Thursday, April 30, 2015
KABINET NAJIB HANCUR. AHMAD MASLAN, SHABEERY CHIK & HASSAN MALEK SIMBOL KABINET HALF PAST SIX
HAPPY birthday Dato' Ahmad Maslan.
Sebuah blog hari ini turut mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Maslan dengan tajuknya "Selamat Hari Lahir untuk Mat Maslan. Semoga terus sihat untuk MENCERIAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN LAWAK GST".
http://aans1.blogspot.com/2015/04/selamat-hari-lahir-untuk-mat-maslan.html
Pelbagai kritikan dilontarkan kepada Ahmad Maslan. Hendak menyalahkan pengkritik pun susah. Apabila diteliti kenyataan Ahmad Maslan, memang ada kebenaran kenyataan beliau kurang cerdik.
Maka pelbagai cara kritikan dibuat termasuk poster ini. Bagaimanapun Ahmad Maslan tampil di kaca TV semalam membuat kenyataan dan beliau memaafkan kesemua pengkritik beliau. Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai Ahmad Maslan. Oleh itu tak perlulah Jelapang mengulas lagi.
Jelapang teringat akan kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim terhadap Kementerian yang beliau terajui dulu.
Kata Rais: "Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-penerangan-tuding-jari-pada-kementerian-komunikasi-gagal-jawa
Rais bekas Menteri Penerangan dan sudah pasti beliau lebih arif mengenai apa yang sedang berlaku di Kementerian itu sekarang.
Pelbagai isu timbul dan kini Umno dilihat di dalam keadaan yang cukup kusut. Tetapi di mana Menteri-Menteri Kabinet Najib?
Di mana Menteri Penerangan Shabeery Chik?
Kementerian Penerangan adalah salah satu Kementerian yang penting dalam Kabinet tetapi malangnya tiada siapa tahu apa yang dilakukan oleh Kementerian ini dan Menterinya.
Rasanya di dalam sejarah Kementerian Penerangan, Shabeery Chik merupakan Menteri Penerangan PALING LEMAH dalam sejarah Kementerian Penerangan.
Pentingnya Kementerian Penerangan sehinggakan Tunku Abdul Rahman sendiri pernah menjadi Menterinya.
Hebatnya Menteri Penerangan dahulu sehinggakan orang lama-lama di dalam Umno tidak dapat melupakan betapa hebatnya Mohamed Rahmat, Kadir Sheikh Fadzir, Khalil Yaakob sebagai Menteri Penerangan.
Malahan bekas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, Ghazali Shafie, Adib Adam lebih berkemampuan jika dibandingkan dengan Shabeery Chik.
Kalau dulu Rais disingkirkan dari Kabinet kerana umurnya, malangnya orang lebih muda dari Rais prestasi lebih rendah dari Rais.
Mungkin ada yang akan berkata sekarang, lebih baik Rais dari Shabeery.
Tuesday, April 28, 2015
BILA LAGI MUHYIDDIN? SOKONG MAHATHIR ATAU SOKONG NAJIB?
BILA LAGI MUHYIDDIN?
Nak menunggu bulan jatuh ke riba? Nak menunggu Putrajaya dibawa ke depan pintu rumah?
Sudah beberapa kali Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menggantikan Najib Razak.
Tun tidak menyebut nama Zahid Hamidi. Tidak Hishammuddin Hussein. Tidak Shafie Apdal dan tidak juga Tengku Razaleigh Hamzah.
Tun Dr Mahathir menyebut nama MUHYIDDIN YASSIN.
Tetapi Muhyiddin MEMBISU.
Kenapa? Sayang jawatan? Takut digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Kita hendak tanya soalan mudah kepada Muhyiddin.
NAK ATAU TIDAK JAWATAN PERDANA MENTERI? TAN SRI SOKONG TUN DR MAHATHIR ATAU SOKONG NAJIB?
Mudah saja. Jawab soalan ini.
Tidak perlu dibiarkan akar umbi menunggu macam buah tak luruh.
Ahli politik cari makan melalui politik. Silap sokong, rebah akibatnya.
Tak usahlah menyuruh orang-orang sekeliling membuat kenyataan sinis sana -sini menentang Najib atau menyokong Tan Sri dan Muhyiddin sendiri main politik selamat.
Yang menjadi mangsa nanti ialah orang politik jika tiba-tiba Muhyiddin menjadi pengecut.
Yang hilang periuk nasi ialah orang politik yang menyokong Muhyiddin. Jika Muhyiddin memilih menyokong Najib, beliau akan pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri dan orang yang menyokong beliau hilang "PUNCA PENDAPATAN".
