Tuesday, February 6, 2018

AMEER MYDIN: KDNK MENINGKAT TAPI RAKYAT TAK ADA WANG

Image result for ameer mydin


Mydin: KDNK kukuh tetapi rakyat tiada wang

5 Feb 2018, 5:24 pm 5 Feb 2018, 5:33 pm


Malaysia mungkin menyaksikan pertumbuhan dalam negara yang kukuh tetapi pengguna tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan runcit mereka, kata Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin.

Dalam temu bual dengan stesen radio BFM, Ameer berkata jualan hypermarket terus menyaksikan penguncupan.

"Saya tidak kata, tidak ada pertumbuhan, sudah tentu, perangkaan menunjukkannya. Tetapi di negara, lazimnya, apa yang kita lihat adalah pertumbuhan itu (dijana oleh) perbelanjaan domestik.

"Bagi perbelanjaan domestik, asasnya bagus, tetapi hypermarket dan pasar raya besar (di Malaysia) yang menguasai 50 peratus pasaran runcit (menyaksikan pertumbuhan) negatif.

"Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang," katanya dipetik sebagai berkata.

Ameer berkata pada suku pertama, KDNK Malaysia meningkat sebanyak 5.6 peratus manakala jualan runcit menyusut sebanyak 1.2 peratus dan jualan hypermarket pula menguncup sebanyak 4.8 peratus.

"Itu yang membuat kita tertanya-tanya, bagaimana pertumbuhan sesebuah negara boleh berkembang sedangkan hypermarket, yang merupakan perbelanjaan asas sebenar di negara ini, adalah negatif.

"Suku ketiga, industri runcit Malaysia menguncup 1.1 peratus. Perniagaan hypermarket turun sebanyak lima peratus.

“Suku keempat, perangkaannya belum keluar tetapi saya boleh memberitahu bahawa jualan runcit tidak akan melebihi tiga peratus manakala hypermarket akan menjadi negatif tiga hingga empat peratus," katanya.

Ameer berkata berdasarkan data Mydin, harga barangan mengalami kenaikan antara 14 hingga 15 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
"Apabila kita melihat barangan secara berasingan, ia menakutkan. Kubis - kubis Cameron - ia meningkat secara keseluruhan 29 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.


"Ikan kembung hitam, 19.5 peratus, sos maggi cili yang dakwa mereka tidak pernah dinaikkan harga, 38.8 peratus, sardin jenama Ayam, pula naik sebanyak 30.6 peratus.

"Dan kamu mungkin kata, kenaikan enam peratus mungkin kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan," katanya kepada BFM.

Walau bagaimanapun, Ameer berkata sama ada kenaikan purata 14 hingga 15 peratus dalam tempoh lima tahun lalu adalah signifikan bergantung kepada kadar kenaikan gaji pengguna bagi tempoh yang sama.

"Harga naik, jadi jumlah keseluruhan, jumlah jualan tidak benar-benar naik, ada negatif (pertumbuhan)," katanya.

Perkara yang baik, katanya, adalah pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang berterusan yang mungkin menyaksikan harga barangan turun dalam jangka panjang.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411199#VTqhcEJE65sicbtz.99






4 comments:

Anonymous said...

Bukan rakyat takde wang..ramai rakyat belanja beli barang kat online ....

Anonymous said...

Betul tu..belacan, kicap, santan kelapa pun makcik felda beli online. Online abah kau

Anonymous said...

jualan online meningkat..kata menteri.. maybe betol
jualan hypermarket especially mydin merosot kata towkay mydin... mmg tepat
pasai customer online terdiri drpd pelbagai kaum tapi kalu di mydin rata2 customernya org melayu.. so bangsa melayu lah yg sebenarnya miskin, papa kedana di bumi m'sia nih.. najib dan umno mentekedarah sampai tarak sisa utk majoriti melayu.. kesian melayu.

Anonymous said...



balaci umno yang mereng beli gula, beras, kicap, sos tomato kat lazada.