Tuesday, September 21, 2010

BAGI NAZRI, MELAYU PERKARA KEDUA

"Dan, bagi saya, saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?" - Nazri Aziz.

Ini ayat terakhir Nazri Aziz di dalam Surat Terbuka beliau bagi menjawab Awang Selamat yang mengkritik beliau
semalam.

Melayu perkara kedua bagi Nazri Aziz.

Tidak menghairankan kalau sebahagian daripada rakyat hari ini menolak Umno dan bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Umno di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jika seorang Menteri menganggap Melayu perkara kedua, apalah rakyat biasa.

Kalau dahulu pemimpin akan melaungkan DEMI BANGSA, AGAMA dan NEGARA, laungan seumpama ini sudah tidak lagi relevan buat mereka.

Bagi Nazri, seorang Menteri Kabinet dilantik oleh Najib Razak di dalam pentadbiran beliau, mungkin Agama dan Bangsa bukan lagi perkara pokok buat beliau.

Tidak menghairankan di mata orang-orang Melayu, Umno semakin tidak relevan di dalam mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam.

3 comments:

Anonymous said...

Nazri tidak ada lagi kemelayuannya.Tanya LIM KIT Siang dan orang Cina yang lain,adakah mereka menganggap diri mereka "malaysian 'pertama dan Cina kedua.saya rasa jauh pangggang dari api.Jika mereka menganggap sedemikian sudah tentu orang melayu sudah maju dalam perniagaan dan lain-lain bidang dan sekolah satu aliran sudah lama akan wujud tetapi sekolah wawasan pun dah gagal.Nazri.lebih baik YB letak jawatan dan masuk DAP.YB sudah bukan melayu atau pun sudah jadi melayu sesat dengan menganggap DIRI YB YANG tidak malu itu MalAysian dahulu dan melayu kedua.Lebih baik YB keluar dari UMNO dan masuk PKR atau DAP...jangan YB guna umno SEBAGAI PLATFOM UNTUK MENGHANCURKAN melayu.
"hidup NGO PERKASA"..mungkin YB penyokong kuat YB Anwar semasa era PM DET dalam isu kroni oleh YB Zahid...dan sekarang masih penyokong setia YB Anwar.

AnakGanu said...

bodo punya nazri...

Dot said...

kalau nazri ni melayu tentu dia mendidik anak jantannya yg kaki betina & mabuk tu bagaimana orang melayu beragama islam mestinya malu & kesal melakukan perkara2 yg dilarang oleh agama islam!

kalau nazri ni melayu tentu dia paham apa makna pantang melayu menderhaka!

kalau nazri melayu tentu dia takkan tergamak bersikap amat biadap & celupar terhadap Tun - negarawan negara- menyebabkn ramai peminat Tun berang!

kalau nazri ni melayu tentunya dia tidak meletakkan kepentingan peribadinya dgn 'menyerang' utusan sedangkan utusan ialah wadah penyambung lidah orang melayu sejak sekian lama...

kalaulah nazri ni melayu... sayangnya dia malaysia dulu