Kalau SOKONG TUN DR MAHATHIR, nyatakan "SOKONG TUN".
Apa yang Tan Sri nak takut. Takut hilang jawatan pada usia 68 tahun?
Kalau takut, nyatakan "SAYA SOKONG NAJIB". Senang orang politik bawahan buat kerja.
Kita tunggu KEPUTUSAN dan PENDIRIAN Tan Sri. SOKONG NAJIB ATAU SOKONG TUN!!!!!
Wednesday, April 22, 2015
NUR JAZLAN: ADA KEMUNGKINAN RAMPASAN KUASA TERATUR DI DALAM UMNO
Ketua Umno Bahagian Pulai Nur Jazlan Mohamed adalah di antara beberapa kerat pemimpin Umno yang masih mempunyai integriti di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Umno.
Melalui tulisan terkini beliau, Nur Jazlan sekali berterus terang mengenai kedudukan Najib Razak. Kata Nur Jazlan:
1. Najib Razak kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu MERUNCINGKAN.
2. Kemungkinan berlaku KUDETA (rampasan kuasa) secara teratur dalam kepimpinan tertinggi Umno seperti yang dilalui Pak Lah pada 2008.
3. Masalah peribadi seperti kekayaan keluarga Najib juga menjadi persepsi utama yang perlu diatasi beliau sebelum rakyat mengaitkan masalah kewangan 1MDB berpunca daripada persepsi berkenaan.
4. Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.
5. Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.
ARTIKEL PENUH TULISAN NUR JAZLAN
Bubar Parlimen Dalam Tempoh Terdekat Pilihan Terbaik Umno Terus Berkuasa?
Posted on April 22, 2015 | By jazlan | Leave a response
SKRIP dalam Umno ketika ini, bukan sesuatu yang baru dan ia sudah diakui semua pimpinan tertinggi parti bahawa satu-satunya parti prakemerdekaan di negara ini pernah melalui segalanya.
Daripada memecat pemimpin nombor dua tertinggi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke episod parti diharamkan pada 1998, Umno atau lebih tepat lagi Umno Baru kini mengharungi episod baru yang penuh duri dalam helaian sejarahnya.
Apa yang disaksikan kini dengan semua pihak atau lebih tepat lagi semua sayap dan sesetengah Badan Perhubungan Umno negeri menyatakan sumpah taat setia kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah sesuatu yang memelikkan, menghairankan atau mengejutkan.
Ahli parti tidak perlu menoleh jauh ke belakang untuk melihat sokongan seperti ini, pernah diterima Presidennya yang keenam, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 sebaik tamat Pilihanraya Umum (PRU) 12 apabila Pak Lah memimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno hanya mampu mencatatkan kemenangan 140 kerusi dengan Umno mendapat 79 kerusi.
Bagaimanapun, Umno mencatatkan kenaikan dengan mendapat 88 kerusi pada PRU 13, dan ia pun hanya dapat dicapai ‘berkat’ mengambil semula kerusi majoriti Melayu daripada parti komponen BN.
Sebaik tamat PRU 12 sudah didengari wujudnya gerakan tersusun untuk menjatuhkan Pak Lah daripada kerusi Perdana Menteri dengan menggantikan Najib sebagai Presiden Umno ketujuh dan Perdana Menteri keenam.
Semua mengetahui Perdana Menteri Malaysia daripada BN adalah Presiden Umno dan hanya usaha menjatuhkan beliau daripada kerusi Presiden Umno lah yang akan membawa kepada pertukaran kuasa sebagai Perdana Menteri.
Buat masa ini, kedudukan Najib sebagai Presiden Umno secara lahiriah masih lagi kukuh namun kehilangan panglima perang politiknya yang paling kanan, arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkemungkinan menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.
Manakala daripada segi pentadbiran pula, Najib kehilangan Ketua Staff Sri Perdana, Datuk Azlin Alias serta Setiausaha Sulitnya, Datuk Po’ad Jelani, boleh diibaratkan seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.
Sudah dua minggu arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat nahas helikopter di Kajang, Selangor dan dalam tempoh dua minggu itu jugalah, rakyat Malaysia memerhatikan Datuk Seri Najib seakan berseorangan mempertahankan dirinya.
Terpalit dengan pelbagai isu daripada soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara hinggalah berkaitan keluarganya, Najib sebenarnya, kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing.
Apa tidaknya, kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai rekod sejarah cukup baik menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian Pak Lah, Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata.
Amat jarang sekali seorang Perdana Menteri terpaksa membuat tembual di televisyen secara terbuka bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri kerana kebiasaannya ia dilakukan di belakang tabir atas hubungan bapa dan anak.
