Friday, March 13, 2015

MB TERIMA SMS MERAJUK & TUN MAHATHIR DESAK POLIS BUAT SIASATAN FORENSIK KE ATAS 1MDB

Image result for 1mdb+najib+rosmah

"SAMPAI DI SINI SAJALAH KITA" - Khabarnya seorang Menteri Besar yang tidak menghadiri perjumpaan Najib Razak dengan Ketua-Ketua Bahagian Ahad lepas telah menerima SMS ini dari seseorang di Putrajaya.

Merajuk sampai ke tahap itu sekarang ini dalam kes 1MDB. 

Bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kenyataan paling KERAS hari ini dan mencadangkan POLIS MEMBUAT SIASATAN FORENSIK kes 1MDB.

Menurut Tun Dr Mahathir, ianya tidak cukup setakat diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Berikut tulisan Tun Dr Mahathir di blog beliau yang kini tidak lagi boleh diakses.



1MDB 

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti. 

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.


4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh ituKerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana? 

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB.Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah? 

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

 20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

 21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi.Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.



29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

11 comments:

Anonymous said...

Masa untuk najib turun dan mahyuddin ambil alih....isu aljuburi...altantuya...sirul...rosmah akan hilang dari media dan pembangkang tidak mampu lagi spin isu isu bodoh dan fitnah sekiranya najib turun tahta.....masa nahyuddin tumpu paga agenda ekonomi baru dan mengutamakan ekonomi mekayu dan islam bersama kerajaan perpaduan....mohon harun din mushidur am pas krluarkan fatwa menyokong ekonomi dan produk islam melayu khasnya untuk diwar warkan...

Anonymous said...

Turunlah Najib. Tak cukup2 lagi ke.

Anonymous said...

Apakata kita buat sisatan forensik mengenai kerugian meloebihi RM10 billion Bank Negara semasa pentadibran Tun dulu,buat juga sisatan terhadap Perwaja,Proton, Mas.Maminco dan juga kedudukan kewangan Umno yg kering kontang bila Najib mengambil alihnya.

Anonymous said...

Zaman najib pakai bilion2 punya projek
X main jutaan lagi..
Zaman najib byk benda luar biasa berlaku..
Terlalu luar biasa even utk negara2 maju mcm u.s.a, singapore sekali pon
Cth al tantuya kes..pembunuhan bukan calang2.. Pakai bom utk seorang wanita
Mh370, mh17.. Bukanlah nak kata akibat tangan najib atau sewaktu dgn nya..tetapi berlaku ketika pentadbiran najib & cara najib handle pon sgt 'luar biasa' caranya iaitu buat2 mcm biasa...bagi Belanda yg handle mh17, mh 370 tah kemana dgn wanng belanja yg byk..
Isu lahad datu..alahai...zaman TDM,paklah yg suke tido pon rileks jer xde jadi benda mcm ni..
Kezen najib ckp apa??mereka bukan teroris!
Sejak itu aku pon x baca utusan dah...
Kepimpinan yg lemah sebabkan negara mudah dibuli,ditawan askar kecil xde akal sekalipon..
What next?
1mesia dibaham buaya...

Anonymous said...

Kalau mcm ni , nampaknya org kuat najib . Ismail sabri & syed ali cheras kena buat phimpunan ketua bhg tiap2 bulan.. Solidariti sokong najib

Anonymous said...

DSN berundur lah. Jika Dato sayangkan Umno dan sayangkan Malaysia sila berundur.

You are dragging the party and the country through the mud.

Anonymous said...


Assalamualaikum

Saya terbaca komen anon 8.02 di atas.

Pada pandangan saya:

1. Pada pandangan umum pentadbiran kerajaan oleh Umno diselaputi dengan rasuah. Parti tidak rasuah tetapi yang melakukan rasuah adalah pemimpinnya. Itu persepsi umum.

2. Tidak dinafikan bahawa zaman Tun Dr Mahathhir dan era Pak Lah diterkecuali dari persepsi ini.

3. Tetapi cara di era Tun Dr Mahathir & Pak Lah amat berbeza sekali dgn zaman Dato Seri Najib.

4. Sekirannya di zaman Tun M dan Pak Lah diselubungi rasuah, rasuah pd masa itu adalah hasil dari pembangunan yang memberi faedah kepada rakyat.

5. Dan di zaman Tun Dr Mahathir tidak pula kita terdengar anak Tun membila apartment dgn harga RM120 juta tunai seprti anak tiri DS Najib. Itu perbezaan amat ketara.

6. Kita juga tidak pernah mendengar Tun Dr M dituduh menaiki kapallayar yang disewa dengan harga 500,000 dolar amerika sehari seperti dakwaan terhadap DS Najib dgn menggunakan duit 1MDB.

7. Balik kepada projek di zaman tun. Perwaja, Mas, Proton lebih kepada cita2 Tun untuk menaikkan martabat melayu. mahu mmembuktikan kepada dunia bangsa melayu mampu membina kereta. MAS adalah flagship negara. American Airlines pun bankrap. begitu juga Qantas dan Japan Airlines yg menghadapi masalah kewangan.

8. Tetapi apa hasil 1MDB kepada rakyat? tidak kah kita rakyat msia tak ingin tahun kemana wang sebanyak RM48 bilion (bukan RM48 juta) pergi?

9. Tak mungkin sebagai rakyat biasa atau sebagai ahli Umno kita tidak berminat utk bertanya kpd Datin Seri Rosmah bagaimana anak nya Riza mampu membayar RM120 juta tunai utk sebuah apartment?

10. Jgnlah kita taksub tidak tentu hala. Kita kena malu pada org bukan islam. di negara kristian seperti Amerika, Britain, Australia, Canada, kalau anak pemimpin mereka mempunyai kekayaan luarbiasa, mereka akan tanya soalan.

11. Sebagai org Islam dan kita bangga jadi Melayu, alangkah baiknya, berlandaskan Quran dan sunnah, kita juga bertanyakan kpd PM kita dari mana duit ini daatang.

12. Kalau benar anak tiri PM ini pandai berniaga dan lebih kaya dari syed Mokhtar dan Jho Low lebih pandai berniaga dari towkay casina Lim Goh Tong atau Francis Yeoh YTL, kita terima lah.

13. Sebelum itu, kita mintalah PM dan DS Rosmah jelaskan.

wallahuallam

Anonymous said...


najib/rosmah sdg menghancurkan legasi umno.

rakyat akan kenang umno sebagai perasuah/penyeleweng

sebelum umno menuju kehancuran, demi umno najib letaklah jawatan dgn sukarela.

cukup2 lah tu


Anonymous said...

When the FLOM unit was first set-up catering to the UNELECTED rosmah mansor, why didn't anyone protest??

She had full-time staff utilising taxpayers funds and no one deem it fir to question ahjibgor??

This is a clear deviation from the norm and a strong signal of family interference in the PM's executive powers.

Anonymous said...


DS Ismail Sabri & syed ali cheras kena himpun ketua bhg skali lagi nak tunjuk sokongan pd ah jib low

UMNO PARTI PENJARA said...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<