Ada pemimpin yang tidar menyedari bahawa mereka diletakkan di singahsana oleh rakyat. Tempat yang dianugerahkan dikhianati dan rakyat diperhambakan.
Tiada apa yang boleh Umno banggakan mempunyai pemimpin seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.
Malahan lebih berfaedah sekiranya pemimpin seperti Khir Toyo disingkirkan dari parti dan diperosok ke penjara kerana mengkhianati negara dan rakyat.
Berapa gaji Khir Toyo ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor? RM100,000 sebulan? RM50,000 sebulan?
Seorang Jawa, budak kampung dan doktor gigi mampu mengubahsuai rumah dengan harga RM6.5 juta?
Rakyat mana yang tak marah. Siapa yang menanggung bebannya? UMNO!
Bukan perkara mudah untuk memperbetulkan persepsi orangramai.
Di mahkamah minggu lepas, Khir Toyo dikatakan membayar secara TUNAI sebanyak 8 kali dan setiap kali bernilai RM500,000 untuk kos mengubahsuai mahligai beliau.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=592740
Pemimpin negara perlu diberi pengajaran bahawa jawatan yang diberi adalah amanah rakyat. Mereka berada di jawatan apa pun, adalah pemberian rakyat.
Baik jawatan Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Perdana Menteri malah isteri Perdana Menteri adalah pemberian rakyat.
Janganlah keterlaluan sehinggakan rakyat diperbodohkan kerana rakyat akan menghukum setiap sifat kesombongan kita. Banyak kita dengar mengenai kesombongan Menteri-menteri dan isteri-isteri mereka.
Pemimpin tidak akan hilang apa-apa. Khir Toyo akan kekal kaya walaupun dipenjarakan. Tetapi siapa yang akan merana. UMNO yang akan menerima musibahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Masaalahnya bukan Khir Toyo saja yg tidak amanah! Yg lain2 bagaimana?
ramai pemimpin yang banyak duit bila jadi yb dan jadi pengikut yb menteri. tak ada pelajaran pun boleh jadi kaya dengan jadi 'yes man' yb. khir toyo antaranya, tapi kira ok la selepas beberapa tahun. ni baru beberapa bulan jadi yb menteri, rumah dan hampir 2 juta ... kalau bertahun mau pergi belas juta.
ada sorang kawan, suaminya baru jadi yb, bila kita sembang, katakan dia nanti boleh jadi kaya. dia cakap, suaminya tak tau apa pun. tapi ramai dah toke datang himpit. la ni tau macam-macam. macam-macam ada. kawan aku tu pun dah jadi janda. yb cari bini muda dan cantik la.
Elok disingkirkan aje semua pemlmpin korup..masa baru lantik semua lnnocent....
tak lama lepas tu jadi piranah ....
Elok disingkirkan aje semua pemlmpin korup..masa baru lantik semua lnnocent....
tak lama lepas tu jadi piranah ....
Elok disingkirkan aje semua pemlmpin korup..masa baru lantik semua lnnocent....
tak lama lepas tu jadi piranah ....
Oi Cik Abang,kalau nak komen tu biarlah jujur.Kenapa dikaitkan dengan keturunan jawa pulak.apa orang jawa atau budak kampong tak boleh jadi kaya ke ?Bicara belum habis lagi.Kita tunggulah sehingga selesai,barulah buat komen selesai.
laaa...yang dok marah kat khir tu buat apa...dah macam tu gaya hidup manusia umno...lepaih ni kita tengok pula sapa pula yang kena...orang umno kan suka yang besaqqq...yang tinggiii...hebaattttttttt dulu ada jugak mb umno yang bawa guni duit pi australia...jadi orang umno jangan marah...cumanya simpan lagi manusia-manusia macam tu...paling koman pun hangpa dok tolong umno kaya....kah...kah...kah
Nampak Khir toyo dalam paper selamber jer ,tak rasa salah apapun..ini kalau biar lama-lama lagi atas kerusi tu entah apa lagi dia buat...lepas tu cakap...semua saya buat ikut undang-undang..itu lah masalah utama UmNO sebenarnya...menukar orang baik kepada makhluk perosak.Sebelum jadi orang politik Khir Toyo takder lah sangat fiil nya..dia jadi masalah slps jadi MB.UMNO memerlukan tarbiah(ikhlas ni, walaupun bunyi macam perkataan orang PAS) kepada ahli2nya..masukkan sikit unsur2 agama dalam pendekatanya...kalau tdak itulah jadinya..lepas-satu satu masalah yang sama berlaku....
saya tidak membela mana2 pemimpin yg membuat salah. kesalahan pemimpin2 umno banyak sudah di bawa ke mahkamah, dibicarakan & dijatuhi hukuman.
kesalahan pemimpin2 pas? tolak masuk bawah tikar? Na'uzubillah...
http://fantrealika.tripod.com/memali2.htm.
http://www.kampungfm.com/viewtopic.php?p=30440
http://mymassa.blogspot.com/2010/05/skandal-kohilal-bah-2-cara-pas-menipu.html
http://mymassa.blogspot.com/2010/05/skandal-kohilal-bah-3-skim-pelaburan.html
dr. khir & isteri adalah profesional sblm masuk politik. mrk bukan penceramah sambilan yg tak ada punca pendapatan. sudah tentu mrk mempunyai sedikit sebanyak harta hasil pekerjaannya. dia juga buat loan bank utk beli tanah & rumah tu. semuanya ada rekod. dia tidak berdolak dalik mcm rakannya yg belot & jadi saksi pendakwa.
tuan jgn mudah menghukum. saya pun tak berani kata dr. khir tak bersalah. tunggulah perbicaraan selesai sebelum menghukum sendiri..kalau dia bersalah eloklah dia menerima hukuman krn dia tidak mungkin dapat larikan diri seperti sorang pemimpin tu. jika dia tak bersalah, macam mana? kita nak tolak qada' & qadar Allah SWT jugak ka?
tolonglah rasional bila memberi pendapat...
Post a Comment