Namun hasil temubual itu, nampaknya langsung tidak menyakinkan Tun Dr Mahathir dan juga menambahkan lagi kurang keyakinan di kalangan rakyat sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal terus menuntut Perdana Menteri menjawab persoalan berkenaan.
Selepas pengisytiharan solidariti Ketua Umno Bahagian di PWTC awal bulan ini, kenyataan Shafie itu membuka semula kemungkinan berlaku kudeta secara teratur dalam pimpinan tertinggi Umno seperti yang dialami Pak Lah sendiri pada 2008 walaupun ketika itu, daripada lahiriahnya semua menyatakan sokongan kepada Pak Lah.
Umno yang kini dicap sebagai sebuah parti feudal sudah pasti di kalangan bangsawannya bertindak mengelilingi pemimpin apabila beliau diancam dan tradisi ini sama seperti dipamerkan golongan bangsawan Inca yang mengelilingi raja mereka apabila diancam penjajah Sepanyol 500 tahun lalu.
Namun, nasib semua bangsawan Empayar Inca ini sama seperti dialami raja mereka apabila semua mereka dibunuh hingga menyebabkan rakyat mereka bertaburan melarikan diri dan runtuhlah Empayar Inca di Amerika Selatan.
Saya sendiri mengakui secara terbuka dalam Mesyuarat Perhubungan Umno Johor pada 2008 lalu kepada Pak Lah bahawa beliau perlu meletakkan jawatan akibat prestasi teruk BN dan Umno dalam PRU 12.
Pada zahirnya, Majlis Tertinggi Umno, Sayap serta semua badan perhubungan Umno negeri secara terbuka bersetuju untuk pelan peralihan 18 bulan tetapi apa yang berlaku di belakang adalah wujudnya usaha mempercepatkan pemergian Pak Lah terus berlaku dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Najib mengambil alih dalam tempoh kira-kira setahun selepas PRU 12 dan jelas mengengkari pelan peralihan itu serta sumpah taat setia kepada Pak Lah.
Sifat bermuka-muka dalam Umno bukan satu perkara baru dan seorang ‘gentleman’ seperti Pak Lah pun boleh dimainkan apabila di depan menyatakan beliau mempunyai masa selama 18 bulan untuk berundur tetapi di belakang usaha gigih dilakukan untuk menyegerakan Pak Lah meletakkan jawatan.
Sedar atau tidak sedar tempoh menghadapi PRU 14 sudah semakin hampir dan jika Umno terus dilanda masalah, bagaimana ia mahu memimpin parti komponen BN terutamanya daripada Semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC dan Gerakan memasuki gelanggang PRU.
Kelemahan parti-parti komponen ini bukan satu rahsia lagi dan mereka sememangnya bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan Umno dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14.
Umno kini sedar musuh utama mereka bukan lagi Pakatan Rakyat yang sendiri berterabur dan bertelingkah sesama mereka, sebaliknya unsur dalaman parti yang sendiri akan membawa kepada kemusnahan parti dalam PRU 14.
Disebabkan itu jugalah kesetiaan ahli Umno sama ada kepada pemimpinnya atau parti akan menjadi isu utama yang perlu diperhalusi dengan sebaiknya oleh kira-kira tiga juta ahli parti ini.
Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti.
Krisis yang dihadapi 1MDB yang mulanya adalah masalah kewangan kerajaan kini melarat menjadi masalah kepada Umno secara langsung dan terbukti apabila ahli perniagaan, Jho Low secara terbuka menuduh Umno menjadi dalang kepada isu berkenaan.
Walaupun, tiada pemimpin tertinggi Umno yang memberikan komen terhadap kenyataan anak kelahiran Pulau Pinang itu, tetapi kenyataan daripada Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican membuktikan ahli Umno tidak mahu parti dikaitkan dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.
Sedar atau tidak sedar apa yang berlaku dalam 1MDB melingkari kepada Najib sendiri selaku Menteri Kewangan, Perdana Menteri serta Presiden Umno dan sudah pastilah, beliau perlu bertindak segera bagi menenangkan ahli Umno dengan menidakkan kenyataan Jho Low itu, dalam memastikan sokongan terhadapnya terus padu.
Di samping itu, masalah peribadi seperti kekayaan keluarga Najib juga menjadi persepsi utama yang perlu diatasi beliau sebelum rakyat mengaitkan masalah kewangan 1MDB berpunca daripada persepsi berkenaan.
Sikap berdiam diri akan terus membawa kepada malapetaka terhadap Umno dan ia adalah sesuatu yang langsung tidak diperlukan parti kerana sehingga kini terpaksa terus menerus berada dalam mod bertahan apabila diserang dengan isu pembaziran, salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.
