Thursday, June 30, 2011

PRU-13 APRIL

Bila PRU-13?

Najib Razak semasa berada di Sabah semalam memberi gambaran ianya mungkin diadakan tahun ini atau paling lewat tahun hadapan.

"Perdana Menteri berkata ini mungkin lawatan terakhir beliau ke Sabah sebelum pilihanraya umum." - kata Pairin Kitingan, Presiden PBS.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/30/nation/9003403&sec=nation

Tidak mungkin pilihanraya diadakan sebelum Oktober ini. Pada 7 Oktober ini, Najib akan membentangkan belanjawan untuk 2012.

Belanjawan ini sudah pasti akan memberi petanda bila pilihanraya akan diadakan. Pada belanjawan inilah peluang Najib untuk cuba memenangi hati kakitangan kerajaan dengan memberikan mereka bonus dan potongan cukai pendapatan yang lumayan. Tanpa bonus, BN boleh melupakan sebarang peluang untuk mendapat mandat 2/3 di dalam PRU-13. Dengan bonus, tiada jaminan nasib 2008 akan berubah.

Pada 29 November, Umno akan mengadakan perhimpunan Agongnya. Di sinilah Najib akan meniup sangkakala pilihanraya umum dengan meminta ahli bersatu menentang pembangkang.

Oleh itu, besar kemungkinan PRU-13 akan diadakan pada bulan April 2012.

Sebenarnya Najib sudah pun meniupkan sangkakala pilihanraya. Tetapi, persoalannya, apakah BN akan menang besar dengan mengadakan pilihanraya tahun ini atau 2012?

Tiada gunanya mengadakan PRU-13 kalau BN kalah di dalam pilihanraya tersebut. Kalau dilihat secara kasar sentimen pengundi sekarang, tidak mustahil BN boleh kalah sekiranya PRU-13 diadakan sekarang.

Terlalu banyak isu yang masih belum diselesaikan oleh Najib. Isu kenaikan harga barang, isu Rosmah Mansor, isu keadilan di mahkamah, isu polis, isu perpaduan parti dan parti-parti komponen dan pelbagai isu lagi masih belum diselesaikan.

Mungkin bagi penasihat-penasihat Najib, ini isu-isu remeh. Tetapi yakinlah, suasana sekarang ini masih sama sepertimana pada 2008.

Silap perkiraan, BN akan merana.

No comments: