Sunday, October 26, 2014

GEN MUDA MENGAMUK

"Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia. Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil. Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik." - Fahmi Zainol, 23 tahun. Presiden Mahasiswa Universiti Malaysia, pelajar tahun akhir Pentadbiran dan Keadilan Sosial.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pecatlah-saya-kalau-berani-kata-pemimpin-pelajar-um

"Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah. Saya diancam kumpulan gengster dan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat untuk saya, polis dan gengster mengekori saya sepanjang masa." - Ali Abdul Jalil - Graduan Universiti Islam Antarabangsa.

TERPEGUN kita membaca kenyataan dari anak-anak muda sekarang - tanpa mempunyai sebarang perasaan gentar.

Inilah yang menjadi tajuk perbualan di sebuah gerai bersama rakan-rakan petang tadi.

Di akhir perbincangan, kita membuat kesimpulan, tiada apa yang memeranjatkan dengan sikap Gen Y sekarang ini.

Anak-anak muda sudah berani mengkritik kerana Gen Tua tidak lagi memperdulikan mereka.

Hendak membeli rumah tidak mampu kerana terlalu mahal. Nak mengharapkan rumah Pr1ma, rupa rumah pun belum nampak dan entah kurun berapa akan siapnya. Belajar universiti pun, mak bapa yang tanggung bukan macam dulu lagi, ada biasiswa Persekutuan, ada dewan makan. Hari ini masuk universiti, pakai duit sendiri.

Keluar universiti, gaji rendah. Ada yang tiada kerja. Tetapi PTPTN terpaksa dibayar, kalau tak di bayar akan disenarai hitamkan oleh imigresen.

Nak berdebat di universiti boleh, tetapi mesti senada dengan kerajaan, lain sikit nadanya, dilabel penyokong pembangkang.

Oleh itu, kata rakan Jelapang, tidak memeranjatkan kalau Gen Y kini bersikap berani dan tidak gentar.

Tiada Gen Tua yang berani bersuara untuk mereka. Tiada Gen Tua yang rela bangun memperjuangankan kepentingan Gen Y. Tak payahlah hendak mengharapkan kepada Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian.

Mereka ini tidak akan bersuara kerana jika bersuara, umpama menabur pasir ke dalam periuk sendiri.

Tambah-tambah lagi apabila Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian yang menerima habuan dalam dua tiga puluh ribu ringgit.

Dengar khabar, ada Ketua Bahagian mendapat imbuhan setiap tiga empat bulan. 

Jika benar, mungkin itulah sebabnya kita nampak ketua-ketua bahagian sentiasa ceria setahun dua ini.

Oleh itu, tak payahlah kita nak marah-marahkan anak muda ini. Kerana mereka kini merasakan tiada siapa yang memperdulikan mereka lagi.


12 comments:

Anonymous said...

KALAU PANDAI BERFIKIR TAK KAN BELAJAR PAKAI GOMEN ATAU PTPN.
JUAL LAH SURAT KHABAR LAMA, TIN KOSONG BESI BUROK........ KAN GOMEN JAHAT...TAK TOLONG GEN Y.
YANG TERJERIT, TERLOLONG UNTUK KEPENTINGAN SESAORANG TU BUAT APA... APA FAEDAHNYA.......
BELIEVE ME.... YOU WILL REGRET NANTI, RAMAI DAH JADI KORBAN UNTUK PERJUANGAN YANG SIA SIA......
THINK THINK AND THINK.......
STUDY CASE KHALID IBRAHIM..... ADA JUSTICE KAH......CUBA FIKIR.
KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Anonymous said...

Ale uto ler. Ni semua ajaran Nuar berahi.

Longchepoh said...

Budak ni kata: "Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil."

Kebenarannya ialah belajar sampai U pun masih bodoh piang. Kalau tak adil anwar ibrahim dah lama hilang dari muka bumi malaysia

Anonymous said...

jangan terpengaruh dgn hasutan puak2 Aljuburi dan kafirun RBA DAP PKR... mereka semua ni CELAKA... mereka semua mmg suka melihat anak2 melayu buat kerja sia-sia...yg akhirnya merugikan melayu pd masa hadapan...

Anonymous said...

Gen y ni masalahnye mengada2. Belajar kat ipta pun atas ihsan kjaan. Elok cabut je kuota melayu biar padan muka bersaing merit ngan budak2 cina. Si ali jalil tu kata kjaan sampah dia tu sbnrnya sampah msykt.

Jentayu

Anonymous said...

Yg jadi macam ni dua tiga ekor je,dan bukan mereka yg memperolehi pencapaian tertinggi.Rakyat dan negara tak rugi mana pun,biar lah mereka pi.Lagi pun apa yg di perjuangkan mereka bukan perkara besar,malahan dalam kes pelajar UM tu,dia berada di pihak yg salah pun ,Anwar memang seorang peliwat,itu yg mahu di jadikan hiro?.Bodoh sekali.

Orang bijak boleh melakar kejayaan didalam apa keadaan jua pun kerna mereka pandai meyesuiakan diri dalam mendepani masalah,tapi org bodoh,akan segera menyalahkan orang lain yg kononnya menyebabkan kegagalan mereka.

Anonymous said...

Jiwe amuk tu bkn sbb desakan sekeliling yg natural, tp lbh kpd prsepsi yg didapati hasil drpd pmbacaan tnpe kawalan bhn2 Internet..

Anonymous said...

23 tahun amat muda, masih jauh perjalanan jika umur panjang. Adakah dia sudah fikir panjang atau mungkin bermimpi yang namanya akan dijulang sebagai wira? Realitinya, jika dia meneruskan perjuangan yang sia-sia ini, namanya akan hilang seperti debu ditiup angin. Semoga ibubapanya menasihatinya untuk mementingkan pelajaran dan dia boleh menerima nasihat mereka dengan baik.

Anonymous said...

Saya tahun 80'an dulu pun belajar U juga (U tempatan). Dapat pinjaman tp boleh tukar ke biasiswa RM3,500 setahun @ RM300 sebulan. Sewa rumah kat k.l mahal, sorg dah RM100, minyak moto, suratkhabar (utk ilmu) dan mcm2 buku, yg tinggal dlm seratus... Apa buat..? Ambil kerja tuisyen rumah ke rumah, purata sejam dapatlah RM12-RM15. Ambil seminggu 8 kelas/sesi @ 2 jam satu sesi. Dekat seribu sebulan dapat. Aktif juga berpersatuan sampai jd pengarah satu program pelajar kejuruteraan peringkat kebangsaan. Keputusan baik juga walaupun tak la first class, tp layaklah bekerja di MNC beberapa tahun di negara maju dgn gaji 7/8 ribu dollar AS (time tu umur 25-30 tahun). Tp sekarang, rata-rata pelajar dah lembik, kurang inisiatif nak majukan diri, bergayut kepada talian hayat dan KURANG MEMBACA bacaan ilmiah..

Anonymous said...

Takkan semua perkara berpusat pada politik? Tercirit tak sempat masuk tandas pun salah gomen ke, sbb tndas tak cukup, tapi masa melahap tak ingat.

Shamsuri Ismail said...

Meraka juga dapat RM dalam poket sendiri.
Jgn bohonglah.
Kita kenal Anwar Berahim.
Dia mesti huloq punya kat budak ini.
Anwar lah kaki main duit.
UMNO memang kerja dia dgn duit ringgit ini.
Gen Y pun jangan jadi alat macam kuda kayu.

Anonymous said...


anda adalah sampah masyarakat walau anda berpeluang duduk dipusat pengajian tinggi, tuhan dah bagi otak namun tak diterima dengan kesyukuran. jika kamu tak suka malaysia bolih berambus carilah mana negara yg bolih layak ikut angan2 kamu yg bahalol!