Rakyat perlu ditenangkan dengan memberikan gambaran bahawa Umno dan BN masih pilihan terbaik untuk menjadi parti pemerintah di negara ini, namun ketiadaan ‘track record’ baru untuk disandarkan daripada pemerintahan Najib membuatkan kegelisahan rakyat terhadap pimpinannya semakin ketara.
Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.
Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.
Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini.
Di sinilah letaknya perbezaan utama Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.
Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.
Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja.
Sama ada Najib masih boleh bertahan sehingga tempoh akhir Parlimen pada 2018 dengan segala serangan ini atau tidak, wallahhuallam…tetapi yang pasti lakon layar Umno ini bukan sesuatu yang memelikkan atau mustahil kerana tiada perkara yang pelik atau mustahil dalam parti ini.
Kesudahannya pasti akan tiba, cuma lambat atau cepat sahaja yang menjadi persoalannya dan butang ‘reset’ paling cepat bagi memastikan segala isu yang melanda pentadbiran Najib dapat diperlambatkan adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran kerajaan yang membawa kepada PRU 14.
Ataupun Perdana Menteri memilih jalan singkat untuk membubarkan Parlimen dan membuat ‘snap election’ bagi mencuci persepsi negatif terhadap diri beliau dan keluarga dengan mendapatkan mandat yang baru.
Persoalan timbul sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno ini boleh dipastikan dengan ‘snap election’ ini bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin.
http://www.nurjazlan.net/?p=1123Thursday, April 16, 2015
MUKHRIZ WAJIB LETAK JAWATAN / JHO LOW BERSIH!
MENTERI Besar Kedah dan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz, menafikan akan meletakkan jawatan Menteri Besar 24 April ini.
Patutkah beliau meletakkan jawatan?
Adun Bukit Lada Ahmad Lebai Sudin mendesak Mukhriz meletakkan jawatan kerana mengikut cerita Lebai, Mukhriz di dalam satu mesyuarat di Mentaloon ENGGAN menyatakan sokongan kepada Najib Razak yang kini dikritik hebat oleh ayah Mukhriz.
Sebaliknya pendirian Lebai tidak disenangi beberapa ketua-ketua cawangan di Pokok Sena.
Maklumlah Lebai bukan lagi Ketua Bahagian Pokok Sena lagi apabila disingkirkan oleh Ketua-Ketua Cawangan ini semasa pemilihan bahagian 2013.
Apa pun Lebai berhak menyuarakan padangan beliau kerana beliau ahli Umno.
Dan Jelapang menyokong pendirian Lebai. Sekiranya Mukhriz tidak lagi yakin dengan kepimpinan Najib, berdasarkan prinsip, beliau WAJIB meletakkan jawatan kerana jawatan Menteri Besar adalah lantikan Perdana Menteri berdasarkan keyakinan beliau kepada Mukhriz dahulu.
Sekurang-kurangnya Adun-Adun lain termasuk Lebai juga mempunyai HARAPAN menjadi Menteri Besar yang baru.
1MDB
Ramai yang pening dengan isu 1MDB. Terbaru ialah dakwaan seorang jejaka Cina yang menjadi HARTAWAN dalam usia muda, Jho Low.
Dalam satu temuramah, Jho Low menafikan beliau terlibat didalam skandal 1MDB.
KALAU BUKAN JHO LOW, SIAPA?
Berikut temuramah Jho Low yang disiarkan baru-baru ini.
‘Spin master’ Umno di sebalik serangan 1MDB, kata Jho Low
OLEH ERIC ELLIS, EUROMONEY
Published: 15 April 2015 9:31 AM
Ahli perniagaan kontroversi, Jho Low akhir-akhir ini bercakap dengan pelbagai media antarabangsa mempertahankan dirinya terhadap tuduhan dibuat media lain, termasuk The Edge, mengenai penglibatan beliau dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Minggu ini kami keluarkan semula artikel berdasarkan temu bual beliau bersama majalah Euromoney. Secara berasingan, kami ajukan 10 soalan yang perlu dijawab dan bukannya semata-mata membuat penafian umum.
Siri skandal memalukan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB menarik ramai tokoh-tokoh berprofil tinggi daripada pertubuhan di negara ini.
Apatah lagi taikun Low Taek Jho, hartawan yang berpangkalan di Hong Kong.
Kediaman mewah Jho Low di Hong Kong cukup sesuai untuk hartawan muda kelahiran Pulau Pinang, yang dibuang negaranya sebagai penjahat misteri yang membayangi urusan pendedahan syarikat Malaysia.
