Friday, May 20, 2011

NAJIB MASIH SAYANG SIDEK (KSN)!

Sidek Hassan kekal sebagai Ketua Setiausaha Negara?

Tanpa sebarang pengumuman rasmi, khbar berbahasa Inggeris, The Sun, dua hari lepas "mengumumkan" bahawa kontrak Sidek disambung setahun lagi oleh Najib Razak.

Ketika ini, tersebar khabar angin Najib akan mengadakan rombakan kabinet. Ini mungkin kali ke-10 khabar angin ini tersebar dan sehingga hari ini, Ahli-ahli Parlimen yang belum berjawatan Menteri, masih menanti dengan penuh harapan bagaikan menanti buah yang tidak gugur.

Kalau nak menggantikan Sidek pun Najib tidak mempunyai kemampuan, apalah pula anggota Kabinet yang mempunyai kekuatan politik masing-masing.

Walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Sidek termasuk tuduhan bahawa Sidek lah yang "menasihati" Pak Lah supaya jangan memberi bonus kepada kakitangan awam yang menyebabkan BN tewas di lima negeri, Najib masih menaruh harapan pada Sidek untuk setahun lagi. http://www.perdana.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=891:the-sun-stay-above-politics-civil-servants-told&catid=64:selected-news&Itemid=180

Blogger Another Brick in the Wall, pernah mengkritik Sidek.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/06/restless-in-putrajaya.html

Janganlah sesiapa terlalu mengharapkan kepada perubahan kerana sejak Najib mengambil alih dari Pak Lah, beliau lebih berminat untuk menjaga hati orang embawa perubahan.

Pelbagai teguran dibuat terhadap pemimpin dan pentadbir tertentu tetapi tiada apa yang berlaku. Mungkin itu fitrah Najib.

3 comments:

Anonymous said...

sidek nih kawan baik aljub.dialah gunting dlm lipatan,musang babulu ayam,pagar yg makan padi masa PRU12.klu bijan x nk jadik PM lg,sambung jerlah kontrek sidek tuh 10 tahun lg,takyah bagi peluang orang lain jd KSN.....

Quantum Metal Consultant said...

Laungan reform najib bukan untuk dirinya, tetapi untuk rakyat. dia masih lenggang lenggok mak limah.

"Saya macam ayahanda saya"

Anonymous said...

Di KL dan Putra jaya sosek-sosek hal katanya Dato Najib sambung lagi khidmat KSU Kementerian Peneranag.Ada yg masam muka pun ada.Kata mereka kroni NOGORI 9 agaknya.PTD pun ada juga kroni .