84 JALAN TANGSI: Selepas menempa nama sebagai salah seorang blogger terkemuka dan telah mencapai jumlah layaran melebihi 10 juta, Rocky, Jumaat lepas mencipta satu lagi blog baru - 84 Jalan Tangsi.
Mungkin blog ini dicipta Rocky sempena bermulanya era baru dalam dunia kewartawanan selepas era Kalimullah Hassan di NSTP.
Rakan-rakan media yang Jelapang kenali pernah menggambarkan betapa rakusnya Kalimullah selepas beliau menjejakkan kaki di NSTP.
Jelapang bukan orang media tetapi dari cerita-cerita rakan-rakan media, perkara pertama yang dilakukan Kalimullah ketika di NSTP ialah menyingkirkan kesemua editor-editor Melayu yang pro-Mahathir dan Najib. Antaranya Datuk Ahmad Talib, Rocky dan Nuraina Samad. Ketiga-tiga mereka ini meninggalkan dunia kewartawanan dan menjejak kaki ke dunia "blogging". Sebahagian menyertai Tun Dr Mahathir di Yayasan Perdana, sebahagian menjadi Setiausaha Akhbar Menteri dan sebahagian merana entah ke mana. Hampir kesemua yang disingkir Kalimulah menjadi blogger samada secara rahsia atau terang-terang seperti Ahmad, Rocky dan Nuraina.
Malang buat Kalimullah, mereka-mereka ini menjadi, meminjam kata-kata Tun Musa, duri dalam dalam daging buat Tun Abdullah Ahmad Badawi. Blogger bekas wartawan NSTP ini mengkritik hebat Tun Abdullah bukan kerana benci akan bekas Perdana Menteri itu tetapi kerana marah pada Kalimullah. Itulah antara kesilapan Tun Abdullah sehinggakan beliau terpaksa mengundur diri sebagai Perdana Menteri Malaysia paling singkat dalam sejarah politik negara kita.
Ahmad Talib disingkirkan untuk memberi ruang kepada Brendan Pereira (http://www.jeffooi.com/2006/10/how_we_miss_brendan_by_50_albo.php) untuk di bawa masuk oleh Kalimullah ke New Straits Times. Pereira ialah seorang penulis anti-Mahathir, anti-Najib dan pro-Singapura dan bekerja untuk akhbar kepunyaan Kerajaan Lee Kwan Yew dan Singapura - Straits Times.
Sepanjang karier Pereira, Singapura kiblatnya dan Singapura kepentingannya. Mengikut rakan-rakan media, Kalimullah menyakinkan Tun Abdullah, Pereira lah orangnya yang bakal memastikan Tun Abdullah kekal di tampuk pemerintahan.
Sebaliknya, Pereira dan Kalimullah dikatakan menjadi punca kejatuhan. NSTP diserang hebat kerana terpesong dari landasan sebenar. Editor-editor Melayu dipinggirkan, wartawan-wartawan Melayu diketepikan, agenda Melayu disisihkan. Yang lebih kritikal, apabila agenda Islam dipersendakan dan Rasullulah diperhinakan dan kesannya Umno kecundang politiknya.
Semalam, Edge Financial Daily, melaporkan kembalinya Ahmad Talib ke New Straits Times. http://www.theedgemalaysia.com/business-news/13221-flashnstp-gets-new-editorial-advisor.html
Dan seperti yang dijangkakan, Malaysian Insider, mengikut orang media, dikendalikan oleh Kalimullah dan Brendan Pereira, menyerang hebat Ahmad Talib dengan menyifatkan beliau sebagai penyokong setia Tun Dr Mahathir. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/25259-umno-reins-in-its-media
Tidak menghairankan kalau Kalimullah dan Pereira tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk diperkatakan mengenai saudara Ahmad. Ia kerana NSTP pernah menjadi tempat kedua-dua mereka bermaharajalela sehinggakan yang tinggal hanya beberapa wartawan Melayu yang hanya boleh dikira dengan jari.
Apapun yang akan diperkatakan oleh Kalimullah dan tulisan Pereira, menurut ramalan Saudara Rocky samada ditulis oleh Pereira atau Kalimullah dalam Malaysian Insider semalam, mengenai blogger Ahmad Talib, yang pasti kumpulan NSTP dan dunia kewartawan akan menempuh lebaran baru. Tidak mengapa sekiranya Malaysian Insider terus menyerang dan irihati kepada blogger Ahmad Talib kerana selama ini tidak ada apa pun yang baik ditulis oleh Malaysian Insider kecuali memburuk-burukkan sesiapa saja yang tidak disukai mereka.
Perubahan dalam dunia kewartawan ini yang juga menyaksikan kembalinya Johan Jaafar sudah pasti akan memastikan agenda Melayu dan Islam tidak terpinggir lagi.
Time to move on from the minimum wage debate
23 minutes ago
4 comments:
apa jadi dengan Hishamuddin Aun.
Tak kan tak faham bahasa lagi.
Calo lah.
aku harap rocky.nuraina,ahmad dan ex-jurno ni semua berjuang demi bangsa dan negara, bukan kerana sikap "benci" terhadap pemerintah. kerana setiap pemerintah sentiasa ada perkara utk dibenci...
Ya..Hishamuddin Aun, bekas wartawan sukan yang diangkat menjadi Ketua Pengarang Kumpulan NSTP....
I know what you did last election....hehehe
Post a Comment