Thursday, July 29, 2010
SIAPA SELEPAS LIONG SIK?
Ling Liong Sik mungkin merupakan bekas pemimpin yang bergelar Tun yang pertama yang didakwa di mahkamah atas jenayah penipuan di dalam skandal besar negara, PKFZ, tetapi keputusan untuk mendakwa beliau membuka satu era baru buat politik negara.
Tahniah buat kerajaan dan Najib Razak. Ianya satu langkah pertama yang berani.
Yang salah tetap salah. Tanpa mengira bulu, tanpa mengira latarbelakang dan tanpa mengira ideologi politik, yang didakwa melakukan jenayah perlu dibawa ke muka keadilan.
Imej Najib hari ini pasti meningkat. Tetapi ianya akan meningkat seketika sekira ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.
Sudah kedengaran bisikan-bisikan adakah keberanian Najib ini setakat Ling Liong Sik sahaja. Ada nama-nama besar lain yang dikaitkan dengan jenayah terutamanya rasuah.
Adakah mereka juga akan dibawa ke muka keadilan?
Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah tidak sampai 24 jam Najib berlepas ke luarnegara untuk bercuti.
Najib akan bercuti sehingga 10 Ogos atau dengan kata lain ada lagi 11 hari untuk kita melihat samada nama-nama besar lain akan di bawa ke mahkamah.
Ada yang sedang menanti dan mahu melihat samada pihak berkuasa akan mendakwa Ahmad selepas Ah Chong dihadapkan ke mahkamah petang tadi kerana kita kini berada dalam semangat 1Malaysia.
Wednesday, July 28, 2010
FAZDIL (FATINE YOUNG) DAPAT SUAKA UNTUK BERSAMA SUAMI
Nampaknya rakyat Malaysia hari ini serba boleh. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
Tuesday, July 27, 2010
HEBATNYA JHO LOW BERSAMA PARIS HILTON
Link ke blog Shih Huang Ti: http://maharaja-kaiser.blogspot.com/
Shih Huang Ti juga pernah menulis mengenai Jho Low dan The Big Mama di sini: http://maharaja-kaiser.blogspot.com/2010/05/kisah-jho-low-dan-big-mama.html
Setelah melihat gambar-gambar ini, kita bersetuju dengan Shih Huang Ti bahawa Jho Low adalah lelaki Cina Malaysia yang hebat dan jantan.
Saturday, July 24, 2010
DUNIA KHAYALAN PEMIMPIN2 INDIA
Kerap kali pemimpin-pemimpin politik kaum India membuat kenyataan, ianya mengelikan hati, termasuklah kenyataan yang dibuat oleh Murugiah.
Kita lihat fakta berikut.
Jumlah keseluruhan kaum India yang menyertai MIC/PPP/IPF/Makkal Sakhti: 1,567,000
Sekiranya dakwaan parti-parti ini benar, Barisan Nasional akan dapat lebih 100 peratus sokongan kaum India semasa PRU-13.
Malangnya, dakwaan-dakwaan ini tidak lebih dari hanya sub-plot seperti mana di dalam filem-filem Tamil.
Friday, July 23, 2010
DAP MAHU NYAHKAN MELAYU DARI PULAU PINANG
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/21/nation/6694234&sec=nation
Ini laporan yang dikeluarkan oleh akhbar MCA, Star, Rabu lalu.
Sim Tze Tzin memberi alasan kononnya rumah-rumah kos rendah terutamanya flat akan hanya bertukar menjadi kawasan merempat dan terbiar dan tidak sesuai dihuni.
Kita faham apa niat Sim Tze Tzin. Kita sudah lama dalam politik. Kita bukan budak hingusan.
Kita tahu tujuan Sim Tze Tzin ialah untuk menghalau orang Melayu keluar dari Pulau Pinang. Bila tak ada rumah kos rendah, tak adalah Melayu di Pulau Pinang. Itu niat sebenar Sim Tze Tzin.
Cadangan Sim Tze Tzin bukan perkara baru. Cadangan beliau tiada bezanya dengan tindakan Gerakan semasa Koh Tsu Koon memerintahkan Pulau Pinang. Semasa Koh Tsu Koon, dasar perumahan beliau lebih mirip kepada "menggalakkan" orang Melayu Pulau Pinang meninggalkan pulau dan tinggal di tanah besar dengan membina rumah-rumah berharga murah di tanah besar Pulau Pinang.
Orang Melayu Pulau Pinang tahu niat Koh Tsu Koon. Orang Umno Pulau Pinang pun juga tahu niat Koh Tsu Koon tetapi mereka bising secara diam-diam. Hanya bekas ketua bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail yang berani bangun menghentam Koh Tsu Koon.