Keinginan semakin dirasai semasa melangkah ke dalam ruang legar bergaya Jynwel Capital, firma pelaburan ekuiti swasta keluarganya yang berpangkalan di tengah pusat bandar.
Penyambut tetamu memberitahu "Encik Low sedang menunggu" dan dinding terbuka mendedahkan bilik berlatarkan panorama pelabuhan Hong Kong.
Apabila berada di dalam, dinding meluncur senyap tertutup. Seorang pembantu berpakaian rapi membawa ke sebuah bilik dengan kerusi berkulit hitam di tengah-tengahnya. Apabila pelawat duduk, perhatian dialihkan kepada tayangan video korporat pada monitor yang muncul di dinding.
Low muncul buat kali pertama, membintangi siri lawatan empayar beliau di seluruh dunia: pusat peranginan Caribbean, fesyen Eropah, sumber Alaska, hartanah Asia, mesyuarat dengan sheikh Timur Tengah, yayasan dermawannya dengan PBB.
Pembantu muncul semula menghidangkan kopi dalam porselin indah. Sudah tentu, betul-betul ada rasa. Video tamat, dinding lain meluncur terbuka dan kali ini muncul Low sendiri, penuh dengan bonhomie dan menegur pengunjung melalui dinding gelongsor lain.
Dengan seluruh rakyat Malaysia dari semua pihak mendesak pendakwaan bagi dakwaan penipuan dan pengubahan wang haram terhadap 1MDB, Jho Low mungkin dimaafkan kerana ingin beberapa perlindungan tambahan selepas apa yang beliau gelar tempoh masa paling sukar dalam usia 33 tahunnya. Bagaimanapun, Low secara realitinya tidak cukup sesuai dengan jenis pengkritiknya.
Masih muda, beliau khuatir meluahkan pandangan. Ada masanya, semasa perbualan dua jam itu, seolah-olah pengalaman adalah katarsis.
"Saya secara konsisten diserang," Low mengeluh marah dengan skandal melibatkan dana kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya sangat kecewa, tetapi saya tidak berkata apa-apa." Malah, sejak Euromoney duduk bersamanya pada 6 Mac, Low membuka mulut dalam siri wawancara dirancang dengan teliti dengan akhbar berpangkalan di Hong Kong, South China Morning Post dan saluran berita CNBC.
Low melawan semula.
"Saya rasa ia sudah sampai ke tahap tidak masuk akal," katanya memberitahu Euromoney.
"Semua serangan bertumpu kepada saya. Nampaknya ada usaha teratur mengatakan: 'Cina muda ini, itu semua kesalahannya; dia menyebabkan kegagalan 1MDB dan nampaknya beliau menasihatkan PM dan semuanya menjadi kucar kacir'."
Sama ada perlu Low dipertanggungjawabkan kerana mengucar-ngacirkan 1MDB adalah persoalan yang hangat dibincangkan di Malaysia.
Hanya beberapa pihak sahaja bersetuju 1MDB adalah dalam perselisihan dalam, menjadi skandal kewangan didorong oleh kebocoran memalukan yang mengancam kepercayaan kredit Malaysia dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai menteri kewangan dan pengerusi 1MDB yang bertanggungjawab terhadap banyak dana terhutang budi.
Rakyat Malaysia berpendapat, Low mendapat kekayaan daripada duit mereka dan membelanjakannya pada champagne Cristal dan berpesta dengan orang-orang seperti Paris Hilton.
Tetapi mendengar versi Low, beliau dipersalahkan kerana beliau 1) muda, 2) membuat banyak wang dengan cepat dan 3) mungkin yang paling provokatif, etnik Cina Malaysia yang memelihara elit perniagaan Melayu dengan kaitan politik.
1MDB mencetus kontroversi pada 2009 selepas Kementerian Kewangan mengambil alih Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), di mana Low ketika itu baru berusia 20an, pemegang ijazah MBA dari Wharton, menubuhkan dengan keluarga diraja Terengganu untuk menyalurkan royalti daripada negeri yang kaya dengan minyak.
Malaysia sudah mempunyai syarikat pelaburan negeri, Khazanah Nasional Berhad, ditubuhkan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberinya kuasa ke atas aset utama negara. Tetapi syarikat baharu ini akan berbeza, menurut penyokong kerajaan, lebih dinamik – dana kebangsaan jenama-baru menandakan era satu jenama baru era – era Najib. Ia dinamakan semula 'Satu Malaysia' inisiatif beliau. Ia juga mendapatkan sumber utama wang tunai pada tangan persekutuan, dan tidak di negeri-negeri seperti Terengganu, yang dikuasai pembangkang.
