Friday, January 24, 2014

TWITTER TENGKU ADNAN: KENAPA BODOH SANGAT ,,,,,




Twitter berkenaan adalah respon Tengku Adnan kepada akhbar-akhbar media rasmi yang melaporkan kenyataan beliau semalam mengenai pelaksanaan penjualan Ron 95, petrol murah, kepada keluarga miskin.

Hari ini, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, mengeluarkan kenyataan untuk mencuba "menyelamatkan" Tengku Adnan.

Kononnya Tengku Adnan TIDAK PERNAH berkata akan menghadkan penggunaan petrol Ron 95 kepada golongan miskin.

Kata Khairy, Tengku Adnan pun ada menulis "tweet" mengenai perkara itu.

Dan antara kata-kata Tengku Adnan: " KENAPA BODOH SANGAT ....." 

Dalam satu lagi tweet Tengku Adnan, beliau menulis: "sad with people whom like to sensationalised things suka fitnah suka bawa cerita suka mengata...

Tweet ketiga, Tengku Adnan menambah: "Dah tidak ada hendak kata bahasa pun jadi masalah ayo ayo ayo apa mau jadi kangkang kepada pembangkang betul kangkong salah SAD fikirlah"

Rasanya Tengku Adnan tujukan perkataan BODOH ini kepada akhbar arus perdana kerana akhbar-akhbar ini yang melaporkan kenyataan Tengku Adnan mengenai Ron 95 ini.



1 comment:

Anonymous said...



ku nan haprak. mcm ni boleh jadi menteri