Sunday, December 30, 2018
2018 TAHUN KERAMAT NAJIB RAZAK KUBURKAN UMNO
HARI ini adalah hari ke 364 untuk tahun 2018, sehari sebelum tirai dilabuhkan untuk tahun ini.
2018 akan terlakar di dalam sejarah di mana UMNO diJATUHkan oleh rakyat.
2018 juga menyaksikan buat pertama kalinya Presiden Umno Najib Razak dan isteri beliau memulakan langkah untuk ke penjara.
Najib dan Rosmah Mansor bernasib baik. Malaysia BUKAN Romania.
Rakyat Romania memberontak pada tahun 1989 dan pemimpin Romania Nicolae Ceaucescu dan isteri beliau Elena ditangkap oleh tentera Romania dan dihadapkan ke mahkamah ala-koboi.
Dalam masa yang singkat, Ceaucescu dan Elena didapati bersalah, diikat, diarah berdiri di sebuah dinding dan ditembak oleh sepasukan penembak mati (firing squad).
Itu sejarah Romania.
Walaupun Najib melakukan pelbagai kesalahan, Malaysia tidak bertindak ala koboi.
Najib dan Rosmah masih berpeluang mempertahankan diri di mahkamah serta berpeluang melepaskan diri melalui proses mahkamah.
Bersalah atau tidak, Najib akan tercatat di dalam sejarah sebagai "pembunuh Umno dan Barisan Nasional".
2018 juga menyaksikan bagaimana keangkuhan pemimpin boleh membawa kepada kejatuhan sebuah empayar politik yang begitu gagah dan berkuasa.
Saban hari Najib cuba berlagak umpama mailakat.
Di mata rakyat, Najib telah mengkhianati amanah rakyat dan 2018 akan tercatit sebagai tahun keramat Najib memusnahkan parti beliau sendiri - Umno.
SELAMAT TAHUN BARU
Monday, December 17, 2018
PKR BUKAN PARTI MELAYU
GAMBAR yang digunakan oleh Ahmad Zahid Hamidi di Twitter beliau ketika Ahli Parlimen Umno keluar parti beramai-ramai selepas PRU-14.
GAMBAR propaganda Najib Razak di Mekah sebelum PRU-14.
PADA satu ketika, apabila seorang bekas Menteri dari Umno diselubungi isu RASUAH, destinasi pertama beliau ialah MEKAH.
Sebelum PRU-14 diadakan, Najib berkunjung ke Mekah dan pegawai-pegawai beliau membanjiri media sosial dengan gambar-gambar beliau di sana dengan keyakinan bahawa orang Melayu akan terpengaruh dengan gambar-gambar sebegini.
KETIKA dilanda krisis kepimpinan, Zahid mempamirkan gambar beliau sedang berdoa.
Ironinya, Umno hilang kuasa, bekas Menteri tersebut hilang jawatan, Najib dan Rosmah hilang jawatan tertinggi negara dan menanti untuk menjejak kaki ke penjara dan Zahid sedang mengelupur melawan desakan akan umbi Umno untuk memecat beliau sebagai Presiden Umno.
UMNO kini tinggal 37 kerusi Parlimen berbanding 51 yang dimenanginya semasa PRU-14 awal tahun ini.
Jika sebelum ini beria-ia benar Zahid mencongak jumlah kerusi untuk bergabung dengan Anwar Ibrahim dan PKR, Pas dan DAP untuk menJATUHkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, hari ini Umno SUSUT NILAI.
Anwar pula semakin defensif. Tiba-tiba Anwar membuat kenyataan kononnya ada pihak cuba mengADU-DOMBA beliau dengan Dr Mahathir.
Ahli politik dikenali sebagai orang yang bermuka-muka, berpura-pura dan hipokrit.
Di akar umbi, tersebar berita Dr Mahathir akan dijatuhkan semasa sesi sidang Parlimen yang lepas melalui undi tidak percaya.
Tiba-tiba tidak jadi atau ditangguhkan. Kini tersebar kononnya pemimpin tertentu di dalam Pakatan Harapan memberi Dr Mahathir 90 hari untuk meletakkan jawatan tahun hadapan.
Khabar angin? Rasanya tidak!
Kerana katanya yang menyebarkan berita ini ialah Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menyokong pemimpin tertentu.
