Wednesday, December 14, 2011

SHAHIDAN: SAYA CALON WINNABLE

"Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis. Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja...jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?" - Shahidan Kassim, Bekas Menteri Besar Perlis dan Adun Tambun Tulang.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/14/mstar_berita/20111214140011&sec=mstar_berita

Sudah 25 tahun bergelar YB (dua penggal sebagai Ahli Parlimen Arau dan 4 penggal sebagai Adun Tambun Tulang) dan kini berusia 60 tahun. Sekiranya PRU-13 diadakan tahun hadapan, Shahidan akan mencecah usia 61 tahun.

Dan pada usia ini, Shahidan masih menganggap diri beliau "calon winnable".

Inilah masalahnya apabila parti tidak menetapkan kriteria seorang calon winnable.

Masing-masing mengisytiharkan diri mereka calon winnable. Malahan ada yang sebelum ini mengumumkan untuk tidak bertanding semula, kemudian mengubah fikiran beberapa jam selepas pengumuman mereka.

Alangkah baiknya sekiranya pemimpin yang berusia seperti Shahidan meneliti sedikit fakta mengenai pengundi untuk PRU-13 di mana 68 peratus dari jumlah pengundi adalah pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 40 tahun.

Kita kena terima hakikat bahawa negara perlukan pemimpin yang up-to-date dan bukan sell-by-date.

Persiden parti semasa Perhimpunan Agong Umno menekankan akan pentingnya proses peremajaan parti dan sehingga hari ini tidak seorang pun dari pemimpin veteran atau kanan parti yang berusia tampil untuk membuat kenyataan mengundur diri dari menjadi calon dalam PRU-13 nanti.

Kita malu apabila Rais Yatim, Menteri Penerangan negara, satu ketika dulu membuat kenyataan bodoh mengenai Facebook, blog dan Twitter kerana kedangkalan ilmu beliau dalam alam komunikasi siber.

Kenyataan Rais menggambarkan bahawa beliau masih berfikiran tahun 60an, 70an, padahal rakyat sudah maju jauh kehadapan.

Seharusnya pemimpin seperti Shahidan, Rais, Nor Yakcop, Pak Lah, Tengku Razaleigh Hamzah, tampil ke hadapan menjadi contoh kepada orang muda dengan menyatakan kesediaan untuk mengundur diri untuk memberi peluang kepada golongan muda menerajui parti.

Begitu juga dengan Shahrizat Jalil. Tanpa Shahrizat, Wanita Umno tak akan mati seperti mana pada satu ketika dulu Wanita kehilangan Rafidah Aziz. Rafidah pergi, Wanita masih hidup segar.

Sehingga hari ini, kita masih lagi terkial-kial dalam menyelesaikan isu lembu, feedlot dan kondo keluarha Shahrizat.

Bagi kita, inilah gambaran pentadbiran lemah Najib. Ianya satu kritikan pedas dan pedih untuk diterima.

Tetapi ianya satu kenyataan. Akar umbi melihat isu Shahrizat ini lebih kepada Umno dipimpin oleh Presiden dan Perdana Menteri yang lemah.

Dalam sejarah politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad terbukti seorang Presiden dan Perdana Menteri yang tegas dan antara saksinya ialah Rahim Thamby Chik, Muhammad Muhammad Taib, Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim.

Kadangkala, terfikir kita, tidak salah akan Shahidan mengatakan beliau calon winnable walaupun sudah berusia 60 tahun.

Apa tidaknya. Apabila Najib bertemu dengan perwakilan Umno, beliau menekankan akan perlunya proses peremajaan.

Tetapi apabila bertemu dengan bekas-bekas Adun dan Ahli Parlimen dalam Mubarak, beliau juga memberi pengharapan kepada mereka bahawa mereka juga berpeluang menjadi calon walaupun sudah tua.

Kalau Presiden parti pun keliru, apatah kita di akar umbi.

3 comments:

Pakteh said...

Pakteh berpandangan masih ada ruang untuk pemimpin yang melangkau usia 60 tahun. Kadangkala kita perlu ikut skill pembangkang untuk menang dan PRU13, tidak dapat tidak..sesiapa sahaja calon yang mampu menang...ianya perlu diangkat.

Jika kita mempersoalkan isu umur, DS Najib sudah 58 tahun, TS mahyuddin sudah 64 tahun malah kebanyakkan pemimpin memang sudah melangkau usia sebegitu. Namun begitu, calon yang lebih muda perlu diperbanyakkan.

Pakteh melihat Shahidan Kassim masih amat relevan untuk politik di Perlis. Soal Rais Yatim, amat wajar beliau mengundur diri malah lebih manis jika keluar dari mulut beliau sendiri bahawa beliau tidak mahu dicalonkan lagi. Apapun ianya bergantung kepada Winnable Candidate...jika hanya Rais Yatim yang BOLEH menang, apa boleh buat. Begitu juga kes KULI...apakah ada calon lain yang boleh menang di Gua Musang berbanding KULI?...Kerana itu istilah WInnable Candidate dilaungkan...tidak timbul isu umur...

Faktor Winnable Candidate ini telah lama dipraktikkan oleh pembangkang...Nik Aziz sudah 80 tahun, LK Siang n Karpal, Hj hadi semua sudah mencecah 70 tahun lebih...Tetapi mereka utamakan faktor Winnable Candidate.

Ini bermakna..wakil sekarang yang berumur dan dah tak boleh menang...takkan dicalonkan. Calon2 yang ada...kalaupun berumur tetapi sudah difirasatkan boleh menang...pasti akan dicalonkan.

Sekian adanya pendapat pakteh.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Masih ternanti-nanti MP dan Adun UMNO yang tidak mahu dicalonkan untuk PRU 13... Pak LAH yang tidak disenangi oleh rakyat pun masih nak bertanding lagi ke?... Payah kalau jawatan nak dibawa sampai ke mati...

Sri Labu said...

Tidak semua muda boleh pakai.Dan tak semua tua tak berguna.Jangan yang muda berlanggar dengan yang tua.

Akhirnya kuda tua juga yang hebat dalam DAP.PAS.PKR.

UMNO asyik dok kira siapa tua siapa tua.

Pada hal UMNO itu sendiri pun sudah tua.