Wednesday, October 14, 2015

BAYARLAH TOL. PERCAYALAH PADA NAJIB


APRIL 2013Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen "AKU JANJI" KEPADA RAKYAT. Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai. Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia. Manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu. Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat. Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru. Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius." - NAJIB RAZAK ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia “Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Stadium Putra Bukit Jalil. 

JANJI NAJIB KEPADA RAKYAT MENGENAI TOL ANTARA BANDAR
MARAH betul kawan-kawan Jelapang di Kuala Lumpur. Di kampung Jelapang, hanya ada pekan, tak ada bandar. Jadi sukarlah nak memahami perasaan mereka tentang terpaksa membayar tol setiap hari apabila keluar di pagi hari untuk mencari sesuap nasi dan menyara anak bini.

Jelapang MINTA mereka bersabar. Jangan ikut perasaan.

Najib Razak sudah pasti memikirkan masak-masak keputusan menaikkan tol ini. 

Kalau rakyat selama ini meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada Najib dalam menguruskan syarikat besar 1MDB, menguruskan derma RM2.6 bilion dari seorang Arab yang pemurah, menguruskan pelaburan RM4 bilion wang simpanan Kumpulan Wang Amanah Pencen dan TPPA, sudah pasti kenaikan tol ini ada hikmahnya.

Jelapang yakin kawan-kawan di Kuala Lumpur kaya-kaya belaka dan apa salahnya membayar tol mahal sedikit demi bangsa dan negara.

Lagipun jika tidak dinaikkan tol, seperti kata Menteri Kerjaraya Fadillah Yusof, kerajaan terpaksa mengeluarkan berbilion ringgit sebagai pampasan kepada syarikat lebuhraya dan wang ini sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan membina sekolah, hospital dan JALANRAYA.

 http://www.sinarharian.com.my/nasional/tangguh-naik-tol-kerajaan-kena-bayar-rm1-08b-1.407078

BETUL kata Fadillah itu. Dengan duit pampasan ini dapatlah kita gunakan untuk membina jalanraya seperti projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak yang telah diANUGERAHKAN kepada ABANG MENTERI KERJARAYA Bustari Yusof.

Kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur. Bersabarlah. Kenaikan tol ada hikmahnya.

Percayalah kepada Perdana Menteri kita. Beliau seorang yang mulia.

Jika tidak, tidak mungkin bilionaire Arab sanggup berpisah dan menderma RM2.6 bilion kepada beliau. (Derma? Itu kata Najib lah).
  
Satu lagi nasihat kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur. Jangan bebankan Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen dengan mendesak mereka untuk menyuarakan kemarahan mengenai kenaikan tol ini.

LUPAKAN lah kenyataan POPULIS yang dibuat oleh Reezal Merican dulu.

Dulu kata Reezal: "BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat. Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'. Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ianya pasti diberi perhatian oleh kerajaan." 

http://www.sinarharian.com.my/nasional/reezal-merican-ingat-semula-akujanji-kadar-tol-1.231970

Itu dulu. Itu ketika Reezal belum mendapat jawatan. Reezal sekarang bertaraf Timbalan Menteri.

Kita kena faham budaya Umno. Untuk mendapat jawatan mudah. Kritikal terhadap Najib dahulu. Dapatlah jawatan.

Tak payah lah Jelapang nak senaraikan nama 20 pemimpin Umno yang kritikal kemudian dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau Pengerusi GLC. Jika tuan-tuan tidak percaya, tanya Nur Jazlan, anak Tok Mat Rahmat.

Sekian.

Kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur, selamat membayar tol tambahan.

3 comments:

Anonymous said...

I LIKE!!! Artikel yang sungguh menyentuh hati. Najib dapat sokongan dari 3'000'000 ahli UMNO. Padan muka.

Unknown said...

Yayayayaya.

Anonymous said...

Ketika dalam keadaan tersepit pemikiran jadi kalut, keputusan dibuat tak kira akibat dah. Asal boleh tangkap orang, guna aje tak kira apa akta, kemudian baru fikirkan yang boleh fit in. SEbab itu kita perlu buang si Sawan Bugis itu dan barulah Negara Malaysia boleh jadi lebih proaktif dan positif dalam segala dasar dan keputusan yang akan dibuat. MOga dapat hidayahlah ramai umat Umno yang masih disesatkan oleh Ajaran Sesat cash is KIng. TSMY pun bukan hairan dengan kerusi presiden itu, yang paling mengeyam nak duduk situ ialah Wak dari Bagan Datoh yang dari zaman NUar Jubury lagi dah memendam rasa sehingga sanggup berpaut kepada sesiapa pun yang dirasa boleh mendekatkan beliau kepada kekuasaan dunia. TSMY dan tokoh-tokoh hebat BArisan Nasional telah bersatu hati kerana mereka semua sayangkan Negara Malaysia dan tidak mahu kita terus membuang masa membiar diri dirosakkan oleh pemimpin jiwa rosak dari Parlimen PEkan ini. Banyak lagi agenda yang baik mulus untuk terus dilaksanakan bagi membangun Negara ke tahap semaksimum mungkin. RAta-rata kepimpinan politik satu dunia akan sentiasa mendahulukan kepentingan Negara dan rakyat masing-masing iaitu bertindak dengan segera berundur diri secara baik bagi mengelak masalah berterusan membelenggu Negara.

Cik Singh Deet