Tetapi Ahmad hanya berani selepas Barisan Nasional hilang kuasa di Pulau Pinang, negeri yang dipimpin bekas Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi.
Ini mesej buat Sim. Jangan ingat kami orang Melayu tidak tahu apa yang tersirat disebalik cadangan beliau.
Dengan berkurangnya orang Melayu di Pulau Pinang, mudahlah untuk DAP terus menguasai Pulau Pinang sehingga sekurun lagi.
Cadangan Sim ini akan menjadi kenyataan sekiranya Umno Pulau Pinang terus lemah gemalai dan mementingkan diri sendiri dari memperjuangkan hak bangsa dan agama.
Wednesday, July 21, 2010
PUTERI UMNO MENUJU KEHANCURAN
Rata-rata di bahagian-bahagian berpendapat Puteri Umno kini meniti hari-hari kehancuran. Puteri Umno hari ini bukan lagi Puteri Umno semasa Azalina atau Noraini Ahmad.
Puteri Umno dahulu digeruni lawan dan menawan, hampir setiap hati pengundi termasuk pemuda parti lawan tertawan.
Malangnya Puteri-Puteri hari ini hampir sama tuanya dengan partinya walaupun usianya masih muda. Kalau ketua-ketua Puteri penawan hati Pemuda, hari ini tidak lagi. Kalau dulu parti lawan gerun melihat Puteri bertemu pengundi, Puteri hari ini sudah hilang seri. Apa tidaknya, mereka tidak lagi bergelar Puteri. Mereka sudah bergelar isteri.
Dulu Puteri tidak bersuami. Kini mereka sudah berpunya. Ada di kalangan suami merasakan beristerikan Puteri bakal membawa rezeki. Maka berpeleseranlah Puteri-Puteri yang bersuami ini ke sana ke mari mencari rezeki buat suami.
Ke sana ke mari projek dikejar untuk si suami. Itulah Puteri Umno hari ini.
Apa yang di katakan Azalina kepada Agenda Daily ada benarnya. Tidak berguna berselindung di sebalik kata-kata. Memang pedih untuk menerima realiti. Tetapi Puteri Umno hari sedang meniti hari-hari terakhirnya.
Kalau nak dihitung di mana salahnya, memang tiada penghujungnya. Adakah satu kesilapan memilih orang Sabah sebagai pemimpinnya? Adakah Puteri ketandusan pemimpinnya? 1001 sebab boleh diteliti.
Rosnah Sirlin dengan caranya, Shahanim Yusof dengan egonya. Yang merana ialah Umno dan pemimpinnya. Selamat Tinggal Puteri.
Tuesday, July 20, 2010
TAHNIAH ZAMBRY & TAHNIAH UMNO PERAK!
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/20/nation/20100720170226&sec=nation
Tahniah Zambry Abdul Kadir dan tahniah Kerajaan Umno di Negeri Perak.
Mungkin selepas ini Umno Perak dan Zambry harus menimbang menyerahkan seluruh Perak kepada MCA sesuai dengan semangat 1Malaysia.
Mungkin juga negeri-negeri Umno yang lain perlu mencontohi Zambry dan Umno Perak dalam memperjuangkan kepentingan sekolah Cina. Mudah-mudahan dengan usaha ini Umno dapat terus menerajui negara dan mempertahankan ketuanan Melayu.
Friday, July 16, 2010
NOR YAKCOP ADA 500 PETI BESI SIMPAN WANG TUNAI?
Ini adalah tuduhan Wee Choo Keong terhadap bekas Menteri Kewangan Ke II (semasa pentadbiran Pak Lah) yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Entah benar, entah tidak.
Tajuk berita Utusan Malaysia hari ini cukup menarik. " PECAT NOR YAKCOP, ZARINAH".
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm
Yang menjadi persoalannya kenapa Najib Razak masih sayangkan Nor Yakcop?
Sudah bermacam tuduhan dilemparkan terhadap Nor Yakcop serta telah mencemarkan nama baik Umno, BN dan Najib.
Tetapi jelas Najib tidak mengendahkan segala tuduhan-tuduhan ini. Alangkah baiknya sekiranya Perdana Menteri sendiri tampil membersihkan nama baik Nor Yakcop, Menteri kesayangan beliau.
MALAYSIA BERTUAH ADA ROSMAH
Malaysia Bertuah Ada Rosmah Yang Banyak Idea : Musa Aman
KOTA KINABALU, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia bertuah kerana mempunyai isteri seorang Perdana Menteri yang mempunyai banyak idea dan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan memajukan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Komitmen Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu usaha kerajaan di bawah kepimpinan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendahulukan rakyat menampakkan hasil dengan pengwujudan program seperti Permata Negara, katanya.
