Tuesday, May 24, 2011

PROJEK RM6 BILION: NUR JAZLAN PERLU LETAK JAWATAN

Negara mempunyai beribu syarikat pembinaan termasuk berpuluh yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia tetapi yang peliknya syarikat pembinaan dari negara China menjadi pilihan UDA untuk membangunkan tapak Penjara Pudu.

Kos projek bukannya kecil. Nilainya RM6.7 bilion.

Ketika kita mengambarkan negara menghadapi masalah ekonomi yang kononnya memaksa kerajaan menaikkan harga petrol, gas, gula dan elektrik, UDA tidak langsung merasa ganjil untuk menganugerahkan projek sebesar itu kepada syarikat luar.
http://www.nst.com.my/nst/articles/20pudu/Article

Tidak mungkin tiada langsung syarikat tempatan yang mampu membina projek sebesar itu.

Kalau syarikat bumiputera tidak mampu, tidak mungkin tiada langsung syarikat Cina Malaysia yang mampu melaksanakan projek sebesar RM6.7 bilion.

Rasanya macam ada yang tidak kena dengan UDA.

Kita faham akan kekecewaan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir sehingga beliau menuduh Pengerusi UDA Nur Jazlan Mohamed berbohong dan mendesak beliau meletakkan jawatan.

Kita asyik melaungkan-laungkan ketuanan Melayu tetapi realitinya ia hanya slogan. Bila ada projek sebesar ini, Nur Jazlan tidak mempunyai keyakinan kepada syarikat Melayu dan syarikat luar juga yang menjadi pilihan beliau.

Memang patut Nur Jazlan didesak meletakkan jawatan.

3 comments:

Pandang Ke Dalam Negara said...

Mungkin pihak SPRM patut menyiasat perkara ini.

Anonymous said...

Siapa Nur Jazlan ni yg tiba2 je dilantik jadi Pengerusi?

Apa sumbangan dia selama ini kepada orang Melayu untuk dapat duduk di tempat yang penting ni?

Anonymous said...

Dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil berhati buat projek Mega. Jangan jadi masa zaman Pak Lah sudahlah....Koridor sana, koridor sini....habuk pula tarak, lepas tu rakyat akan bersuara atas kertas undi.