Tetapi 1MDB bermula dengan masalah. Terdapat hutang lapuk. Aset disuntik ke dalam entiti baru bukan luar biasa; politik penuh pegangan tanah di pinggir Kuala Lumpur yang tidak mengeluarkan sebarang hasil, stesen kuasa tua yang memerlukan peningkatan. Tetapi aliran tunai sebenar jarang berlaku, masalah kerana 1MDB cepat mengumpul hutang yang kini kira-kira $12 bilion, beberapa daripadanya daripada bon jamin kerajaan pada 2013 bernilai $3 bilion yang diterbitkan atas terma yang sangat murah hati, diketuai oleh Goldman Sachs. Bank pelaburan AS yang dipercayai memperoleh $300 juta dalam yuran daripada perjanjian itu sahaja, walaupun ia mempertikaikan angka ini.
Terdapat pintu terbuka sendiri di bilik eksekutif kanan 1MDB, dan juga juruaudit luar, jarang berlaku di sebuah syarikat milik negara.
Maklumat rasmi tentang tawaran dana dan kewangannya hanya sedikit. Jika rakyat Malaysia ingin mendapatkan maklumat mengenai perusahaan memiliki, mereka seolah-olah dipaksa mengharungi melalui pejabat pendaftar syarikat negeri dengan perbelanjaan sendiri.
Tiada apa-apa maklumat boleh didapati daripada laman web korporat 1MDB. Selepas berada di bawah perhatian Najib, 1MDB merudum ke dalam skandal kewangan yang didedahkan oleh pembangkang dan kebocoran memalukan Internet, terutama laman web yang berpangkalan di UK, Sarawak Report.
Dikendalikan oleh aktivis alam sekitar Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri UK Gordon Brown, laman web ini menjadi seperti Wikileaks Malaysia, menghantar e-mel dalaman memalukan yang terperinci berkenaan hubungan dan urusan Low, 1MDB dan dana terkemuka Timur Tengah, Mubadala Development Corp.
Satu laporan pada bulan Februari oleh Rewcastle Brown, bertajuk 'Heist of the Century', mendedahkan perjanjian yang didakwa pada 2009/10 antara Low, 1MDB dan sebuah syarikat cari gali minyak berpangkalan di Timur Tengah yang tidak begitu dikenali, PetroSaudi International (PSI) yang menyaksikan sekitar AS$900 juta masuk ke sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Low
Najib dan keluarganya, terutama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, juga muncul dengan jelas dalam surat-menyurat bocor, rahmat kepada pihak pembangkang dan musuh dalam parti sendiri, Umno. Malu dan lemah, Najib bergerak menutup keadaan huru-hara 1MDB, dalam usaha mengehadkan kerosakan kepada kewangan negara, dan perdana menteri.
Walaupun hampir lemas diserang dari segala penjuru, Low berdiam diri mengenai hubungannya dengan dana itu. Tetapi apabila hampir setiap hari pendedahkan urusan dan hubungan beliau dengan perdana menteri, beliau memberitahu Euromoney sudah tiba masanya untuk beliau bercakap, membela diri terhadap pihak yang mengkritiknya.
Dan sudah tiba masanya juga, beliau menegaskan, untuk mengarahkan kegawatan 1MDB daripadanya, menurut beliau yang sepatutnya: kecekapan mereka yang bertanggungjawab terhadap dana.
"Ia amat mengecewakan," katanya. "Saya tidak pernah menghadapi serangan sebegini yang datang dari semua arah. Ia gila, dan ahli Umno memutar belit; mereka tahu semua perkara yang tidak masuk akal.
"Beliau meneruskan: "Semua individu ini berpusing-pusing dan saya katakan: 'Baiklah, ini semua sangat mudah; ada satu lembaga, siapa pemegang saham? Adakah anda pernah melihat satu kenyataan daripada orang yang bercakap tentang tadbir urus mudah syarikat?
"Adakah anda memberitahu saya perdana menteri tidak membuat keputusan sendiri? Kementerian, menteri kewangan, yang merupakan perdana menteri – dan hanya ada dua tiga orang dalam Kementerian Kewangan yang menandatangani resolusi pemegang saham di bawah undang-undang – tiada seorang pun daripada mereka ... mereka hanya menandatangani tanpa menilainya?"
Low tidak berhenti: "Patutkah orang ramai dipertanggungjawab terhadap membuat keputusan [di 1MDB] tiba-tiba membuat keputusan untuk melepaskan semua tanggungjawab mereka dan kemudian membuat kempen PR dengan saya sebagai fokus?
"Tidak ada yang bertanya soalan siapa pembuat keputusan muktamad dalam 1MDB? Tiada siapa bertanya itu. Tiada siapa pernah bertanya mengenai peranan pemegang saham."
