Wednesday, November 27, 2013

BIL LETRIK NAJIB: NAJIB ANGKUH DAN SOMBONG

Apakah pemimpin kita sudah HILANG rasa rendah diri dan kepentingan rakyat jauh dari hati mereka?

Apabila ditanya mengenai bil letrik dan air untuk rumah Perdana Menteri, ini jawapan Shahidan Kassim:


"Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.

Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut.

Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan ahli parlimen Seremban Anthony Loke.

Beliau bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam jawapan itu, Shahidan juga memberitahu, kompleks itu dibina atas tanah 42.5 ekar.

Ia dilengkapi kemudahan ruang pejabat, bilik-bilik mesyuarat, bilik tetamu serta kemudahan sokongan bagi membantu melancarkan urusan harian PM.

Shahidan juga berkata Kompleks Seri Setia - kediaman rasmi Muhyiddin pula - sebanyak RM865,458.56 telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran bil elektrik pada tahun yang sama.

Manakala sebanyak RM99,264.03 dibelanjakan untuk pembayaran bil air sepanjang tahun 2012."

 Najib Razak dikritik hebat kerana isu ini. Dan apa jawapan Najib?


"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar bil elektrik yang tinggi untuk kediaman rasminya Seri Perdana tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan satu keperluan.
Kediaman tersebut, yang dilengkapi ruang bagi mengadakan majlis rasmi untuk ketua-ketua negara yang melawat, bukan milik beliau, kata Najib kepada pemberita di Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Kuala Lumpur hari ini.
“Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat bukan?,” katanya."

 

Tak dapat Jelapang bayangkan bagaimana Najib boleh menggunakan letrik sampai RM2.237 juta setahun.

Bagi rakyat biasa seperti kita, paling tinggi bil letrik kita adalah RM250 sebulan atau RM3,000 setahun.

Itupun dah termasuk penggunaan seterika, peti ais, kipas angin, water heater, air-cond setiap bilik (pakai malam saja), lampu luar, lampu dalam rumah (24 jam ON), ipad, komputer, mesin basuh, TV dan vacuum cleaner. Semua ini, Jelapang kena bayar antara RM200-RM250 sebulan. Tapi kita ambil purata RM250 sebulan.

Tetapi lain pula dengan Perdana Menteri kita. Bil letrik di Seri Perdana ialah RM186,482 sebulan.

Kalau Jelapang disuruh oleh Tenaga Nasional menggunakan letrik sebanyak RM2.237 juta setahun, tak terfikir Jelapang bagaimana nak menggunakan letrik sebanyak itu.

Elok lah Najib menghayati sedikit kepayahan rakyat.

Di Taman Perumahan yang Jelapang tinggal sekarang ini, terdapat 115 rumah teres setingkat dan dua tingkat. 

Kalau setiap rumah menggunakan letrik sebanyak RM250 sebulan, maka jumlah bil letrik SELURUH TAMAN ialah RM28,750 atau RM345,000 setahun. 

Tetapi sedihnya, bil letrik SATU rumah Najib sahaja mencecah RM2.237 juta. 

Berapa ramai sangat pemimpin negara luar melawat Malaysia? 

Rakyat tak suruh Najib pakai lilin, tapi jangan lah angkuh seumpama itu.

Rakyat sedang menderita. Selami lah sedikit perasan rakyat. Sakit hati rakyat apabila Najib membuat kenyataan yang begitu bodoh, sombong dan angkuh.

2 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Kan dah jangka jawapan BODOH dari NAJIB... Nak jawab tu pun kena pakai ConSETAN tu... Rakyat diminta jgn membazir dan berjimat sampai subsidi minyak di tarik balik... Almaklum satu sen pun duit dia tak keluar utk bayar bil. tu... tapi dia kena ingatlah duit tu bukan bapak dia punya... Memang sombong yang terlampau dan bodoh yang teramat Najib ni...

Anonymous said...

Macam-macam kita boleh katakan. Namun itulah hakikat sebagai seorang pemimpin perlu ada sedikit lebih dari segi kemudahan dan sebagainya.

Janganlah kita ada perasaan hasad dengki atas kelebihan orang lain. Nilai bil utiliti mungkin agak tinggi tetapi kita harus ingat akan nilai pelaburan berbilion RM yang diusahakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beliau juga perlu dinilai dengan sejujur dan seadilnya.

Pengorbanan tenaga dan masa bersama keluarga tercinta terpaksa dilakukan demi untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ketua untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.