Mungkin Anwar boleh bertanya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen Pakatan beliau.
MAJORITI Ahli Parlimen Umno (Melayu) yang keluar Umno dijangka akan menyertai Bersatu bukan PKR.
Demi bangsa, menyertai Bersatu adalah tindakan paling tepat.
Selepas kekalahan Umno dan imej Umno yang rosak kerana rasuah, hanya Bersatu dilihat sebagai satu-satunya parti yang dapat memperjuangkan HAK Melayu.
PKR BUKAN parti Melayu. PKR parti Melayu-Cina-India. Wakil PKR di dalam Kabinet juga terdiri dari BUKAN MELAYU - Xavier Jayakumar, R.Sivarasa, Sim Tze Tzin dan Lee Boon Chye.
Harapan orang Melayu kepada Umno sudah tiada (kecuali ahli Umno), tambahan lagi Umno dipimpin oleh pimpinan yang terpalit dengan rasuah.
Maka tidak memeranjatkan Ahli-Ahli Parlimen Umno akan menyertai Bersatu demi masadepan orang-orang Melayu.
Pengkhianat kah mereka jika mereka menyertai Bersatu?
Hanya pada Nurul Izzah dan keluarga Anwar menganggap mereka pengkhianat kerana penyertaan mereka ke dalam Bersatu dapat menggugat MIMPI Anwar menaiki takhta Perdana Menteri.
Tiada apa yang ganjil mengenai penghijrahan Ahli Parlimen ke parti lain.
Rata-rata ahli PKR adalah dari Umno. Rata-rata pemimpin Umno dari Sabah adalah dari USNO dan Berjaya.
Apakah salah Ahli Parlimen Umno menyertai parti Melayu yang lain untuk mempertahankan hak Melayu?
Masalah imej mereka boleh diperbetulkan kemudian.
APAkah Umno akan berkubur?
Terpulang kepada Najib dan Zahid.
Sehingga hari ini KEANGKUHAN Najib masih di tahap sama. Sehingga hari ini, Najib masih BELUM meminta MAAF kepada ahli-ahli Umno di atas kehancuran Umno.
Umno HANCUR kerana Najib, Rosmah dan kaum keluarga beliau serta kerakusan pemimpin-pemimpin lantikan Najib.
Zahid dari awal TIDAK layak memegang jawatan Presiden TETAPI kerana budaya Umno yang merosakkan, Zahid diPILIH menjadi Presiden Umno.
Kini Zahid diDESAK untuk meletakkan jawatan dan beliau bertegas tidak akan melepaskan jawatan.
Zahid lupa peristiwa bagaimana Abdullah Ahmad Badawi aka Pak Lah meletakkan jawatan, bagaimana bahagian-bahagian menaikkan sepanduk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.
Mungkin sudah bermula gerakan mengutip resolusi di bahagian-bahagian untuk memecat Zahid.
Nyawa politik Zahid kini berada di hujung tanduk.
Thursday, December 13, 2018
UMNO DALAM PROSES DESAK ZAHID LETAK JAWATAN PRESIDEN?
JELAPANG hendak bertanyakan kepada kawan-kawan Umno.
Benarkah satu gerakan sedang diadakan di bahagian-bahagian Umno untuk mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno?
Wednesday, December 12, 2018
PUASHATI ZAHID & NAJIB MELIHAT UMNO BERKUBUR DI SABAH
SALAH satu kepantangan pemain bolasepak ialah apabila kawan menyepak bola masuk celah kangkang mereka.
Hari ini Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak kena "nutmeg" (bola masuk celah kangkang) dengan kawan-kawan Umno mereka sendiri di Sabah.
Umno hari ini berKUBUR di Sabah berikutan keputusan 38 pemimpin Umno Sabah keluar parti dan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dua KESILAPAN besar dibuat oleh Umno sebelum ini.
1. Tidak MEMECAT Najib sebelum PRU-14.
2. Memilih Zahid sebagai Presiden Umno selepas PRU-14.
Akibatnya, selain Zahid dikenali sebagai pemimpin dan Presiden yang lembam, beliau tercemar dengan imej RASUAH sepertimana Najib dan Rosmah serta beberapa pemimpin Majlis Tertinggi Umno.