Beliau menyimpulkan: "Terdapat begitu ramai orang lain melepaskan diri dengan duit dan projek bernilai berbilion. Tetapi setiap kali terdapat seolah-olah menjadi serangan politik, wow, tiba-tiba Jho di situ lagi.
"Kata Low enam tahun berdiam diri mengenai perkara itu mencipta"persepsi gila. Saya tidak melakukan kesalahan [tetapi] tiada sesiapa di Malaysia berminat mengetahui sudut pandangan kita. Kemudian kami cuba keluar daripada persepsi ini dan mereka memulakan pusingan gazillion serangan dengan cara yang sistematik."
Beliau mengakui gaya hidup berprofil tinggi itu – berpesta bersama selebriti di Hollywood dan gambar bersama Leonardo DiCaprio melalui pautan kepada pembiaya filem Hollywood blockbuster Wolf Wall Street, tidak banyak membantunya.
"Kesilapan saya?" Beliau bertanya secara retorik. "Orang muda, membuat banyak wang, tidak pernah terfikir mengenai garis masa semua peristiwa... dan kemudian berpesta, blah blah blah blah ... dan itulah bahagian yang mendapat semua perhatian."
Low berkata ia merupakan resipi maut untuk publisiti buruk.
"Saya membuat wang dan membelanjakannya, dan: 'Oh, itu mesti hasil daripada TIA/1MDB.' Saya maksudkan itu adalah dasar pertuduhan itu. Dan kerana terdapat gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, maka anda memainkan isu Bumiputera (etnik Melayu): 'Oh, orang Cina yang mencuri semua wang dan menghabiskannya pada alkohol'. Dan kemudian saya hanya seperti, saya orang yang paling bodoh, jika saya benar-benar memperoleh wang daripada kerajaan dan selepas itu untuk menghabiskannya seperti tiada hari esok; ia seperti perkara paling bodoh yang boleh anda lakukan."
Menegaskan maksudnya, Low berkata: "Saya adalah graduan Wharton. Saya bukan begitu bodoh. Cuma saya tidak faham politik pada masa itu."
Bagi pendakwaan beliau, Low berkata beliau tidak takut ditangkap jika kembali ke Malaysia. "Kebimbangan terbesar adalah orang memalsukan dokumen. Saya tiada bukti; terdapat begitu banyak sindiran," katanya.
Tetapi, Euromoney menunjukkan, Low dilihat selama bertahun-tahun oleh bakal pelabur atau rakan kongsi dana itu kepadanya. 1MDB “The Rainmaker”, meminjam tajuk filem yang beliau bekerjasama.
Low menafikan ini. "Tidak juga, saya fikir mereka melihat saya sebagai ... Saya rasa, bagi saya, saya mempunyai hubungan sangat baik dengan Abu Dhabi, jadi apa-apa perjanjian yang mereka lakukan di mana-mana sahaja di dunia, mereka akan datang kepada saya dahulu dan bertanya jika saya ingin bersama menjadi rakan pelabur. Dalam kes Malaysia, kita selalu mengatakan tidak kerana ia adalah sensitif. "
Euromoney memberikan soalan yang semua orang ingin jawapan: Bilakah penglibatan terakhir beliau dengan 1MDB? "Saya ingin menerangkan dengan jelas," katanya menjawab.
"Saya tidak pernah terlibat dengan 1MDB. 1MDB tidak pernah meminta saya menasihati mereka atau membayar saya yuran atau berbuat apa-apa, dan saya sudah menjelaskan hal itu. Jika seseorang di 1MDB mahu memanggil saya dan berkata: 'Anda tahu, Jho, apa pandangan anda mengenai Timur Tengah?' Saya akan memberi mereka pandangan saya mengenai Timur Tengah."
Beliau juga mengakui jika seseorang bakal pelabur meminta nasihat mengenai 1MDB, beliau akan menyediakannya. "[Mereka bertanya kepada saya:] 'Saya ingin membeli sebidang tanah di TRX (Tun Razak Exchange, hartanah KL belum dibangunkan dinamakan sempena arwah bapa Najib dan dimiliki oleh 1MDB), apa yang anda fikir tentang TRX, anda boleh berikan saya pandangan anda, boleh anda kenalkan kepada mereka, saya boleh bercakap dengan mereka?'... "
Banyak spekulasi terhadap penglibatan Low dalam 1MDB berkaitan peranannya dalam TIA, dana negeri yang beliau adakan dengan keluarga diraja Terengganu yang diambil alih oleh kerajaan persekutuan. Sekali lagi, beliau cuba mengalih tumpuan.