"Kita dapat melihat matlamat program Permata Negara adalah untuk melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara.
"Kita juga perlu terus mendukung usaha Datin Seri Rosmah yang sentiasa prihatin dan memberi perhatian mendalam membela golongan kurang upaya yang merupakan antara rakyat yang perlu didahulukan," katanya ketika merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2010 di sini pada Khamis.
Artikel penuh: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=513739
Wednesday, July 14, 2010
KHIR TOYO TAK LAYAK LANYAK PEMBANGKANG DI S'GOR
Itulah antara ungkapan Khir Toyo sebentar tadi semasa Buletin Utama TV3 mengenai isu pasir.
Kita faham strategi Umno untuk merampas semula Selangor ialah dengan menyerang bertubi-tubi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu.
Tetapi biarlah kena caranya. Menampilkan Khir Toyo sebagai watak utama bukan caranya.
Khir Toyo tiada kredibiliti. Khir Toyo lah yang menjadi cemuhan kakitangan Kerajaan Negeri apabila beliau menjadikan penyapu sebagai hadiah kepada YDP Majlis Daerah.
Khir Toyo juga diselubungi dengan skandal mahligainya dan Disneyland.
Kalau Umno betul-betul serius untuk menawan semula Selangor seharusnya muka baru ditonjolkan. Muka baru yang tiada parut Disneyland, tiada parut mahligai indah dan bukan muka penyapu. http://kedahku.blogspot.com/2009/07/khir-toyo-bayar-rm15000-sebulan-untuk.html
Friday, July 9, 2010
HISHAMMUDDIN HUSSEIN SYOK SENDIRI
Berikut ialah ulasan yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam.
Isu akhbar Cina: Menteri terlalu awal gembira — Utusan Malaysia
8 JULAI — Akhbar Nanyang Siang Pao terbitan 4 Julai 2010 menyiarkan artikel yang mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat bahawa beliau berpuas hati dengan penurunan jenayah ragut.
Penulis Koo Lee Fen menyifatkan kenyataan berkenaan menunjukkan Hishammuddin sendiri yang berasa dirinya selamat.
‘‘Bulan lalu, di gereja yang sering saya kunjungi beg tangan seorang rahib diragut. Lengannya ditikam hingga berdarah.
‘‘Ketika membuat laporan polis, polis bertanya kepada mangsa sama ada mahu mengecam penjenayah atau tidak. Kerana tidak mahu timbulkan lebih banyak masalah, mangsa tidak mahu mengecam suspek,’’ katanya.
Lee Fen menambah, berdasarkan sikap polis ketika menyoal mangsa percaya kes berkenaan tidak akan berkesudahan.
‘‘Gereja yang sama pernah dipecah masuk pada waktu siang. Biarpun pihak gereja serahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak polis, sehingga hari ini tidak ada berita diterima.
‘‘Ia berlaku sudah lebih setahun namun tidak dapat dipastikan sama ada kes itu berjaya diselesaikan polis atau tidak,’’ katanya.
Jelas Lee Fen tiga tahun lalu, cermin kenderaan bapa beliau dipecahkan di sebuah taman tasik.
‘‘Pintu kenderaan dipecahkan dan dompet dicuri. Apabila buat laporan polis, anggota yang ambil keterangan beritahu supaya membuat laporan mengenai kehilangan kad pengenalan sahaja sudah cukup.
‘‘Menurut polis itu jika lapor kehilangan barang, pasti susah ditemui,’’ katanya.
Senario berkenaan menyebabkan Lee Fen curiga dengan statistik sebenar jenayah yang dikeluarkan oleh pihak polis.
‘‘Apakah kadar jenayah benar-benar turun atau tidak? Jika polis sendiri tidak mencatat segala kes jenayah yang dilaporkan dengan betul, ini bermakna angka berkenaan adalah palsu. Orang ramai pula tidak dapat membuat soal selidik,’’ katanya.
Jelasnya, beliau pernah ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya pada satu malam kerana terlupa menyalakan lampu besar kenderaan.
‘‘Saya tahu, mengaku salah dan merayu. Polis bersedia untuk pulangkan kad pengenalan serta lesen memandu saya.
‘‘Namun polis itu turut bertanya; “Awak mahu belanja saya minum teh?” Saya mengajak polis itu pergi ke restoran mamak yang berhampiran bersama saya pada masa itu juga. Sudah tentu polis itu tidak berbuat demikian,’’ katanya.