Khabar angin yang kononnya Zahid akan "BERCERAI" dari Umno sebenarnya khabar angin yang sengaja disebarkan dengan harapan ianya dapat "MENYEJUKKAN" hati ahli Umno dari kemarahan kepada Zahid dan Najib.
Sejak Mei, halatuju Umno cacamarba. Zahid tidak ada ide, tidak ada visi.
Semua tindakan beliau secara adhoc, berharapkan kepada isu termasuk isu yang diada-adakan iaitu ICERD.
Berkuburnya Umno di Sabah hari ini adalah penanda besar bahawa Zahid adalah presiden lembam.
Tidak mungkin seluruh Umno Sabah sanggup meninggalkan parti jika mereka mempunyai keyakinan kepada Zahid.
Lebih malang buat Zahid, hampir setiap hari Najib meruntuhkan Umno dengan komen-komen beliau diFacebook.
Zahid dan Najib pura-pura tidak faham bahawa rakyat meluat dengan Umno ditambahkan lagi dengan isu wang pendeposit Tabung Haji.
Selepas di Sabah, Umno di Semenanjung hanya menunggu masa berkubur.
Rasanya puaslah hati Najib dan Zahid melihat Umno berkubur.
UMNO Sabah 'berkubur'...?
UMNO Sabah lumpuh selepas lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa, hari ini.
Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).
Bagi ADUN, selain Hajiji yang juga ADUN Sulaman, lapan lagi ialah Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Isnin Alias (Klias), Datuk Ghulam Haidar Khan (Kawang), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Ariffin Arif (Membakut), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akim (Usukan).
Setakat ini, hanya bekas Ketua Menteri yang juga ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin belum menyatakan keputusan.
Hajiji berkata, mereka akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat persekutuan dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di peringkat negeri.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beberapa perbincangan dengan pemimpin UMNO negeri dan Pusat serta mengambil kira situasi politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, walaupun mengakui UMNO memberi banyak manfaat kepada Sabah termasuk membawa kelebihan apabila pemimpinnya dilantik sebagai menteri dan jawatan penting lain sebelum ini, namun keadaan parti itu sudah berubah.
“Malangnya, UMNO bukan lagi macam dulu. Kepemimpinan semasa tiada arah politik yang jelas, kita tidak pasti ke mana arah UMNO.. berlaku konflik arah masa depan, bergantung kepada siapa pemimpin di atas yang kita tanya.
“Dalam analisis kita terhadap politik semasa di negara ini, kita juga mengambil kira lebih 100,000 ahli UMNO bukan Islam di Sabah. Sebarang perubahan arah politik dalam parti akan menjejaskan mereka untuk terus menyokong UMNO.
“Atas alasan itulah kita memutuskan untuk mengambil inisiatif ini bagi mencorak masa depan politik kita. Kita bermula dengan menjauhkan diri daripada UMNO supaya kita bebas apa saja pilihan yang ada bagi mencorak masa depan kita dalam Malaysia baharu,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.
Sidang media itu dihadiri semua Ahli Parlimen dan ADUN UMNO Sabah terbabit kecuali Yamani yang dimaklumkan berada di luar negara, selain Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO negeri.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Pensiangan yang Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, turut mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN).
UMNO Sabah adalah yang terbesar di seluruh negara berbanding negeri lain dengan keahlian lebih 500,000 orang sebelum ini.
Hajiji berkata, beliau yakin langkah diambil kepemimpinan UMNO Sabah itu turut disertai sebahagian besar ahlinya.
Katanya, langkah itu turut dimaklumkan kepada rakan dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS), namun Hajiji enggan mengulas maklum balas mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 3:07 PM
Thursday, December 6, 2018
UMNO BERUBAH WADAH. DARI PEMERINTAH KEPADA KAKI JALANAN
SABTU ini, 8 Disember 2018, Umno akan bertukar wajah dan wadah - dari parti pemerintah kepada parti jalanan.
Selepas 8 Disember, Umno akan menjadi parti "kaki demo" dipimpin oleh pemimpin korup yang berhadapan dakwaan di mahkamah dan bekas presiden Umno Najib Razak yang tiba-tiba mahu membawa imej bersih dan berjiwa rakyat.
