Saturday, August 11, 2018

JOHARI GHANI: PAS SUKA UMNO LEMAH

Related image

SATU perkara yang menarik yang ditulis oleh bekas Menteri Kewangan Ke 2, Johari Ghani, baru-baru ini ialah KECAMAN beliau kepada keputusan pucuk pimpinan Umno untuk berKERJASAMA dengan Pas.

Berikut tulisan Johari:




PAS sememangnya suka Umno lemah

Dari segi gabungan Umno-PAS pula, PRK Sungai Kandis ini menggambarkan bahawa pakatan Umno-PAS tidak langsung memberi sebarang kesan terhadap kebolehan meraih undi melebihi apa yang Umno peroleh pada PRU-14.

Sewaktu Umno, PKR dan PAS bertanding mengikut haluan masing-masing pada PRU14, Umno mampu mendapat 11,518 undi, tetapi hari ini selepas pakatan Umno-PAS berlaku di PRK Sungai Kandis, kita cuma dapat 9,583 undi.

Walau apa sahaja yang kita spin untuk ‘menyedapkan’ hati kita, pokok pangkalnya kita telah kalah. Kita kalah dengan jumlah undi yang jauh lebih rendah selepas kita berpakat dengan PAS.

Apakah pakatan Umno-PAS ini adalah terlalu awal atau pakatan ini merupakan pakatan yang agak sukar untuk diterima sebahagian besar ahli-ahli PAS?

Kempen PAS kepada ahli-ahlinya adalah PAS mesti memilih parti yang lebih kecil kemudaratannya daripada parti yang memudaratkan lebih besar. Kalau inilah landasan prinsip PAS untuk berpakat dengan Umno, adakah pakatan ini praktikal?



Adakah kita bersedia untuk menolak pemimpin-pemimpin Umno yang dari segi persepsinya telah kelihatan tidak amanah, korup dan hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja dalam perjuangan?

Ada maklumat yang disampaikan kepada saya bahawa PAS sememangnya suka Umno lemah. Dalam erti kata lain, di mana sahaja Umno lemah, PAS akan mendapat keuntungan.

Bila Umno lemah di Kelantan, PAS terus berkuasa selama 6 penggal; bila Umno lemah di Terengganu, PAS berjaya menguasai kerajaan negeri dan bila Umno lemah di Kedah, PAS mendapat lebih banyak kerusi pada PRU-14.



2 comments:

Anonymous said...

.. hingga hari ini, saya masih tak faham tentang perjuangan Pas yang sebenar.

Anonymous said...

.. hingga hari ini, saya masih tak faham tentang perjuangan Pas yang sebenar.