Lee Fen menganggap, keamanan dan keselamatan akan dapat dirasai orang ramai dan ia dapat dilihat dengan jelas. Disiplin anggota polis juga perlu ditingkatkan.
‘‘Saya hanya rakyat biasa, baik atau buruk tahap keselamatan sepatutnya dinilai oleh rakyat sendiri. Biarpun menteri berfikiran positif, tetapi jangan bergembira terlalu awal,’’ katanya.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
**** Beranikah Hishammuddin berhadapan dengan realiti?
Tuesday, July 6, 2010
IDENTITI KSU PALING BERKUASA DIDEDAH
http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Awang Selamat Ahad lalu menerima panggilan telefon dari pihak "atasan" yang mahu mengetahui siapa KSU yang dikatakan paling berkuasa.
Saya setuju dengan pendirian Awang Selamat itu. Untuk pengetahuan pihak atasan tersebut, banyak blog yang telah mendedahkan identiti KSU tersebut.
Antaranya Unspinners. Layari blog ini untuk melihat siapa yang dimaksudkan.
Unspinners: http://theunspinners.blogspot.com/2010/07/kisah-sidek-sigaraga-dan-kamaruddin.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/07/ksu-yang-digosip-buat-laporan-polis.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/07/ksu-penyebab-kdn-menjadi-kementerian.html
Thursday, July 1, 2010
KSN, KSU & PEGAWAI JKR PALING BERKUASA
Satu ruangan pojok di Mingguan Malaysia Ahad lepas menyiarkan sesuatu yang memeranjatkan.
Ianya perihal apa yang dikatakan KSU yang paling berkuasa di dalam perkhidmatan awam.
Antara ungkapan yang digunakan di dalam ruangan pojok tersebut ialah:
"SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka."
"Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan."
"Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau."
"Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing."
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Penulis ruangan pojok Mingguan Malaysia ini enggan mendedahkan siapa KSU tersebut. Tetapi kalau dilihat pada komen-komen di dalam blog-blog berikut, mungkin ada yang dapat membuat telahan masing-masing. Baca blog-blog berikut:
Mummy Rokiah: http://mummyrokiah.blogspot.com/2010/06/jawapan-kepada-awang-selamat-ksu-mana.html
Maharaja Blogger: http://maharajablogger.blogspot.com/2010/06/ksn-mesti-siasat-ksu-mana.html
KSN PALING GELISAH
Blogger Another Brick in the Wall menulis mengenai kegelisahan di Putrajaya dan tulisan beliau tertumpu kepada Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan. Antara kata-kata rakan blogger ini:
"Apabila Perdana Menteri menyambung kontrak Sidek setahun lagi kepada 23 Jun 2011, ia telah menimbulkan kegelisahan."
"Pada pandangan kakitangan Kerajaan, Sidek, mengikut persepsi mereka, seorang KSN yang tidak mempunyai prestasi yang baik dan pentadbir yang tidak sensitif."
"Najib seharusnya meniliti dakwaan ini secara serius. Jika tidak beliau akan dimalukan dengan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya akan datang."
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/06/restless-in-putrajaya.html
PEGAWAI TINGGI JKR SUAMI/ISTERI KONTRAKTOR
Ini adalah dakwaan blogger Another Brick in the Wall. Dalam tulisan beliau mengenai Zarinah Anwar dan suami beliau, Azizan Abdul Rahman, yang didakwa sebagai rakan Kalimullah Hassan, Another Brick in the Wall menulis mengenai penglibatan suami Zarinah dengan projek hospital Shah Alam.
Lebih menarik lagi apabila blogger ini menulis perkara berikut:
"Ada lagi maklumat yang perlu kepastian. Terdapat pihak di dalam Sunshine Fleet (kontraktor) dikatakan berkahwin dengan pegawai tinggi di dalam JKR."
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/07/filling-missing-pieces-of-mrs-zarinahs.html
Bagi Jelapang, mustahil KSN tidak mengetahui siapa KSU yang paling berkuasa dan siapa pegawai tinggi JKR yang berkahwin dengan kontraktor.
Demi perubahan dan keterbukaan, KSN harus tampil ke hadapan untuk memberi isyarat kepada rakyat dan kakitangan kerajaan bahawa beliau mahu perubahan di dalam perkhidmatan awam dengan tidak melindungi mereka-mereka ini.
Sekiranya KSN enggan, seperti kata blogger Another Brick in the Wall, Perdana Menteri harus memikirkan semula samada perlu atau tidak Sidek terus memegang jawatan KSN.