Tuesday, July 28, 2020

NAJIB RAZAK KINI HAMPIR KE PENJARA

Image

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715776/najib-dihukum-penjara-berjumlah-12-tahun-denda-rm210-juta

HARI ini kita gembira. Kita PUAS hati.

Akhirnya Najib Razak dihukum PENJARA dan sah bergelar PENJENAYAH.

Bertahun-tahun kita menyaksikan bagaimana negara dirompak dan rakyat tiada kuasa menghalang mereka.

Hanya dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada 2018, hari ini rakyat mengecapi kejayaan mereka menentang nahi mungkar.

Jika tidak kerana rakyat menjatuhkan BN, Najib dan konco-konconya sudah pasti BERDONDANG SAYANG sehingga ke saat ini.

Hari ini MAHKAMAH membuat keputusan menghantar Najib ke PENJARA. Walaupun masih ada ruang untuk Najib mengenepikan hukuman ini, kita yakin Mahkamah Rayuan akan mengadil seadil-adilnya kes ini demi rakyat dan masadepan negara.

Keputusan mahkamah hari ini adalah satu amaran kepada semua pembesar negara bahawa tiada tempat untuk penjenayah seperti Najib.

Selepas ini kita mahu mahkamah mengadili secepat mungkin Rosmah Mansor dan Azeez Rahim.

Satu ketika dulu, hidup mereka penuh dengan kemewahan ketika rakyat perit mencari rezeki untuk hidup.

PENJENAYAH

Mengikut peraturan ROS, penjenayah tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan termasuk pertubuhan politik seperti Umno dan BN.

Najib selalu menyebut, kita perlu berJIWA BESAR.

Sekarang kita mahu buktikan Najib memegang pada prinsip berJIWA BESAR.

Kita hendak tengok adakah beliau akan melepaskan jawatan Ketua Bahagian Pekan dan jawatan penasihat BN.

MUHYIDDIN YASSIN

Ketika kita meraikan keputusan memenjarakan Najib, kita jangan lupa KEPERITAN Muhyiddin Yassin pada hari ini LIMA TAHUN lalu apabila diPECAT oleh Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini kenyataan Muhyiddin ketika itu:



KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015





No comments: