Thursday, June 2, 2011

PENDAPATAN TAHUNAN CEO TNB RM1.8 JUTA

Pelbagai alasan diberikan oleh kerajaan untuk menaikkan kadar elektrik bermula bulan ini.

Ada yang munasabah dan ada yang tidak.

Bagaimanapun mampukah kerajaan mempertahankan pendapatan tahunan Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Che Khalib Mohamed Noh yang dikatakan berjumlah lebih dari RM1.8 juta setahun?

Sebuah portal berita hari ini memperincikan pendapatan tahunan Che Khalib.

GAJI: RM1.2 JUTA
SUMBANGAN KEPADA KWSP: RM236,964
ELAUN KERETA: RM60,000
ELAUN KHAS: RM7,200
JUMLAH BESAR: RM1,806,664.00

Untuk meneliti gaji-gaji eksekutif lain termasuk Pengerusi TNB Leo Moggie, lihat link berikut:
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/02/tnb-chiefs-see-surge-in-salary/

Mampukah kerajaan memperjelaskan kewajaran pendapatan Che Khalib?

3 comments:

zairul said...

jawab sekali kadar BLR bank dari 5.5% ke 5.8% naik lagi 6.3% ke 6.8% menyebabkan gaji ceo maybank RM 12 juta setahun, ceo cimb RM 13 juta..juga gaji bersih + elaun yb dari kerajaan, syrikat berkepentingan lebih dari RM 50 ribu sebulan..

Henpon 3210 said...

jawab sekali kadar BLR bank dari 5.5% ke 5.8% naik lagi 6.3% ke 6.8% menyebabkan gaji ceo maybank RM 12 juta setahun, ceo cimb RM 13 juta..juga gaji bersih + elaun yb dari kerajaan, syrikat berkepentingan lebih dari RM 50 ribu sebulan..

Anonymous said...

Anak pertama dia dapat scholarship Khazanah,,,ok lah kut sebab pandai dan layak
Tapi bila anak kedua pun dapat scholarship khazanah, rasanya dah tak betul kut...
Ada yang lain yang layak dan ibu bapa tak mampu....lebih adil kalau diberikan kepada pelajar begini.
Khazanah tu kan kerajaan juga... itulah sebab orang benci kat umno dan bn....