KALAH di Permatang Pauh. Kalah di Kuala Terengganu. Kalah di Bukit Gantang. Kalah di Manik Urai. Kalah di Bukit Selambau. Tidak bertanding di Penanti.
Mampukah Umno menang setelah melalui saat-saat sukar sejak pilihanraya umum ke 12 tahun lepas?
Dari segi semangat, Umno akan lebih bersemangat setelah tewas tipis - 65 undi - di pilihanraya kecil Manik Urai.
Dari segi realiti, Permatang Pasir pasti bukan gelanggang mudah buat Umno kerana ia juga kubu perang Anwar Ibrahim.
Sejarah juga tidak menyebelahi Umno di Permatang Pasir. Umno kuat di Permatang Pasir hanya sebelum 1999.
Selepas 1999, kehadiran Pakatan Rakyat dan keluarnya Anwar dari Umno, Permatang Pauh menjadi hak Pas.
Allahyarham Hamdan Abdul Rahman pada 1999 menang dengan majoriti 3,194 undi mengalahkan penyandang, Ahmad Saad (BN). Cubaan BN untuk merampas kerusi itu dengan meletakkan bekas ADUN, Adnan Ramli (Allahyarham) hampir berjaya pada 2004 setelah BN kalah dengan majoriti 679 undi. Tetapi tsunami politik 2008 amat mengejutkan apabila calon Pas mengekalkan kerusi dengan majoriti 5,433 undi.
Tetapi apakah peluang Umno kali ini? Rata-rata mempunyai persepsi bahawa populariti Najib Razak sedang menggunung. Umno dikatakan semakin kuat kerana pakatan pembangkang dikatakan kucar-kucir dibelenggu perselisihan dalaman dan kegagalan mentadbir negeri-negeri di bawah Pakatan dengan baik.
Sebenarnya Umno tiada pilihan kecuali MENANG di Permatang Pauh. Kekalahan bukan satu mesej yang baik kepada rakyat ketika Najib dikatakan cukup popular ketika ini. Kekalahan juga akan memberi mesej yang jelas kepada Najib bahawa apa yang beliau lakukan sekarang ini belum cukup menyakinkan rakyat.
Sebaliknya, kemenangan akan membawa jutaan makna kepada Umno. Bahawa Umno kembali mendapat keyakinan rakyat dan pakatan pembangkang kini di ambang kejatuhan.
Oleh itu, Permatang Pasir akan jadi medan perjuangan untuk menentukan sekurang-kurangnya apakah masa depan Umno dan Pakatan Rakyat.
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Aku lebih berminat untuk melihat perubahan kepad jumlah undi dikedua-dua belah pihak.
Kawasan yang majoriti Melayu sukar juga untuk dilihat perubahan mendadak terhadap minat pengundi.
Namun siapa yang suka kalah?
Dan Ssapa yang benci menang?
Kalau semua peringkat UMNO di Bahagian Permatang Pauh berpadu tanpa dengki, cantas-mencantas, dan semua petugas berkerja keras, tak mustahil BN akan berjaya.
Kalau semua peringkat UMNO di Bahagian Permatang Pauh berpadu tanpa dengki, cantas-mencantas, dan semua petugas berkerja keras, tak mustahil BN akan berjaya.
Post a Comment