“Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini." - Wan Amizan Abdul Razak, Timbalan Ketua Bahagian Jerantut, di Perhimpunan Agung Umno 2011.
Sejak Najib Razak mengambil alih tampuk pentadbiran dari Abdullah Ahmad Badawi pada 2009, puluhan isu membabitkan pemimpin diperkatakan. Antaranya:
1) Dakwaan penyelewengan wang pinjaman mudah kerajaan untuk projek lembu National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarga Shahrizat Jalil.
2) Penjualan tanah pengkalan udara TUDM di Sungai Besi kepada 1MDB.
3) Penjualan saham MAS kepada Air Asia dan penglibatan Tony Fernandes di dalam MAS.
4) Penghinaan Tony Fernandes terhadap Malaysia Airports Berhad berkaitan KLIA2 walaupun keputusan kenaikan cukai lapangan terbang diluluskan oleh kerajaan.
5) PKFZ.
6) Penstrukturan semula PLUS di mana rakyat terpaksa menanggung kenaikan tol yang tinggi sementara pengguna Jambatan Pulau Pinang terpaksa membayar tol lebih lama dari yang dijadualkan.
7) Pemberian Notebook membabitkan Kementerian Penerangan dan Komunikasi.
8) Pemberian Spektrum juga oleh Kementerian Penerangan dan Komunikasi.
9) Cadangan Kementerian Pelajaran untuk memberi projek 1Bistari Net yang bernilai hampir RM5 bilion kepada YTL yang menimbulkan kemarahan syarikat-syarikat bumiputera.
10) Pembelian saham E&O oleh Sime Darby dan konflik kepentingan Zarinah Anwar dan suami beliau dalam transaksi pembelian saham.
11) Pengubahan wang berjumlah RM10 juta oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan ke London dan penglibatan seorang Menteri Kabinet kanan juga melibatkan pengubahan wang ke London.
12) Penangkapan pegawai kanan seorang Menteri Kanan di Pulau Pinang yang didapati memiliki berjuta ringgit bersama beliau.
13) Isu pendaftaran biometrik.
14) Perbelanjaan Istana Negara baru dan perlantikan kontraktor tidak berpengalaman untuk melaksanakan projek Istana tersebut.
15) Pemberian kontrak MRT.
16) PPSMI
17) Isu Cincin yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.
18) PR1MA. Kini diperkatakan bahawa PR1MA sudah menyeleweng dari objektif penubuhan asalnya apabila ia bercadang untuk melibatkan diri dalam penjualan tenaga elektrik oleh penjana kuasa milik bekas seorang Menteri kepada Tenaga Nasional.
19) Projek Tuna Batu Maung di Pulau Pinang.
20) Pelbagai isu yang melibatkan Menteri Pelancongan Ng Yen Yen termasuk isu perbelanjaan penglibatan Malaysia di Expo di China serta pemberian kontrak Kementerian Pelancongan.
Pokoknya, kenapa tiada penjelasan dari Najib atau kerajaan terhadap isu-isu ini atau mungkinkah Najib berharap rakyat akan melupakan isu-isu ini? Seperti kata Wan Amizan, pemimpin punya hal, orang di bawah yang menanggungnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya mahu minta maaf kepada Sdra Wan Amizam, jurucakap dari Bahagian Jerantut...saya keluar semasa anda berucap dan saya amat kesal.
ucapan begitulah yang saya tunggu tunggu, kerana terlalu boring dengan ayat ayat mengampu, saya keluar dan miss ucapan anda..
tahniah kepada Wan Amizan ..amat kurang yang macam anda..
kalau di nialaikan senarai kes di atas, secara kasar melibatkan berpuluh billion ringgit malaysia plus dgn skendal2 lain..Pembangkang baru ratus juta ringgit malaysia aje dan cerita belum menjadi sahih plus skandal2 lain.Kalau semua rakyat celik mata pasal wang alamatnya hanyutlah kapal layar.
macam mana najib nak bersuara, dia pun 2x5
Post a Comment