Sunday, January 31, 2016

MUKHRIZ: AHLI EXCO BOIKOT MESYUARAT EXCO & 12 KETUA BAHAGIAN SERTA 2 TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PERLU MOHON AMPUN KEPADA KDYMM TUANKU SULTAN

Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan



KENYATAAN AKHBAR

Di saat rakyat Negeri Kedah Darul Aman sedang bergembira meraikan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin UMNO negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan Menteri Besar.

Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari 2016 lalu adalah tidak bertanggungjawab.

Malah sebilangan yang hadir pada sidang media tersebut telah maklum kepada saya bahawa mereka tidak mengetahui terlebih dahulu tujuan dan intipati kenyataan yang dibuat. Saya percaya desakan mereka tidak mewakili suara majoriti ahli UMNO dan yang lebih penting lagi, kehendak rakyat Negeri Kedah.

Perbuatan kumpulan ini telah mencemar pelbagai acara sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar, saya telah menerima khabar sesungguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Turut mendukacitakan, rentetan dari sidang media tersebut, enam daripada sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menghadiri Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah pada hari Rabu, 27 Januari 2016 yang lalu. Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai Penjawat Awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, keengganan menghadiri Mesyuarat EXCO menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat di negeri ini. Saya dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan turut murka dengan keingkaran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkenaan.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di atas perbuatan segelintir ahli UMNO yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Saya mendesak agar kesemua 14 Ketua UMNO Bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan sidang media pada 20 Januari 2016 lalu, dan enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tidak hadir Mesyuarat EXCO pada 27 Januari 2016 segera memohon maaf secara rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sehingga kemelut ini selesai, semestinya setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Udangan Negeri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.


DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah


Dikeluarkan di Alor Setar, Kedah bertarikh 31 Januari 2016

8 comments:

Anonymous said...

Mukhriz heret Istana Anak Bukit pulak dahh..
pandai2 dia pulak jadi jurucakap Istana. Main khabar2 pula..

Dah tersepit cepat2 cari pelepaih. Pak dia dulu hina Istana bukan main. Anak pulak main nama Istana. Sudah2 lah Mukhriz.. dengan kait nama Istana akan mengeruhkan lagi masalah Kedah.

Orang dah tak mau tok sah duk pulun terhegeh2 sgt laa.. pi balik duk KL tak payah duk kacau Kedah lagi. Main politik di KL.. senang dan serasi dengan jiwa western!

Anonymous said...

Kenapa statement tersinggung dan mintak ampun tu bukan datang dari Sultan dan Majlis Raja tu sendiri?
hehe...alahai Mukhriz......anak bapak sangat.....
Najib yan dah di fitnah berkali2 tu pun takde nak suruh orang mintak maaf kat dia laaaa...

Anonymous said...

Memang dasar mangkok2 yg tak sedar diuntung. Teruskan perjuangan DSMM!

Anonymous said...

ANJING2 Belaan tengah kepanasan di Kedah... Berani buat berani Tanggunglaaah...Wakil Rakyat dilantik untuk berkhidmat Kepada Rakyat dan Sultan... Ini pulak, EXCO sesuka hati boleh Ponteng Mesyuarat... Sungguh Tak Amanah ... patut dilucutkan Jawatan... Walaubagaimanapun Telah sedia Maklum dalam UMNO sekarang memang Ramai Pemimpin tidak Amanah bak kata Pepatah, Seperti KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS... HA HA..

Anonymous said...

Musibat2 Anon : 1144PM & 4:45AM di atas memang haramjadah!!!

Dapat habuan dari RM2.6 Billion!!!

Kerajaan Swiss mengarahkan siasatan diatas wang Beratus juta yang lesap yang ada kaitan dng 1MBD!!

Mampos lah kau Najib!!!

Mungking duit itu digunakan untuk megembangkan lagi Rambut Rosmah.

Hehehehehehehe.....

Anonymous said...

pilihanraya akan dtg mungkin hancur lah umno di kedah,, andai dato sri mukhriz di tolak dgn cara tamak & sombong. kami org sabah sokong plan kedah maju.
hidup kedah.....jgn tamak jawatan menteri menteri semua. ada habuan ??? tu lah main sign ja.apa salah kc habis satu penggal......ikut kata binasa....ikut hati merana....

Anonymous said...

Dato Mukriz buat no hin ja...mcm Najib buat la pulak...hebat

Anonymous said...

Kami orang Johor bersama2 di belakang Mukhriz..

Ni semua keje Najib

Pecat Muhyidin Yassin
Pecat Shapie Apdal
Terbaru Mukhriz Mahathir

Ni semua isu 2.6 bilion dan 1MDB..Sultan Johor pun tau kisah Najib haprak ni

THE GOOD LEADER WILL CREATE ANOTHER LEADER, NOT CREATE FOLLOWER