"Ia dengan nyata tepat mengatakan dari Januari hingga pertengahan Mei 2009 saya terlibat dalam TIA," katanya. "Tetapi kemudian [ia berkata] seseorang atau orang lain, saya orang utama terlibat dan lima yang lain – ahli lembaga TIA – lesap? Dalam proses itu, [penasihat TIA] Goldman Sachs, JPMorgan, Boston Consulting dan McKinsey semuanya hilang, kan?
"Ditanya sama ada beliau melabur dalam bon 1MDB, beliau menekankan. "Sudah pasti tidak... kosong, kosong. Saya tidak pernah membeli apa-apa bon 1MDB. Mari kita jelaskan. Tetapi mereka cuba membuat tuduhan ini yang saya mendapat keuntungan daripada bayaran Goldman."
Low berkeras. "Saya tidak mengendalikan 1MDB. Saya tidak mengawal 1MDB. Saya tidak memutuskan apa-apa berkenaan 1MDB, tetapi jika mana-mana entiti Timur Tengah yang saya tahu, mahu bertanya kepada mengenai pandangan saya, saya akan memberikan mereka pandangan saya. Dan, jika mereka mahu terlibat dengan 1MDB, itu hak mereka. "Tetapi kebocoran terus datang, kebocoran yang mencadangkan peranan lebih jauh daripada yang dipersetujui Low.
Tidak lama selepas Euromoney bertemu Low, Sarawak Report menerbitkan e-mel bertarikh 19 Disember 2009 yang kononnya daripada Low kepada dua pegawai Petro Saudi, Patrick Mahony dan Tarek Obaid, yang Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB Nik Faisal Ariff Kamil "akan bekerjasama dengan anda", selepas Mahony melalui e-mel Low menegaskan apa-apa komunikasi antara 1MDB dan PSI terbatas kepada hanya Mahony dan Kamil.
Bukankah ini menunjukkan pengaruh Low lebih besar daripada yang didakwa? Low berkata keadaan adalah sama ada beliau dan keluarganya boleh menjalankan perniagaan di negara asalnya.
"Saya memilih untuk tidak berkata kerana semua benda dan semuanya akan diputar dan dipolitikkan. Ada yang mengatakan saya berkongsi hubungan rapat dengan perdana menteri, tetapi saya tidak pasti apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menunjukkan itu. Tetapi ia begitulah, kerana kami masih memiliki banyak hartanah di Pulau Pinang, yang kini dikendalikan oleh pembangkang. "
Bagi pembangkang anti-Najib menafikan kemenangan dalam pilihan raya 2013, walaupun memenangi majoriti popular, Low dan 1MDB adalah hadiah propaganda terkumpul bagi memberi tekanan kepada gabungan pemerintah yang diterajui Umno dilanda skandal.
Hubungan peribadi Low dengan keluarga Najib juga menjadi faktor berguna bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat Najib digantikan sebagai pemimpin Umno dan perdana menteri.
Dan Low adalah politik toksik untuk Najib juga, walaupun persahabatan yang lama sejak zaman sekolah menengah Inggeris dengan anak tiri Najib, Riza Aziz, pengeluar filem Hollywood terkenal kerana sokongan beliau dalam pembikinan filem “ The Wolf Wall Street”.
"Ada tanggapan saya mempunyai hubungan baik dengan isteri perdana menteri kerana anak tirinya. Maksud saya, saya tahu anak tiri perdana menteri dengan baik, tetapi saya tidak pasti saya bersetuju saya rakan baik isterinya.
"Sudah tentu pembangkang menyerang kerajaan dan mereka berfikir dengan menyerang Jho Low yang perdana menteri akan terjejas kerana hubungan 16 tahun saya dengan anak tiri beliau," katanya.
Low nampaknya hampir tidak mempunyai rakan di Malaysia. Tetapi melekat sebagai rakan perdana menteri.
Pada 16 Mac, satu kenyataan dikeluarkan dengan nama Najib mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Low: "[Dia] tidak pernah bekerja untuk 1MDB dan semua keputusan dan urusan 1MDB dilakukan oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah."
Low ingin ia menjadi perkara akhir perkara. Bagaimanapun, beliau tahu ia tidak mungkin. "Akhirnya, sesuatu yang sepatutnya menjadi tujuan baik hanya menjadi buruk – teka mengapa? – Kerana semua orang hanya mahu menguasai wang. Ia benar-benar semudah itu."
Seperti skandal 1MDB yang terus bergolak, terdapat ramai rakyat Malaysia yang terus mengatakan "semua orang" lain juga termasuk Low Taek Jho. – The Edge Financial Daily, 15 April, 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)