Thursday, March 23, 2017

TN50: GRADUAN TANYA DIRI ANDA, APA NASIB ANDA 4 TAHUN DARI SEKARANG, BUKAN 33 TAHUN DARI SEKARANG

Image result for tn50

Sebahagian besar pelajar universiti telah diberi penerangan mengenai TN50.

Terdengar sungutan pelajar kononnya sesi-sesi penerangan tersebut diATUR dan berSKRIP. Soalan-soalan telah diRANCANG dan pelajar-pelajar TIDAK diBENARkan bertanyakan soalan secara SPONTAN.

Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar ini sudah memahami apa itu TN50.

Sekarang tiba masanya pelajar-pelajar ini, kebanyakan berusia antara 20-24 tahun bertanya kepada diri mereka, apa masa depan mereka di bawah TN50 ini.

Jangan fikirkan apa akan berlaku 33 tahun dari sekarang (tahun 2050), kerana pada ketika itu usia mereka adalah antara 53 dan 57 tahun.

TANYA apa keadaan mereka di bawah TN50 ini apabila mereka menjadi graduan 4 tahun dari sekarang.

1. Tanya diri anda, kalau dulu mak bapa aku gaji permulaan mereka RM800 sebulan 30 tahun yang lalu, berapa kah gaji permulaan mereka 4 tahun dari sekarang? RM2,400 (3 kali ganda)? RM3,200 (4 kali ganda)? Atau masih dibayar antara RM1,400-RM1,800 seperti sekarang ini?

2. Tanya diri anda, apabila anda berkerja sendiri, mampu kah anda tinggal bersendirian tanpa bergantung kepada ibubapa anda? Mampu bayar sewa rumah dan perbelanjaan sendiri tanpa bantuan ibubapa anda?

3. Tanya diri anda, apabila tiba masanya anda berumahtangga, mampu kah anda menanggung perbelanjaan perkahwinan sendiri tanpa bergantung kepada ibubapa anda?

4. Tanya diri anda, selepas berumahtangga, mampu kah anda membeli rumah tanpa bantuan kewangan ibubapa? Kalau dahulu harga rumah teres 2 tingkat dijual pada harga RM150,000, SEKARANG mencecah antara RM500,000-RM600,000. Mampukah anda membelinya tanpa bantuan ibubapa?

5. Tanya diri anda, mampukah anda memberi pendidikan kepada anak-anak anda tanpa bantuan ibubapa?

JIKA kamu tidak tahu jawapannya, tanyalah mak bapa anda soalan-soalan ini.

Jika mereka tiada jawapannya, ajukan soalan-soalan ini kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Kita bukan dari keluarga yang istimewa seperti Khairy Jamaluddin, mungkin sebagai seorang yang mempunyai keistemewaan, beliau ada jawapannya.

Jangan tanya diri anda apa akan berlaku pada 2050 apabila TN50 direalisasikan.

TANYA DIRI ANDA, APA NASIB ANDA 4 TAHUN DARI SEKARANG.


4 comments:

Anonymous said...



4 thn dr sekarang, aku mati dalam SL1M, elaun 800 ringgit

Anonymous said...

Yang rajin berusaha dan bijak cari peluang inshaAllah berjaya. Belajar berdikari seperti kaum mereka.

Anonymous said...

Berapa ramai anak bangsa belajar sambil lewa. Dah jadi budaya. Cool atau apa?

Anonymous said...

Apa ni admin...asyik tanggungan makbapak..!! Abis apa tanggungjawab anak-anak pada makbapak? tak mampu berdiri atas kaki sendiri ka?

1. Admin cakap 4 tahun dari sekarang...? kakitangan kerajaan ka? CUEPACS akan selalu pantau dan desakan kenaikan gaji penjawat awam kepada kerajaan.

2. Admin cakap 4 tahun dari sekarang...? Anak tu kerja kat mana? KL? Putrajaya? London? Byk lagi kelebihan di kampung boleh diusahakan... Dah ramai dah yang berjaya dikampung yg menyara dan membantu ibubapa kembali dengan usaha dan berkat doa ibubapa serta keikhlasan anak utk berjaya dalam menjalani kehidupan di dunia dan akhirat.

3. Admin cakap 4 tahun dari sekarang...? Anak-anak tak kan kemana jika masih ada sikap MALAS dan mengharap bantuan ibubapa...rezeki Allah bentang luas di muka bumi. Anak melayu sekarang ini senang saja.... Mula-mula try rokok. tak sempoi, try ketum.. tak sempoi lagi, try gam pulak, nak advance lagi try ICE... ICE mahai try ganja skit... nk duit lebih, jd busher kecil-kecilan...lepas tubuh kumpulan GANGSTER..Jd funder kump. GANGSTER... Maka musnahlah MASA DEPAN KETURUNAN disebabkan BANGSA MELAYU itu sendiri. Ini FAKTA..

4. Admin cakap 4 tahun dari sekarang...? Dah dapat jawatan dlm KERAJAAN paling mudah dan senang buat pinjaman peribadi... Dapat duit joli merata... tak ingat pun nak beli rumah..!! Pengeluaran duit EPF ketika kerja sektor swasta buat apa? Joli lagi..!! Alasan duit penat bekerja dulu..Nak enjoy puas-puas... Ada dia lanting skit kat ibubapa dia? Ada ingat nak bayar deposit pembelian rumah? Umur muda la premium Insurans masih rendah.. Ini juga FAKTA.

5. Admin cakap 4 tahun dari sekarang...? Tanggungjawab didikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa itu sendiri bukan tanggungjawab tok atau nenek kepada cucu.

Maka selama ini admin mengharapkan ibubapa membantu tanpa usaha dululah?? atau memang admin datang dari generasi suka mengharap bantu ibubapa?? Sudah2 la mengharap bantu ibubapa... Berdiri atas kaki sendiri... Allah tak kan memberi rezeki macam tu saja tanpa usaha....

Ini adalah fakta sebab aku sendiri mengalami keadaan itu... Jgn suka menyalah org lain atas kegagalan diri sendiri...dan jgn suka dan senang melempar fitnah kepada org lain jika diri sendiri punca masalah..

Sekian. Admin..