KASIHAN Ketua Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman yang baru saja pulang dari Tanah Suci Mekah apabila dikhabarkan diasak bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen BN malam kelmarin mengenai isu-isu panas berkaitan pengurusan kewangan 1MDB.
Menurut sumber, seekor burung tiong, sesi penjelasan isu 1MDB yang diadakan disebuah hotel terkemuka kepunyaan seorang Ahli Parlimen, begitu panas apabila ahli-ahli Parlimen termasuk yang berjawatan dalam Kabinet mengasak CEO 1MDB sehinggakan ada yang berkata, "kalau macam inilah caranya 1MDB diuruskan, kalah kita dalam PRU akan datang".
Bunyi garang. Kadang-kadang kelakar juga ahli-ahli Parlimen kita ini. Sama kelakar dengan Menteri Kepenggunaan Hassan Malek yang kini ditukar gelaran dari Menteri Cap Ayam kepada Menteri Cendol oleh blogger pro-establishment.
Kita boleh paksa Hazem duduk di atas pentas 24 jam dan asak beliau dengan pelbagai soalan mengenai 1MDB, apa jawapan yang boleh beliau berikan?
Beliau hanya PELAKSANA ARAHAN.
Siapa yang memberikan ARAHAN? Hanya Perdana Menteri Najib Razak yang mempunyai jawapannya.
Oleh itu tanyalah Najib. Tak perlu nak tunjuk hebat dengan menghentam Hazem. Dia makan gaji sama macam CEO GLC lain yang juga menjadi pelaksana arahan.
Ini lah masalah dengan Ahli Parlimen kita. Sasaran lain, tembak tempat lain.
Semasa perjumpaan dengan Najib baru-baru ini, menurut burung tiong, hampir 99 peratus Ahli Parlimen menjadi tikus.
Katanya semasa sesi soal jawab, tiada seorang pun Ahli Parlimen bangun untuk bertanyakan kepada Najib mengenai 1MDB maupun membangkitkan masalah rakyat berikutan kenaikan harga petrol.
Kalau ikut suasana perjumpaan tersebut, BN akan menang 2/3 semasa PRU akan datang.
Tiba-tiba semasa sesi dengan 1MDB, lain pula ceritanya - BN akan kalah.
Memang kelakar.
Kalau beginilah sikap Ahli Parlimen, kita sudah tidak boleh mengharapkan wakil rakyat menyuarakan masalah rakyat lagi. Rakyat sendiri kena menyuarakan masalah mereka.
Sehingga hari ini, kita kabur mengenai 1MDB.
Lain ditanya, lain yang dijawab oleh Najib.
Sekiranya kita lupa apa persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB, Jelapang ingin mengimbas kembali persoalan-persoalan yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana dilaporkan oleh sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini.
Kata Tun Dr Mahathir, Kerajaan asyik bercakap mengenai KETELUSAN tetapi kerajaan tidak pula TELUS dalam urusan 1MDB.
Soalan Tun.
Kenapa beli janakuasa IPP dengan harga mahal?
Dari mana Kerajaan pinjam wang untuk beli IPP ini?
Berapa jumlah pinjaman yang dibuat oleh kerajaan?
Berapa hutang 1MDB?
Berapa kadar faedahnya?
Siapa yang membuat pinjaman?
Terdapat dakwaan wang 1MDB disimpan di Caribbean, kerajaan perlu jawab benar atau tidak?
Kalau benar, kenapa disimpan di Caribbean?
Ini semua persoalan yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir.
Mustahil CEO 1MDB mempunyai jawapan kepada soalan-soalan ini.
Katanya ada ahli parlimen bertanyakan soalan dengan nada marah dan garang.
Hazem jangan risau. Itulah perwatakan sebenar sesetengah Ahli Parlimen yang sudah lanjut umur.
Kepada Ahli Parlimen yang menghadiri sesi tersebut, cari lah sasaran yang betul.
Tanya PM. Minta dia jawab semua soalan ini. Pasti ada jawapannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ahli parlimen kalau nak dicalonkan lagi dalam PRU14, nak tak nak kenalah jaga hati Najib. Kalau tidak pasti akan menerima nasib sama seperti ex-mb Ganu MatSaid.
Setuju sangat la.....macam mana depa nak membawa masalah rakyat sedangkan depa sendiri tak tau cara-caranya. So jadi la Ahli Parlimen yang cam belatuk...terhangguk2.....semasa bincang dalam Parlimen, menikus.
Post a Comment