Monday, May 23, 2011

RAKYAT MARAH BILA HARGA PETROL DINAIKKAN


"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion.” - Ismail Sabri.

Itu kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan hari ini.


Yang pasti dari kenyataan ini ialah harga petrol, diesel dan gas akan naik. Gunalah istilah apapun (langkah rasionalisasi subsidi), ianya bermaksud harga naik.

Kita bukan lagi di zaman 70an di mana rakyat masih kurang tahap pendidikannya.

Di akar umbi, rata-rata rakyat menyalahkan Ismail Sabri berikutan kenaikan harga barang. Sebenarnya, kenaikan harga barang bukan salah Ismail Sabri.

Apa yang boleh dilakukan oleh Ismail Sabri? Isu kenaikan harga barang adalah tanggungjawab seluruh Kabinet dan Perdana Menteri.

Isu rasionalisasi subsidi adalah isu Idris Jala. Orang yang harus dipersoalkan ialah Idris Jala.

Adakah Idris mengambil kira implikasi politik dalam menyusun semula subsidi kepada rakyat? Fahamkah Idris akan politik Semenanjung atau Idris masih merasakan seolah-olah beliau masih bekerja di Shell?

Di Singapura, isu perumahan, pengangkutan dan pendidikan menjadi isu pokok semasa pilihanraya umum baru-baru ini sehingga buat pertama kalinya parti PAP mengalami keputusan paling buruk dalam sejarah politik Singapura. Tidak seperti di Malaysia di mana isu-isu seperti ini bukan menjadi daya tarikan kepada parti-parti politik.

Semalam, Kerajaan Singapura mengambil keputusan untuk menurunkan gaji Menteri-Menteri Kabinet mereka semata-mata untuk "menyejukkan" hati pengundi Singapura yang sudah mula menunjukan "kemarahan" mereka melalui peti-peti undi.

Parti PAP tahu sekirannya tidak ada perubahan di dalam kerajaan, 5 tahun lagi, PAP akan mengalami keputusan lebih buruk dari pilihanraya 2011 ini.

Apakah perkara yang sama akan berlaku di Malaysia? Untuk pengetahuan Idris Jala, memang benar rakyat Malaysia ketagih subsidi. Tetapi ingatlah bahawa kerajaan BN kekal sehingga hari ini kerana "subsidi".

Kalau bukan kerana subsidi, mungkin sudah lama saling berubah kerajaan seperti mana yang berlaku di negara-negara demokrasi lain di dunia.

4 comments:

Anonymous said...

saya sebaagai rakyaat malaysia mengakui bahawa subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan dan kerana subsidi lah kerajaan bn berkuasa sehingga kehari ini ,idris jala ni pencenkan aje jgn dok fikir beliau masih berada disektor koperat tau tak bagaimana rakyaat susah dan terusksn subsidi

Anonymous said...

Bukan semua rakyat Malaysia kaya-raya, ramai yang masih berada dibawah paras kemiskinan. Malah ramai rakyat yang berpendapatan cukup makan amat mengharapkan kerajaan dapat membendung kenaikan harga barang keperluan harian.

Manakala golongan sederhana juga masih bergelut untuk memenuhi keperluan harian kerana kenaikan harga barang.

Menguruskan ekonomi negara untuk rakyat tidak sama seperti mengurus sebuah syarikat koporat yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kebajikan rakyat mestilah diberi keutamaan. Kalau BN ingin memerintah lebih lama lagi, UTAMAKAN kebajikan rakyat. JANGAN beri rakyat memberi UNDI PROTES semasa PRU akan datang!!!!

Anonymous said...

Selain dari Idris tu, Ismail Sabri ni pun adalah antara menteri yang paling tak efektif dalam kabinet kerajaan Malaysia. Dalam ertri kata lain kita boule kata dia memang tak guna langsung.

Secara amnya, dia langsung tak punya pendekatan yang bagus untuk menstabilkan harga barang-barang.

Mungkin dia lebih teruja nak minta Bank Rakyat lantik si Dafi jadi Duta dengan harga yang mahal...kesimpulannya si menteri ni lebih pentingkan nasib seorang artis ni dari beban kenaikan harga yang menghimpit hidup rakyat.

Anonymous said...

PRU ke-12 yang lalu membuktikan rakyat amat memerlukan kerajaan yang mampu mengurus negara dengan baik, bukannya membebankan rakyat demi pembangunan. Rakyat mahukan pembangunan, namun dalam masa yang kerajaan hendaklah memikirkan bebanan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Sewajarnya kerajaan yang prihatin kepada rakyat akan menjadi pilihan. Pengundi kini sudah bijak membuat pilihan, mereka akan memilih yang terbaik untuk mereka. Untuk mengekalkan kuasanya BN harus berhati2 dalam membuat keputusan. Hanya keputusan yang bijak saja akan menyelamatkan BN, tersilap langkah bukan 4 negeri akan terbang...mungkin lebih akan melayang!!!!