kasihan selagi hayat dikandung badan.

Kita ada banyak wang. Ada kementerian berwajib dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada macam-macam pegawai yang dapat hadiah dan sanjungan. Ada jutaan hasil pungutan zakat. Baitulmal pun ada.

Ada juga pemimpin-pemimpin politik terutama semasa kempen pilihan raya gagah berpidato dan menabur janji di depan rakyat, tetapi setiap hari media menyiarkan berita dan cerita rakyat yang susah dan menderita. Bagai ayam di kampung Melayu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masih ada rakyat negara mewah ini yang hidup di bangsal buruk dan di bawah kolong jambatan!

Sudah banyak pandangan dan cadangan para ahli cerdik pandai, agar kerajaan memikirkan sistem dan cara memberikan subsidi dan bantuan. Para menteri, penasihat menteri dan pegawai-pegawai tinggi yang merumuskan dan melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan, perlu menghayati pengakuan jujur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa, 'era kerajaan tahu semua sudah berakhir'. Makna dan mesejnya luas dan dalam.

Sudah sampai masanya kita bedah dan potong mana yang perlu untuk selamatkan wang rakyat!


SIAPA Noor Azam?

M. Noor Azam, atau nama sebenarnya, Mohd. Noor bin Yusoff (Dato')ialah mantan Ketua Pengarang majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan pernah juga bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Tun Mahathir Mohamad.

Tuesday, June 3, 2014

TAHNIAH MAH, TAHNIAH HASSAN MALEK

TAHNIAH BN. Tahniah Presiden Gerakan Mah Siew Keong di atas kemenangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Telok Intan menewaskan seorang gadis berusia 27 tahun yang tiada pengalaman di dalam politik.

Kita faham kenapa kejayaan ini tidak dirayakan secara besar-besaran. Apa tidaknya, BN memerlukan seorang PRESIDEN parti komponen untuk menewaskan seorang calun yang masih muda dan mentah dalam berpolitik.

BN terpaksa menjanjikan jawatan MENTERI KABINET, sebuah UNIVERSITI, zon WIFI, Teluk Intan sebagai AGRI-HUB Perak Hilir dan macam-macam lagi untuk menewaskan seorang gadis yang hanya berusia 27 tahun.

Tetapi kemenangan tetap kemenangan walaupun dengan satu undi. Kemenangan tetap kemenangan walaupun kos untuk menawan sesebuah kerusi DAP terlalu tinggi.

Tahniah kepada Mah, bakal Menteri tidak lama lagi.


TAHNIAH HASSAN MALEK. 

Secepat kilat SPRM mengeluarkan kenyataan mengatakan tiada isu rasuah di dalam pemberian pinjaman oleh Bank Rakyat di bawah pentadbiran Hassan Malek kepada seorang pedagang karpet keturunan India.
http://www.sprm.gov.my/bank-rakyat-sprm-rasuah.html

Kata SPRM, ianya lebih kepada isu tadbir Bank Rakyat. Tahniah kepada SPRM kerana cepat mengeluarkan kenyataan MENYELAMATKAN Hassan Malek. Sekurang-kurangnya ia menjimatkan wang rakyat daripada berlakunya 
penyiasatan yang memakan kos berjuta ringgit dan berkesudahannya - "tiada kes".

Jelapang faham ramai di bawah sana begitu marah dengan kes pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah kepada pedagang India ini.

Kalau boleh, kesemua kita hendakkan pinjaman tanpa faedah dari Bank Rakyat. 

Menurut laporan Tahunan Bank Rakyat 2013, terdapat 947,541 penyimpan dengan Bank Rakyat dengan jumlah simpanan sebanyak RM2.714 bilion dan majoriti penyimpannya ada KAKITANGAN KERAJAAN.

Kita janganlah salahkan Hassan Malek kerana memberi pinjaman tanpa faedah ini kepada India ini.

