Thursday, December 1, 2011

POLIS: PEMBELIAN KONDO OLEH KELUARGA SHAHRIZAT BUKAN PENYELEWENGAN?



NFC: Polis sahkan tiada unsur pecah amanah, seleweng
01/12/2011 12:47pm

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar di sini, yang dikaitkan dengan keluarga seorang Menteri Kabinet tidak mempunyai unsur pecah amanah dan penyelewengan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan 74 individu termasuk suami kepada Menteri Kabinet berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum memanggil Menteri Kabinet terbabit bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Tetapi jika ada keperluan (memanggil beliau) dalam siasatan, maka kita akan panggil nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

2 comments:

Anonymous said...

Saudara Jelapang izin saya:

1.Conflict of Interest
2.Corporate Governance
3.Insider Trading.
4.Money Laundering Act.
5.Auditor General's Report.
6.SC Practice Notes.
7.Companies Act 1965.
Nampak macam kita langsung tak pakai langsung undang undang yang berkenaan,
pick and choose.
GEN46

Anonymous said...

Sdra Jelapang saya minta izin masuk

Dah bagi pinjaman untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu dalam negeri mengganti import dan gunapakai sumber tani dah ok tapi bila ada kaitan dengan menteri yang masih berjawatan, itu adalah political blunder, DAN beli asset yang tak ada kaitan dengan matlamat atau sinergy bisnes asal, itu financial prudence yang burok DAN sakit Lagi bila expot daging hasil ladang yang sepatut ganti impotan daging, kapada negeri Timur tengah, itu sudah super punya seleweng matlamat asal.
Tak kan nak defend lagi ?
tolong lah ,jangan kata tidak penyelewenagan,sebab anda akan mengundang rembatan demi rembatan dari pati politik dan ngo yang tidak sukakan daging lembu halal untuk orang Islam Melayu.
arjuna waspada
changkat lobak.