Friday, March 6, 2015

ADA KETUA BAHAGIAN MEMILIKI HELIKOPTER, ADA KETUA BAHAGIAN YANG SUKA "MEMINTA"

Image result for najib+1mdb

Rakan Jelapang, GELAGAT ANWAR, menulis mengenai perjumpaan Ketua-Ketua Bahagian Umno yang akan berhimpun di PWTC Ahad ini dan di akhir perjumpaan mereka dikatakan akan menyatakan sokongan padu kepada Najib Razak.

Ini budaya Umno. Apabila pemimpin hampir kepada saat-saat akhir hayat politik mereka, maka akan adalah perhimpunan seumpama ini.

Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pun sama. Pada satu ketika petani dan peladang di bawa berbas-bas oleh Menteri Pertanian pada masa itu, Sanusi Junid, ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba dan Tun Dr Mahathir.

Apabila Tun Dr Mahathir mendengar desas desus akan dicabar, setiausaha-setiausaha politik akan menghantar "mesej" ke akar umbi meminta penyokong keluar beramai-ramai menyambut ketibaan beliau di lapangan terbang untuk memberi gambaran bahawa Tun Dr Mahathir disokong ramai. Begitu juga dengan Pak Lah.

Ahad ini tiada beza dengan era Tun Dr Mahathir dan Pak Lah.

Ketua-ketua bahagian yang sepertimana dikatakan Gelagat Anwar yang "tidak akan mati miskin dan tidak akan mati tidak berduit" akan berpusu-pusu ke PWTC untuk menyokong Najib.
https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/03/05/apa-lah-demand-170-ketua-umno-bahagian-najib-akan-manjakan-ketua-umno-bahagian-bagai-menatang-minyak-yang-penuh-masyuk/

TETAPI bukan semua Ketua Bahagian hidup mewah. Ada ketua bahagian yang sudah 4 penggal menjadi Ketua Bahagian sanggup "meminta" dari orang lain "duit belanja" untuk mengadakan mesyuarat bahagian.

 Ada ketua bahagian sanggup menghadiri apa saja majlis yang diadakan di pusat dengan harapan dapat "duit poket" di akhir majlis.

Jelapang sedih melihat nasib sesetengah Ketua Bahagian yang menyokong MEMBABI BUTA tetapi cara hidup mereka jauh berbeza dari Naqib-Naqib (meminjam kata-kata Gelagat Anwar) disekeliling Najib.

Jelapang tahu ada Naqib memiliki helikopter persendirian. Ada Naqib yang hidup dibela oleh towkay-towkay Cina. Jelapang tahu Ketua Bahagian mana dan Ketua Wanita mana yang menerima gaji dari syarikat kepunyaan Cina.

Jelapang juga tahu anak-anak ahli politik mana yang di"park"kan di syarikat-syarikat Cina.

Towkay-towkay Cina dan India seperti Vincent Tan, Francis Yeoh dan Ananda Krishnan sudah pasti ketawa sendiri ketika hendak beradu memikirkan gelagat ahli politik Melayu Umno ini.

Apa tidaknya, hidup pun disuapkan oleh mereka bertiga.

Tetapi tidak mengapa. Ketua-ketua bahagian yang bukan Naqib ini rela diperbodohkan oleh Naqib-Naqib ini.

Mereka tidak akan mati miskin tetapi mereka tidak akan merasa akan kemewahan yang dikecapi oleh Naqib-Naqib ini.

Esok, Najib akan menerima sokongan padu dari Ketua-Ketua Bahagian.

Kita tidak terpegun dengan sokongan tersebut kerana sudah menjadi lumrah di dalam Umno, disaat-saat akhir hayat politik seorang pemimpin, mereka perlu dilihat disokong rakyat walaupun menanti masa untuk meninggalkan persada politik.

NOTA: Jelapang berharap Ketua-Ketua Bahagian juga turut bersatu mengucapkan terima kasih kepada Jutawan berketurunan India, Ananda Krishnan, kerana menyelamatkan 1MDB tempoh hari. Tanpa jutawan India dan Cina, siapalah Melayu ditanahair sendiri. Kalau 1MDB terkulai, Melayu juga yang malu.

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Esok lusa ketua umno bhg akan berjumpa dgn PM. Sy minta mereka jgn lupa ucap terima kasih kpd ananda krishnan yg membantu 1mdb. Walaupun melayu kena minta tolong seorang India, kita jgn lupa berbahasa. Ucap terima kasih pd ananda. OK

Anonymous said...

ha ha ha
biasalah bukan luar biasa lagi.
dibelakang menteri ksu pun toke cina.

Anonymous said...



tak susah nak jaga ketua bhg umno ni tuan.

bagi 10k sorang selesai masalah. tu saja nilai ketua bhg umno zaman najib ni