Apa yang dilakukan beliau ialah usaha murni dalam usaha MEMPERKASAKAN BUMIPUTERA.

Beliau memberikan DUIT KITA kepada si India ini untuk melabur di dalam perniagaan karpet beliau dan akhirnya, BUMIPUTERA juga akan dapat merasakan hasilnya.

Bank Rakyat juga membantu kita melalui skim pinjaman Aslah Ria dengan mengenakan kadar faedah antara 3.3 peratus dan 4.08 peratus. Kita juga kena buat majlis AKAD PINJAMAN, satu ikatan cara Islam sebagai tanda janji kita akan lunaskan pinjaman ini sepenuhnya.

Menurut website Bank Rakyat, sekiranya kita tidak cukup wang untuk membayar pendahuluan kereta, ubah suai rumah atau lain-lain keperluan kewangan termasuk belanja untuk kahwinkan anak, kita boleh membuat pinjaman sehingga RM200,000 dari Bank Rakyat.

Tapi kena bayar faedah lah. Kita bukan pedagang India jual karpet!

Agaknya tanpa faedah HANYA boleh diberikan kepada mereka-mereka yang meminjam dalam jumlah yang besar, jutaan ringgit, seperti pedagang India itu serta perayau koridor kuasa seperti kata blogger dari Pendang, Kedah, Abdul Kadir Jasin.
http://kadirjasin.blogspot.com/2014/05/bank-rakyat-dan-perayau-koridor-kuasa.html

Kita jangan lupa seorang lagi pedagang India, Kenneth Eswaran, juga mendapat pinjaman RM500 juta dari Bank Pembangunan untuk bisnes TV beliau. Sampai ke hari ini, Jelapang tak pernah tengok saluran TV beliau.
http://kadirjasin.blogspot.com/2013/06/bank-pembangunan-pinjaman-kepada-tan.html

Kita kena ingat kenapa negara kita cepat maju berbanding negara-negara lain. Kita cepat maju kerana cara kita tadbir lain dari negara lain.

Dari segi pinjaman, di Malaysia, kalau pinjam sikit kena ada AKAD, kalau pinjam banyak, kita bagi TANPA FAEDAH.

Kalau kapalterbang MAS mengelencong tak ikut laluan sebenarnya, kita tak payah ikut cara negara lain, kita buat cara kita. Kita tak payah hantar jet perang untuk periksa, kerana kita dah tahu awal lagi ianya akan BERAKHIR di Lautan Hindi.

Sekali lagi kita nasihatkan para penyimpan Bank Rakyat terutamanya kakitangan awam dan orang Melayu supaya tidak marah kepada Hassan Malek dan Bank Rakyat.

Sebenarnya kegagalan kita untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah disebabkan kita meminjam terlampau sedikit.

Ada yang pinjam RM20,000. Ada yang RM10,000.

Kita malas buat kertas kerja. Harap bawa slip gaji saja nak minta pinjaman Bank Rakyat.

Lagipun, pinjaman kita tak ada potensi. Kita pinjam sebab nak beli kereta, repair rumah, kahwin anak. Kita bukan pinjam nak majukan bisnes karpet atau bisnes-bisnes lain.

Kita yakin pedagang India karpet rajin buat kertas kerja yang tebal untuk melayakkan mereka mendapatkan pinjaman ini.

Oleh itu, janganlah salahkan sesiapa di dalam kes Bank Rakyat ini kerana yang BODOH, kita, termasuk saya, kerana pinjam RM10,000/RM20,000 sahaja.

NOTA*** Kepada rakan-rakan blogger lain, termasuk yang dibayar, marilah kita bersatu hati mempertahankan Hassan Malek, ahli Majlis Tertinggi Umno ini demi Melayu.

Kita perlu mempertahankan usaha beliau memperkasakan Bumiputera dengan melaburkan duit kita orang Melayu dengan pedagang-pedagang bangsa lain yang berpotensi.

Inilah cara kita MEMPERKASAKAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA.