Friday, July 5, 2013

RAIS YATIM MASIH MENTERI. ANUGERAH DARI NAJIB

Bertuah betul Rais Yatim. Walaupun sudah tidak bergelar Yang Berhormat, beliau masih lagi bergelar Menteri berikutan perlantikan beliau sebagai Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan.

Jawatan yang dianugerahkan Najib Razak kepada Rais ini bertaraf Menteri. Ini bermaksud Rais akan menerima gaji setaraf Menteri, segala kemudahan dan keistimewaan yang diterima oleh setiap Menteri dan ke sana ke sini umpama seorang Menteri.

Ini lah keistimewaan yang ada kepada Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau boleh melantik siapa saja yang beliau mahukan dan begitulah besar kuasa Perdana Menteri.

Jika beliau mahukan bekas penjual kereta terpakai menjadi Pengerusi Tabung Haji, tiada siapa yang boleh menghalang beliau. Itu lah kelebihan Perdana Menteri Malaysia.

Bagi Rais, inilah hadiah kedua dalam tempoh dua hari selepas dianugerahkan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

Tahniah Rais dan isteri Maznah.

Berikut ialah laporan mengenai perlantikan Rais sebagai Penasihat Kerajaan bertaraf Menteri.



KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim berkata beliau akan melaksanakan tugas baharunya sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri dengan sebaik mungkin.

Beliau yang mengesahkan pelantikan itu berkata beliau akan memberi laporan dan cadangan yang berkaitan sosial dan budaya kepada Perdana Menteri untuk kepentingan negara.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang menaruh kepercayaan untuk saya menjawat jawatan itu.

"Sebagai penasihat, tentu hal itu harus cermat dan mengambil kira pelbagai aspek dan elemen dalam memperjuangkan hal-hal sosial dan kebudayaan," katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasmi sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata pelantikannya ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai.

Beliau dalam pada itu berkata kedua-dua tanggungjawab baharu itu boleh dirangkulkan bersama terutama dalam membawa UIAM menerokai bidang baharu berkaitan sosial dan kebudayaan.

Rais dilantik sebagai Presiden keenam UIAM berkuat kuasa 2 Jun lepas bagi tempoh lima tahun menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.




5 comments:

Anonymous said...

Tahniah presiden UMNo

Anonymous said...

nanti dah pencen, sila nyatakan anda dah reda dan insaf. kemudian masuk PKR.

Anonymous said...

Kesian TS Muhamad Taib.
Terpaksa berteduh dalam rumah tangga Pas.

Anonymous said...

Yob. teman mohon izin masuk blog kome

Orang Melayu dan bumiputra desak balasan kerana undi umno dapat 88 kerusi.

Ah Jib Gorrr sibuk dengan pengagihan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan dan
GLC NGO. Ah Jib Gorr 1M4U outreach RM989billion sahabat Cameron dan suami FLOM juga ketua politikal Lab liberal bapak sekolah cina vernakular .
1M4U transformasi klik klak Ah Jib Gorrrrrr, yang hadhir di
benua AFRIKA 1.5 hari aje, bergegas scepat munkin ke London.
Masih belum balik (07.07.13) dari London lepas cabut dari afrika
secapat deras.
Project usaha sama PNB Sime sri setia Battersea tak akan melibat kan
aliran wang keluar ?

Orang Melayu dan Bumiputra desak produk kempen PRU 13 untuk bumiputra bukan untuk UMNO.

Kita banyak "cash dan asset" di Malaysia untuk di labur kan di United
Kingdom ? Cakap besar depan orang putih .Sama sebiji macam IBAI.
10,000 pound sterling untuk OUTREACH 1M4U di England
,cukup ke ? JUal orang lebih untung .mesti ada aliran .

Orang Melayu dan bumiputra desak balasan kerana UMNO dapat 88 kerusi.

Ah Jib Gorrrrr yang amat seronok gembira suka ria dengan orang putih dan sahabat kepada zionist dan anti Islam cameron, London my second
home,balik kampung ke Ah Jib Gorrrr,mesti FLOM seronok kan....

Orang Melayu dan bumiputra minta desak pekik jerit keriaw Ah JibGorrr bapak sekolah vernakular cina.

Ah Jib gorrrr nama kan diri nya presiden parti melayu terbesar dengan 3 juta ahli ?

Tukar Presiden kali ini jom tukar presiden di PAU. Mengapa tidak !

arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Ni lah gila kuasa namanya