Sepanjang hidup beliau sebagai Perdana Menteri, beliau menipu dan meraih titik jerih rakyat, hidup penuh kemewahan hasil dari jawatan yang diberikan rakyat.
Sehingga hari ini, sukar untuk kita melupai kemewahan majlis perkahwinan anak beliau, bunga hidup menghiasi majlis perkahwinan dari siling sampai ke lantai.
Semuga suatu hari nanti, anak beliau terbuka hati bertanya kepada mak bapa beliau, "dari mana datangnya kesemua duit itu."
Sabtu ini, Umno menjadi kepala kepada perhimpunan Anti-Icerd.
Tiba-tiba ICERD jadi penting kepada Najib dan Zahid Hamidi dan Umno. Tiba-tiba Zahid sedar dari lena, perlu tentang ICERD walaupun isu ini berbangkit di zaman Umno.
ICERD bukan baru. Ianya dimaktubkan pada 4 Januari 1969, 49 tahun yang lalu, dan ditandatangani sehingga kini oleh 88 negara.
Antara negara tersebut ialah Arab Saudi (penjaga Kaabah), Jordan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Bahrain, Turki, Iran, Iraq, Syria, Indonesia, Pakistan, Libya, Yaman, Bangladesh, Algeria, Afghanistan dan beberapa negara Islam lain.
Tetapi tidak mengapa. Untuk menenggelamkan isu rasuah diri masing-masing, Najib, Zahid dan konco-konconya perlu adakan perarakan ini untuk rakyat melupakan sifat tamak haloba mereka semasa memerintah.
Sabtu ini, kita saksikan perarakan ini kerana itu saja modal yang Umno dan pemimpinnya ada untuk menarik perhatian rakyat.
Kerana hari-hari mendatang akan bertambah sukar buat Umno selagi ianya ditunggang oleh kepimpinanan bersalut rasuah.
Wednesday, December 5, 2018
NAJIB MASIH HENDAK KUDAKAN RAKYAT
Nampak gayanya, Najib Razak kesunyian.
Agaknya, kalau boleh, hendak kembali sebagai Perdana Menteri.
Ketagih publisiti dan masih merasakan diri dikagumi oleh ahli-ahli Umno.
Untuk melepaskan kesunyian selepas kehilangan jawatan, Najib hari ini memPELAWA ahli Umno berjalan bersama beliau semasa demonstrasi anti-ICERD.
Seorang kakitangan beliau me"viral" mesej berikut:
"Dato' Seri Najib akan turun padang di himpunan aman bantah ICERD pada hari Sabtu 8 Disember 2018 ini.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin BERARAK bersama-sama Dato' Seri Najib, jemput berhimpun di parking lot di hadapan Kompleks Campbell/Balai Polis Dang Wangi pada pukul 12.30pm."
Tak habis-habis Najib memperkudakan rakyat.
Tuesday, December 4, 2018
2018 TAHUN BERSEJARAH
26 hari lagi tirai 2018 akan dilabuh 2018. Banyak detik sejarah tercatat sepanjang tahun ini.
1. Najib Razak - asal Perdana Menteri, kini OKT - orang kena tuduh.
2. Rosmah Mansor meraikan Christmas dan tahun baru di sebuah apartment di Pavillion KL, tidak seperti dahulu, Christmas di Hongkong, Tahun baru diraikan serentak di dua tempat Australia dan Amerika Syarikat/Dubai.
3. Umno dipimpin oleh Zahid Hamid, OKT kes rasuah dan salah guna kuasa.
4. Rosmah dan Najib menjadikan pejabat SPRM, Polis dan Mahkamah destinasi tetap mereka.
5. Umno bergantung hidup pada Pas.
6. Pemimpin Umno mencari dahan baru - ANWAR IBRAHIM - dengan harapan apabila Anwar menjadi PM, tindakan mahkamah digugurkan.
7. Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan, menanti ketika untuk didakwa di mahkamah.
8. Najib sibuk di Facebook tetapi apabila akhbar Umno menuduh beliau PENGKHIANAT dan PENIPU, beliau berdiam diri.
9. Jho Low didapati hadir mesyuarat 1MDB, bukti Najib menipu.
10. Duit simpanan jemaah di Tabung Haji untuk ke Mekah diseleweng oleh orang Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)