Wednesday, August 9, 2017

PERKASA: BERAPA PEKERJA DARI CHINA AKAN DIBAWA MASUK UNTUK PROJEK ECRL?



































Kenyataan Perkasa.

Majlis Pecah Tanah ECRL hari ini di Kuantan telah membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi.

Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?

Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China? Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya??? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk utk bekerja di projek ECRL ini???

Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera2 tulisan Mandarin.

Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.

Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali
SU Agung Perkasa
010-2283001


Jelapang: Benar atau tidak dakwaan Perkasa mengenai perjalanan majlis tersebut perlu dijawab? Tetapi Najib Razak kenalah jawab persoalan yang penting yang dibangkitkan oleh Perkasa. Soalan-soalannya:

1. Adakah pengacara majlis tersebut dibawa dari CHINA?

2. Benarkah tiada BENDERA MALAYSIA di majlis itu?

3. Apakah pekerja projek tersebut dibawa dari China?

4. Berapa ramai pekerja dari Tanah Besar China akan dibawa masuk untuk projek ini?



3 comments:

Anonymous said...

semua dah ada jawapan. perkasa tak buat homework sebelum keluarkan kenyataan atau memang ketidaklengkapan maklumat disengajakan atas nawaitu provokasi. perkasa adalah nama besar ngo melayu, jadi harap jangan bertindak seolah ngo bodoh-bodoh alang yang hanya mengiakan dapatan orang lain tanpa turun sendiri ke lapangan mencari maklumat.

Anonymous said...

PM Najib patut letak jawatan klau tak habislah BN...

Anonymous said...

Soalan Datuk Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB dalam sidang Dewan Rakyat adalah seperti berikut :

1 - Mengapa Kerajaan tubuhkan 1MDB?

2 - Mengapa kita letak lebih kurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands.

3 - Mengapa tiada tindakan undang-undang diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit (RM16 bilion) di tempat yang tidak betul?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisahnya?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion?

7 - Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia?

Saya (Husni) kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah-tambah 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?

“Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.
celahgelegar at 5:17 PM